Salam kepada semua.
Ya, itu dia nombor yang agak ganjil di situ.
Bukan apa, nombor di atas sebenarnya adalah tarikh dan juga masa aku akan berangkat pulang ke kampung halaman tercinta. Berjumpa keluarga tersayang. Berjumpa kawan-kawan yang dah tak sabar-sabar nak mengajak keluar bersama-sama. Ok, tak popular pun, cuma biasalah. Cuti, mesti semua bosan, nak ajak keluar. :)
Esok, aku akan menghantar motor ke rumah sahabatku di Klang, iaitu Hafizul, kemudian dia akan menghantarku ke stesen Komuter Padang Jawa. Dari sana, aku akan membawa diri ke KL Sentral sebelum berlepas ke stesen Putra Pasar Seni. Dan seterusnya akan ke Puduraya.
Perjalanan adalah seperti biasa, melalui Muar, bukan melalui hadapan rumah seperti dulu-dulu kala. Bas Transnasional. Tempat duduk 'single'. Terbaik!
Sesampainya di rumah, bersalaman dengan keluarga. Kemudian, keluar makan bersama-sama rakan. Yeah!
Baiklah kawan-kawan, untuk makluman, aku tak akan melayari internet sepanjang berada di rumah, rumah aku tiada sambungan internet. Maka, blog juga akan sedikit bersawang, mungkin juga banyak sawang. Bergantung juga. :P
Kepada rakan-rakan yang turut bercuti, manfaatkan cuti anda dengan sebaik-baiknya. Aku akan kembali smeula ke Shah Alam untuk menguruskan sedikit perkara berkaitan dengan kaki aku, macam biasalah. Macam-macam hal. :)
Ok, semoga berjumpa lagi di entri akan datang.
Salam.
Wednesday, November 18, 2009
Sunday, November 15, 2009
Fakta tentang Illuminati
Salam kepada semua.
Aku ingin berkongsi sedikit fakta tentang Illuminati. Sila tonton video berikut.
Atau klik pada butang ini : NWO ( The Illuminati Card Game)
Pautan lain : Cosmic Watch >> Illuminati Card Games.. the Games of Conspiracy

Tuesday, November 10, 2009
Perjalanan ini masih panjang
Salam kepada semua.
Apa khabar anda semua? Di harapkan masing-masing berada dalam keadaan yang baik hendaknya.
Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun telah berakhir pada petang tadi dengan subjek MEC281 (Material Science). Baru saja tadi, sekitar jam 5:30 petang kami keluar dewan peperiksaan, rasa lega di dalam hati, akhirnya tamat jua peperiksaan ini.
Setibanya di rumah, aku seperti biasa, tiada berasa gembira, sedih pun tidak. Hanya perasaan seperti pada hari-hari biasa. Perasaan orang yang masih perlu melalui ranjau hidup yang penuh liku. Ya, kita sebagai makhluk ciptaan Allah, tugas kita bukan sekadar belajar saja. Terlupakah kita bahawa tugas kita adalah untuk taat kepada Allah dan juga menjadi khalifah di bumi. Semoga aku akan berjaya menjadi seorang khalifah, insyaAllah.
Perjalanan hidup ini masih panjang, masih banyak yang kita perlu lalui, ujian dan segala rintangan yang diberi untuk menguji ketabahan dan kekuatan iman kita. Berdoalah semoga kita sentiasa diberikan petunjuk, dan dikuatkan hati.
Sekarang ini, terdapat 2 perkara yang terbenak di dalam fikiran.
1.Bagaimana jika keputusan peperiksaan kali ini tidak baik? Atau dengan bahasa pasarnya, gagal. Dan sudah tentu GPA juga akan terjejas. Bagaimana jika GPA itu di bawah 2.0? Seperti yang aku alami pada semester 1, mujur tidak ditendang keluar universiti pada masa itu.
Yang pasti, untuk subjek 'Basic Mechanic', aku dapat rasakan aku akan mengambilnya untuk kali ketiga pada semester hadapan. Sungguh besar ujian ini. Gagal subjek yang sama untuk kali kedua, dan harap-harap akan berjaya di semester hadapan untuk subjek ini. Aku takkan bertindak menuding jari menyalahkan sesiapa, sama ada salah pensyarah baru ataupun salah kawan-kawan, ataupun salah subjek ini yang terlalu susah. Tapi aku akan bermuhasabah diri, dan bertanya kepada diri, apa sebenarnya masalah diri ini? Ok, jawapan itu hanya aku yang tahu setelah bermuhasabah.
2. Jika aku mendapat keputusan yang teruk atau GPA di bawah 2.0, sudah tentu secara automatiknya aku ditendang keluar universiti (boleh merayu untuk program lain, kalau ada hati ingin belajar lagi), dan juga aku tak akan dapat merasa PTPTN yang telah pun digantung selama semester.
Semester ini, aku hidup dengan menyusahkan ibu bapaku. Kenapa? kerana PTPTN yang telah digantung, aku tidak mempunyai sumber kewangan lain selain mengharapkan duit bulanan yang diberikan oleh keluargaku. Untuk duit makan minum , duit bayar sewa, api air semua. Itu merupakan satu tamparan yang besar, kerana sebelum ini, aku mendapat bantuan dari biasiswa dan juga PTPTN. Dan ujian ini sangat berat, aku tak sanggup menyusahkan keluargaku.
*****
Tak terkata...

Tuesday, November 3, 2009
Alhamdulillah, syukur!
Salam kepada semua.
Seperti biasa, dan memang dah menjadi tabiat buat masa ini, aku sering kali lambat mengemaskini blog. Kepada rakan-rakan 'blogger', minta maaf banyak-banyak sebab lambat membalas komen atau melawat blog anda semua.
Ok, buat masa ini, aku masih lagi di dalam minggu peperiksaan. 2 subjek dah lepas, tinggal subjek 'Basic Mechanic' dan juga 'Material Science'. Sepereti biasa, memang aku belajar 'last minute', maklumlah orang yang ada masalah 'short term memory' ni memang macam tu selalunya. :)
Ok, berkenaan 'spray caps' yang dijual, setakat ini telah berjaya menjual sebanyak 9 set, Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan oleh-Nya. Maknanya aku telah mendapat RM270. Tambahan lagi, 'spray caps' yang telah di tempah oleh 'Hemo', berharga RM60. Dan juga 'spray caps' tambahan yang dibeli oleh 'Violent' berharga RM10. Jumlah keseluruhannya ialah RM340. Alhamdulillah.
Semoga kami, 'Proceez' akan berjaya dengan lebih cemerlang selepas ini. InsyaAllah.
Dan juga kepada kedua-dua subjek 'final' yang akan tiba, nantikan aku menjawab kamu. Hahaha.. :P
Berjumpa lagi di entri akan datang, salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)