Salam kepada semua.
Apa khabar anda semua? Di harapkan masing-masing berada dalam keadaan yang baik hendaknya.
Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun telah berakhir pada petang tadi dengan subjek MEC281 (Material Science). Baru saja tadi, sekitar jam 5:30 petang kami keluar dewan peperiksaan, rasa lega di dalam hati, akhirnya tamat jua peperiksaan ini.
Setibanya di rumah, aku seperti biasa, tiada berasa gembira, sedih pun tidak. Hanya perasaan seperti pada hari-hari biasa. Perasaan orang yang masih perlu melalui ranjau hidup yang penuh liku. Ya, kita sebagai makhluk ciptaan Allah, tugas kita bukan sekadar belajar saja. Terlupakah kita bahawa tugas kita adalah untuk taat kepada Allah dan juga menjadi khalifah di bumi. Semoga aku akan berjaya menjadi seorang khalifah, insyaAllah.
Perjalanan hidup ini masih panjang, masih banyak yang kita perlu lalui, ujian dan segala rintangan yang diberi untuk menguji ketabahan dan kekuatan iman kita. Berdoalah semoga kita sentiasa diberikan petunjuk, dan dikuatkan hati.
Sekarang ini, terdapat 2 perkara yang terbenak di dalam fikiran.
1.Bagaimana jika keputusan peperiksaan kali ini tidak baik? Atau dengan bahasa pasarnya, gagal. Dan sudah tentu GPA juga akan terjejas. Bagaimana jika GPA itu di bawah 2.0? Seperti yang aku alami pada semester 1, mujur tidak ditendang keluar universiti pada masa itu.
Yang pasti, untuk subjek 'Basic Mechanic', aku dapat rasakan aku akan mengambilnya untuk kali ketiga pada semester hadapan. Sungguh besar ujian ini. Gagal subjek yang sama untuk kali kedua, dan harap-harap akan berjaya di semester hadapan untuk subjek ini. Aku takkan bertindak menuding jari menyalahkan sesiapa, sama ada salah pensyarah baru ataupun salah kawan-kawan, ataupun salah subjek ini yang terlalu susah. Tapi aku akan bermuhasabah diri, dan bertanya kepada diri, apa sebenarnya masalah diri ini? Ok, jawapan itu hanya aku yang tahu setelah bermuhasabah.
2. Jika aku mendapat keputusan yang teruk atau GPA di bawah 2.0, sudah tentu secara automatiknya aku ditendang keluar universiti (boleh merayu untuk program lain, kalau ada hati ingin belajar lagi), dan juga aku tak akan dapat merasa PTPTN yang telah pun digantung selama semester.
Semester ini, aku hidup dengan menyusahkan ibu bapaku. Kenapa? kerana PTPTN yang telah digantung, aku tidak mempunyai sumber kewangan lain selain mengharapkan duit bulanan yang diberikan oleh keluargaku. Untuk duit makan minum , duit bayar sewa, api air semua. Itu merupakan satu tamparan yang besar, kerana sebelum ini, aku mendapat bantuan dari biasiswa dan juga PTPTN. Dan ujian ini sangat berat, aku tak sanggup menyusahkan keluargaku.
*****
Tak terkata...
14 comments:
best la dia dah habis final =)
hmm..Macam mana pun life skrg ni, kite mesti hadapi gak kan? apa2 pon,b strong ye Faiz.
2la ash..hidup mmg camni,yg pntg kne kuat..thanks taw.
seronok da abes final ekk.. =)
kuatkan semangat okai! xde kalau2, nnt tgk result saje.. =)
good luck in everything ya.
dan samat bercuti!
khay - thanks khay..dah usaha,tawakal jela..hope ok,tp kt xtaw selagi result x kua..pape pun sure basic kne repeat..
but then,its ok..be strong faiz..:)
find this song..
'hard tmes come easy' -Richie Sambora
dah jumpa..
Gud Luck utk result nanti.. Gambatte kudasai.
Jangan putus asa yer. Keep going. yeah...
mizmawar - thanks a lot..:)
hahaha. aku juga mengalami benda yg sama. cuma tambah lg sorang aku susahkan. apek! agagagaga~
opsss....madnuz~ hohoho.
dugaan sementare je tu faiz...
lepas hbis blja, balas kmbali jasa mereke. :P
faiz bolehhh..cewahh :D
patot hari tu jumpela..baru dpt bearbricks tu.adehh..lupe lupe
fatin - hahaha..pggl apek pun knl la..haha..
tfa - haha..xpe,pasni lebih kuat menjalani kehidupan..:)
haish! berTABAH!!!
;)
oh! bearbrick!
tieha - sdg bertabah ni..hehe..
mari2,bearbrick2..haha..
Post a Comment