Tuesday, February 23, 2010

Berkecamuk

Aku rasa tak senang hati, tak sedap hati. Semua perasaan ada.

Kalau ikutkan, nak saja aku mengamuk, tapi aku sedar amukan tak membawa perubahan, cuma akan menyemarakkan lagi kepanasan hati aku. Nak mencarut? Oh tidak.

Aku positif. Alhamdulillah.

"Love is our resistance
They'll keep us apart and they won't to stop breaking us down
Hold me
Our lips must always be sealed"

Monday, February 22, 2010

Bermonolog dalaman

Salam.

Kerap kali aku bermonolog dalaman dengan diriku ini, "Bila nak buat entri baru ni? Tak sabar rasanya, tapi, mesti panjang. Ah, nanti saja lah".

Jadi, aku memang begitu, bila ingin menulis entri, ada yang akan tertangguh, walhal dalam diri ini, ada sebahagian diriku yang meronta-ronta minta dilepaskan supaya dapat menulis secebis dua kata di blog ini. Dan akhirnya, berjaya jua pada hari ini. Tahniah kepada sebahagian diriku. Kau memang hebat. :)

Sebenarnya, sekembalinya dari cuti, aku ingin menulis mengenai perjalanan 'reunion SKSS darjah 6 2000', namun masih tergendala. Jadi, entri kali ini aku buat hanya untuk memarahi diriku yang tak pernah nak berubah dari 1 sikap ini, bukan sikap malas, tapi sikap suka menangguh. Niat sudah ada, pelaksanaa itu belum lagi berjalan seperti niat. Maka, niat masih belum selari dengan kelakuan. Semoga akan berubah, bukan semoga, MESTI berubah. Dengar tu Faiz Syazwan, ubah diri tu sebelum terlambat. BAIKLAH!

Aku menulis seperti orang gila, bercakap dengan diri sendiri. Kenapa perlu aku menulis apa yang aku bualkan dalam diri ini? Kerana aku rasa perlu, supaya boleh melihat bila masanya aku menjadi tak siuman seperti sekarang. Oh tidak, abaikan saja. Aku memang gila sebab bercakap dengan diri sendiri.

Semalam aku ke Sunway Pyramid. Menonton wayang, berjalan-jalan, sehingga lupa bahawa kaki aku ni dah banyak kali berasa sakit. Tapi seperti yang kawan-kawan ketahui (mungkin juga tak mengetahui), aku suka menyembunyikan perasaan sebenar aku, maknanya orang tak akan dapat mengetahui sama ada aku berasa sakit atau tidak. Itu tidak penting, kerana aku yang menanggung kesakitan. Cukup sudah aku bersimpati dengan diri sendiri. Ini bukan entri meminta simpati ya, hahaha...

Dapat berjumpa rakan lama semasa di MRSM Mersing, iaitu Syira. Ok juga, makin comel. Oh, jangan jadikan ayat ini sebagai kontroversi atau modal untuk membuat apa-apa andaian, aku bukan artis. Aku berjumpa Syira yang pada masa itu bersama-sama dengan adiknya iaitu Mimi, dan juga teman lelakinya iaitu Hakim. Tak sempat jumpa Hakim, aku tengah 'rushing' mencari surau. Tak banyak surau di Sunway Pyramid ni. Jadi terpaksa naik turun eskalator juga hanya untu mencari surau.

Oh ya, hampir lupa. Semalam aku menonton wayang bertajuk ' Percy Jackson and the Thief Lightning'. Cerita yang menarik untuk di tonton, silakan. :)

Esok atau lusa aku akan menulis lagi, berkenaan 'reunion' kami. InsyaAllah. :)

*Sudah memiliki Can Gun 1. :)





Tuesday, February 9, 2010

Sakit lagi!

Kaki aku sering sakit sejak beberapa hari lepas.

Seksa rasanya ketika berjalan.

Malam tadi dah mengeluarkan semula tongkat, mungkin boleh digunakan untuk berjalan.

Aku merancang akan ke hospital secepat mungkin, insyaAllah.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong.

Nampak gayanya seperti kaki aku bakal menjalani pembedahan lagi jika benda ni berlanjutan.

Aku tak kisah apa pilihan, janji kaki aku pulih.

Berdoa saja pada Yang Maha Kuasa.

Alhamdulillah.

Polysics

*Sedang 'addict' pada lagu Polysics - Electric Surfin' Go Go

Saturday, February 6, 2010

Terima kasih Along

Salam kepada semua.

Akhirnya, dapat juga membayar yuran pengajian walaupun aku membayarnya pada hari terakhir bayaran iaitu 4hb februari 2010.. Tapi aku terpaksa meminjamnya dari Along. Along telah memberiku RM600, RM490 untuk yuran, manakala bakinya untuk membayar sewa rumah. Along ini tak meletakkan faedah yang tinggi, sebab dia Along aku, ok. :P

Yang penting sekarang ni, aku masih boleh meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. Syukur.

Kepada rakan-rakanku, jangan risau, aku masih di sini. InsyaAllah sehingga graduasi nanti.

Sedikit pengumuman, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Kaspersky Anti-virus 2010 atau Kaspersky Internet Security 2010 dengan harga yang murah, bolehlah hubungi aku. Dijamin murah dari harga pasaran sebenar yang cekik darah. :)

*Mari beronggeng kegembiraan