Monday, February 22, 2010

Bermonolog dalaman

Salam.

Kerap kali aku bermonolog dalaman dengan diriku ini, "Bila nak buat entri baru ni? Tak sabar rasanya, tapi, mesti panjang. Ah, nanti saja lah".

Jadi, aku memang begitu, bila ingin menulis entri, ada yang akan tertangguh, walhal dalam diri ini, ada sebahagian diriku yang meronta-ronta minta dilepaskan supaya dapat menulis secebis dua kata di blog ini. Dan akhirnya, berjaya jua pada hari ini. Tahniah kepada sebahagian diriku. Kau memang hebat. :)

Sebenarnya, sekembalinya dari cuti, aku ingin menulis mengenai perjalanan 'reunion SKSS darjah 6 2000', namun masih tergendala. Jadi, entri kali ini aku buat hanya untuk memarahi diriku yang tak pernah nak berubah dari 1 sikap ini, bukan sikap malas, tapi sikap suka menangguh. Niat sudah ada, pelaksanaa itu belum lagi berjalan seperti niat. Maka, niat masih belum selari dengan kelakuan. Semoga akan berubah, bukan semoga, MESTI berubah. Dengar tu Faiz Syazwan, ubah diri tu sebelum terlambat. BAIKLAH!

Aku menulis seperti orang gila, bercakap dengan diri sendiri. Kenapa perlu aku menulis apa yang aku bualkan dalam diri ini? Kerana aku rasa perlu, supaya boleh melihat bila masanya aku menjadi tak siuman seperti sekarang. Oh tidak, abaikan saja. Aku memang gila sebab bercakap dengan diri sendiri.

Semalam aku ke Sunway Pyramid. Menonton wayang, berjalan-jalan, sehingga lupa bahawa kaki aku ni dah banyak kali berasa sakit. Tapi seperti yang kawan-kawan ketahui (mungkin juga tak mengetahui), aku suka menyembunyikan perasaan sebenar aku, maknanya orang tak akan dapat mengetahui sama ada aku berasa sakit atau tidak. Itu tidak penting, kerana aku yang menanggung kesakitan. Cukup sudah aku bersimpati dengan diri sendiri. Ini bukan entri meminta simpati ya, hahaha...

Dapat berjumpa rakan lama semasa di MRSM Mersing, iaitu Syira. Ok juga, makin comel. Oh, jangan jadikan ayat ini sebagai kontroversi atau modal untuk membuat apa-apa andaian, aku bukan artis. Aku berjumpa Syira yang pada masa itu bersama-sama dengan adiknya iaitu Mimi, dan juga teman lelakinya iaitu Hakim. Tak sempat jumpa Hakim, aku tengah 'rushing' mencari surau. Tak banyak surau di Sunway Pyramid ni. Jadi terpaksa naik turun eskalator juga hanya untu mencari surau.

Oh ya, hampir lupa. Semalam aku menonton wayang bertajuk ' Percy Jackson and the Thief Lightning'. Cerita yang menarik untuk di tonton, silakan. :)

Esok atau lusa aku akan menulis lagi, berkenaan 'reunion' kami. InsyaAllah. :)

*Sudah memiliki Can Gun 1. :)





No comments: