Tuesday, August 31, 2010

Praktis di Sungai Klang, Pasar Seni

Faiz@Nopx

Fahrul@Peroltz

Epa@Afia

Eim & Idzan

*Eon dan Munk tidak dapat hadir, komitmen terhadap perkara lain. Lain kali kita buat sama-sama. :)

Friday, August 27, 2010

Lagu ini, boleh tahan.

Salam kepada semua.

Seringkali aku melayari 'Facebook' ku, dan seringkali aku melihat video-video yang ada di dalamnya. Tertarik aku kepada sebuah video lagu yang dibuat oleh saudari Hani Zatie. Lagu yang beliau nyanyikan adalah ciptaan asal Fynn Jamal bertajuk 150 Juta. Aku tak terasa ingin memuatkan video lagu tersebut di sini, tetapi jangan risau. Bagi yang ingin mendengarnya, silakan melayari 'Youtube' dan taip saja nama 'Hana Zatie 150 Juta', InsyaAllah akan keluar video tersebut. Lagu 150 Juta versi Hana Zatie ini agak sempoi, dan 'catchy'. Silakan mendengar, aku ada muatkan juga lagu ini di blog ini, tetapi versi tulen Fynn Jamal. Selamat.:)

Fynn Jamal- 150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua

Wednesday, August 18, 2010

Tiada toleransi

Salam kepada semua.

Kebelakangan ini, aku agak rajin membuat entri. Kalau diikutkan, sekarang adalah waktu yang sibuk, kerana ada 3 ujian yang berturut-turut selama 3 hari untuk aku tempuhi. Mungkin atas faktor-faktor tertentu, aku mula bergiat aktif buat masa ini.

Kenapa tajuk kali ini sebegini rupa?

Ok, aku beremosi ke? Atau aku saja-saja ingin mencari perhatian seperti orang yang kurang kasih sayang? Oh, bukan begitu. Aku tengah bengang sebenarnya. Itulah kenyataan.

Aku boleh bertoleransi dan bertolak ansur atas banyak perkara, namun ada juga perkara yang aku tak akan berkompromi.

Baiklah, biarkan aku bertanya kepada anda semua. Anda suka ke jika ada orang dengan suka hatinya membaca mesej-mesej di dalam telefon bimbit anda? Mungkin ada yang suka, ada ke? Paling tidak pun, mestilah tak senang duduk.

Bagi aku, memang pantang bagi aku orang membaca mesej-mesej aku. Bukan kerana aku takut akan terbongkar rahsia atau sebaliknya, itu aku tak kisah. Yang aku ingin tekankan di sini ialah, privasi seseorang itu perlu dihormati. Seluruh dunia melaungkan perjuangan terhadap hak asasi, tak cukup lagi dengan itu?

Bagaimana jika seseorang itu membaca mesej anda, kemudian dia akan memandang serong terhadap anda setelah membaca mesej. Boleh berlaku salah faham.

Ini yang berlaku pada aku. Ok, aku membuat keputusan. Dipersilakan membaca mesej-mesej di dalam telefon bimbit aku sampai puas, selama mana yang anda mahu. Tidak ada rahsia pun untuk dibongkar, dan jika ada tidak faham, boleh merujuk kepada aku. Manalah tahu ada salah faham.

Sudah, aku penat menaip dalam keadaan bengang. Banyak lagi perkara yang aku perlu fikirkan. esok ada ujian CTU553 (Hubungan Etnik), baik aku fokus terhadap ujian ini.

Selamat berjumpa lagi.

*Apa-apa aje.

Sunday, August 15, 2010

Selamba ya ya

Salam kepada semua.

Hari ini hari Ahad bersamaan 15 Ogos 2010 dan 5 Ramadhan 1431 Hijrah.

Hari ini hari paling tak efektif dalam kalendar harian aku.

Malam tadi aku keluar minum dengan kawan, balik lewat. Sampai di rumah, tak boleh tidur. Lalu, aku melayari internet.

Sekitar jam 8:00 pagi, aku ingin masuk tidur, terbangun awal kerana rakanku menelefon. Aku perlu mengambil dia di stesyen bas.

Balik rumah, tidur lagi.

Tidur, bangun untuk solat, tidur lagi dan bangun pada jam 7:00 petang untuk solat Asar. Ini jangan dijadikan ikutan. Itulah bahana tak tidur malam, sangat memberi kesan kepada diri aku. Padan muka.

Pagi tadi aku menyaksikan rakan rumahku keluar, balik ke Kelantan. Usaha kami untuk menyingkirkan beliau berhasil setelah lama mencuba. Dia di halau kerana sikapnya yang kurang elok. Dia enggan membayar duit internet bulan lepas sebanyak RM8.60 walaupun telah diminta oleh aku. Dalam hati aku mengutuk, menyatakan budak ini tak tahu mengenang budi. Semoga kau selamat menjalani hidup sebagai raja muat turun di rumah. Atau pun di rumah sewa lain, supaya rakan-rakan akan membenci engkau lagi disebabkan sikap pentingkan diri kau. Selamat jalan.

Tidur sehingga lewat petang, sudah tentu aku tak sempat membeli juadah berbuka. Mujur ada rakanku iaitu Ikram yang membeli makanan lebih. Syukur.

Esok ada ujian pertama bagi subjek 'Fluid Mechanics'. Aku perlu belajar malam ini. Otak berserabut memikirkan tentang kerja berkumpulan bagi subjek 'Report Writing'. Aku tak mahu berfikir terlalu dalam, nanti otak aku berserabut, seperti berserabutnya wayar yang dipintal.

Aku nak mengulangkaji. Baru boleh tawakal esok, sekurang-kurangnya aku mencuba.

Jumpa lagi di entri baru, sama ada esok atau lusa, atau minggu depan. Yang pastinya, bukan bulan depan.

Dan jangan lupa berpuasa kepada muslimin dan muslimat.

:D

*Sedang mendengar lagu DJ Tiesto - Lethal Industry (Original Mix).

Saturday, August 14, 2010

Produk wangian badan?


Salam kepada semua.

Ok, pada malam ini, aku ingin berbicara mengenai wangian untuk badan atau lebih dikenali dengan nama 'perfume' yang aku telah guna sehingga sekarang. Dan juga tak terlupa pada produk yang wangi juga, seperti deodoran. :D

Secara jujurnya, aku tak pernah kekal dengan satu jenis wangian. Jika aku tertarik pada satu-satu bau tersebut, aku akan membelinya dan melakukan eksperimen terhadap bau tersebut. Jika ada produk baru yang mantap baunya, maka aku pasti akan mencuba juga. :)

Produk pertama ialah deodoran. Sebelum ini aku banyak kali menukar deodoran. Dari Dashing ke Nivea For Men ke Rexona. Dan yang terbaru aku guna ialah deodoran AXE - Africa. Aku tertarik dengan baunya yang menyenangkan, wangi pula tu. Berikut adalah gambar produk.


Setakat ini, aku berpuas hati dengan prestasi yang produk ini tonjolkan. Baunya juga sangat senang dikesan, bukan sebab ia busuk, tetapi kerana ia wangi. :)

Seterusnya, aku juga menggunakan produk wangian lain seperti One Drop Perfume. Ha, ini bukan untuk promosi, tetapi menyatakan fakta sebenar. Di antara semua rangkaian bau-bauan yang ada, aku tertarik kepada bau White Musk yang diinspirasikan oleh Body Shop. Baunya tidak kuat, dan tidak lembut. Boleh tahan juga lah baunya. Anda boleh cuba jika mahu. Dapatkan saja di kedai-kedai yang menjual One Drop Perfume. Pasti banyak kedai yang menjualnya, maklumlah, ramai pengedar di luar sana. :)


Selain itu, aku juga menggunakan 1 lagi wangian, dan wangian ini aku akan rahsiakan buat seketika. Ini kerana kesan penggunaannya sangat dahsyat bagi yang tidak bersedia untuknya. :)

Jumpa di lain entri, dan jangan lupa bagi yang merasakan diri mereka adalah muslim, silalah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Gunakan kesempatan yang ada untuk beramal sebanyak-banyaknya.

*Sedang mendengar lagu Electric Light Orchestra - Last Train To London.

Sunday, August 8, 2010

Graffiti di Sungai Klang, Pasar Seni


Salam kepada semua.

Masih lagi mencari sedikit masa untuk mengemaskini blog walaupun semakin sibuk dengan ujian dan kerja-kerja yang berlambak. Pagi tadi (08 Ogos 2010), aku ke Sungai Klang di Pasar Seni untuk menyertai Graffiti Kemanusiaan yang bertemakan Palestin. Aku ke sana bersama rakanku iaitu Fahrul, dengan menaiki kereta abangnya. Aku berniat untuk tidak menyertainya kerana malam tadi balik lambat, sekitar jam 03:00 pagi. Agak penat. Maklumlah, siang ke Sunway Pyramid untuk bermain luncur ais. Kemudian ke karaoke di Hotel Quality. Namun, setelah di pujuk, akhirnya aku pergi jua.

Proses melakar juga dilakukan di Sungai Klang tersebut. Biasalah, perkara yang tidak dirancang. Alhamdulillah, berjaya disiapkan jua graffiti kami. Fahrul tampil dengan gaya graffiti lamanya. Tidak pernah diterjemahkan ke dinding sebelum ini. Nikmatilah hasil karya kami yang tak seberapa. Kali ini PROCEEZ hadir hanya 2 orang. Yang lain, sibuk dengan hal masing-masing. Lain kali kita buat sama-sama. :D

Sedikit penerangan berkenaan graffiti kemanusiaan ini. Acap kali kita di sajikan dengan bermacam-macam kejadian melibatkan nyawa di Palestin, sebuah negara umat Islam yang telah di rampas oleh Zionis. Hampir keseluruhannya di rampas dan dijadikan kawasan tempat tinggal oleh yahudi laknatullah. Mereka bukan saja tiada perlindungan, malah sering saja di hujani dengan peluru dan bom. Nyawa mereka berada di hujung tanduk. Kita pula di mana? Hidup senang lenang, sedih hanya ketika membaca artikel. Kemudiannya, apa tindakan kita?

Dengan memberi mesej secara visual, kami harap dapat menyeru orang ramai mengingati tragedi-tragedi yang menimpa rakyat Palestin. Bersama kita menentang penindasan yang tak berperikemanusiaan ini.

Save Gaza - Ila & Izan

Palestine Free - Nopx @ Faiz Syazwan


Terima kasih kepada abang Raduan Nordin kerana menganjurkan program ini. Dan juga kepada para penganjur dan penyumbang, terima kasih kerana memberikan baju-t, air minuman serta KFC (Snack Plate) yang lazat. Semoga program seperti ini boleh dilakukan lagi. Dan terima kasih juga kepada Medea dan juga Anokayer di atas tunjuk ajar mereka. :)


*Kulit aku semakin gelap. :(
*Sedang mendengar lagu Jamie Kennedy - Circle circle dot dot.

Monday, August 2, 2010

Radiohead - No Suprises

A heart that's full up like a landfill,
a job that slowly kills you,
bruises that won't heal.
You look so tired-unhappy,
bring down the government,
they don't, they don't speak for us.
I'll take a quiet life,
a handshake of carbon monoxide,

with no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
Silence, silence.

This is my final fit,
my final bellyache

with no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises please.

Such a pretty house
and such a pretty garden.

No alarms and no surprises (get me outta here),
no alarms and no surprises (get me outta here),
no alarms and no surprises, please.

*OST House M.D. Musim ke-6.