Hari ini hari Ahad bersamaan 15 Ogos 2010 dan 5 Ramadhan 1431 Hijrah.
Hari ini hari paling tak efektif dalam kalendar harian aku.
Malam tadi aku keluar minum dengan kawan, balik lewat. Sampai di rumah, tak boleh tidur. Lalu, aku melayari internet.
Sekitar jam 8:00 pagi, aku ingin masuk tidur, terbangun awal kerana rakanku menelefon. Aku perlu mengambil dia di stesyen bas.
Balik rumah, tidur lagi.
Tidur, bangun untuk solat, tidur lagi dan bangun pada jam 7:00 petang untuk solat Asar. Ini jangan dijadikan ikutan. Itulah bahana tak tidur malam, sangat memberi kesan kepada diri aku. Padan muka.
Pagi tadi aku menyaksikan rakan rumahku keluar, balik ke Kelantan. Usaha kami untuk menyingkirkan beliau berhasil setelah lama mencuba. Dia di halau kerana sikapnya yang kurang elok. Dia enggan membayar duit internet bulan lepas sebanyak RM8.60 walaupun telah diminta oleh aku. Dalam hati aku mengutuk, menyatakan budak ini tak tahu mengenang budi. Semoga kau selamat menjalani hidup sebagai raja muat turun di rumah. Atau pun di rumah sewa lain, supaya rakan-rakan akan membenci engkau lagi disebabkan sikap pentingkan diri kau. Selamat jalan.
Tidur sehingga lewat petang, sudah tentu aku tak sempat membeli juadah berbuka. Mujur ada rakanku iaitu Ikram yang membeli makanan lebih. Syukur.
Esok ada ujian pertama bagi subjek 'Fluid Mechanics'. Aku perlu belajar malam ini. Otak berserabut memikirkan tentang kerja berkumpulan bagi subjek 'Report Writing'. Aku tak mahu berfikir terlalu dalam, nanti otak aku berserabut, seperti berserabutnya wayar yang dipintal.
Aku nak mengulangkaji. Baru boleh tawakal esok, sekurang-kurangnya aku mencuba.
Jumpa lagi di entri baru, sama ada esok atau lusa, atau minggu depan. Yang pastinya, bukan bulan depan.
Dan jangan lupa berpuasa kepada muslimin dan muslimat.
:D
*Sedang mendengar lagu DJ Tiesto - Lethal Industry (Original Mix).
5 comments:
U pun.. pose jgn xpose! hehe~ :D
wah..sbb x byaq rm8.60 ke dah kena halau umah? hee
:)
bte.gudluck test!
lorh 8.60sen je
aida - opkos pose,i kan laki,wajib,hehe..
zaty - bukan sbb x byr rm8.60 tu la..sbb mmg dia pentingkan diri..nak duk serumah kne la jg ht kwn2 lain..ni sume x puas hati dgn dia..mmg xleh la nk stay dgn ktrg..donlod x ingat dunia smpi ktrg nk bukak fb pun xleh,haha..
ayana - dah di explain kat atas,bukan sbb 8.60 jela,haha..yg 8.60 ni dia xnk byr,pdhl bulan lepas dia gne tenet,donlod byk2,2 yg mcm nk sepak2 je,haha..
sabar ea....
Post a Comment