Saturday, September 25, 2010

Dari Hati

Salam kepada semua.

Terasa menyesal, terasa juga kecewa, disebabkan kegagalan aku untuk mengemaskini blog ini. Acap kali aku memikirkan perkara ini, namun seringkali juga ianya terjadi. Mungkin lumrah diriku untuk tidak mengemaskini blog dengan begitu kerap, maksudnya mungkin 1 jam 1 entri. Itu tidak mungkin, kerana aku hanya memuatkan apa yang aku rasa ingin kongsikan bersama anda semua. Sudah tentu perkara-perkara 'top secret' itu tidak akan dikongsi di sini. :P

Oh ya, masih lagi di bulan Syawal. Sebelum terlambat, aku ingin mengucapkan

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin".

Terkenangkan bulan Ramadhan yang telah berlalu bagi tahun ini. Kita perlu menanti lagi setahun untuk menemui Ramadhan yang seterusnya. Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun, di sini aku terasa sangat menyesal. Aku tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat. Kesibukan dunia membutakan aku, memekakkan aku, serta membisukan aku dari semua keberkatan itu. Jika aku masih diberi peluang untuk menemui Ramadhan seterusnya, pasti akan aku manfaatkannya. Dan semestinya, ajal itu sesuatu yang pasti.

Raya kali ini, bersederhana lagi. Aku meraikan hari raya Aidilfitri ini sebagai kemenangan kepada diriku yang berjaya mengharungi puasa selama 30 hari. Bersyukur, kerana tiada sebarang masalah dalam melengkapkan puasa ini. Aku perhatikan, hari raya di Malaysia ini begitu meriah, meskipun bagi diriku kemeriahan itu seolah-olah berkurangan saban tahun, kita perlu sedar bahawa saudara-saudara seagama kita sedang ditimpa bencana. Pembunuhan tanpa belas kasihan, bencana alam yang mengorbankan nyawa, itu semua tanda kepada kita. Tanda untuk kita sedar yang dunia kita ini tidak mampu untuk menampung kita lagi. Apa maknanya? Maknanya, bangkitlah, kembalilah pada kebenaran dalam kehidupan. Carilah kembali asasmu. Kuatkan asas imanmu.

Along tiada pada raya kali ini. Dia terpaksa bertugas jauh di Borneo. Aku juga jarang keluar, tiada kenderaan, hanya menumpang sahabat. Beraya juga hanya di rumah rakan-rakan lama, dan juga saudara. Namun begitu, aku juga dapat duit raya. Ok, memang aku dah besar, tapi selagi seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan tetap, tak salah menerima duit raya. :P

Jurusan ini susah, namun aku mahu cakap ianya senang. Itu hipokrit, aku perlu sedar tahap kemampuanku. Keyakinan itu penting, disusuli usaha dan tawakal. Tak perlu lari dari masalah. Teruskan perjalanan, pengembaraan walaupun berliku, agar di masa depan itu, insan ini mempunyai ilmu yang cukup di dada.

InsyaAllah.

3 comments:

nurhazdv said...

back to basic....

Faiz Syazwan said...

apa yg bsc nya ni ek?

nurhazdv said...

Apa maknanya? Maknanya, bangkitlah, kembalilah pada kebenaran dalam kehidupan. Carilah kembali asasmu. Kuatkan asas imanmu.

>berdasar kan ayat awk nih...=)