Sunday, October 3, 2010

Kes Mahkamah - 01 Oktober 2010

Salam kepada semua.

Terus kepada tajuk, berkenaan kes mahkamah. Kes aku telah dibincangkan di mahkamah pada tarikh seperti yang tertera, pada jam 08:30 pagi. Bertempat di Mahkamah Sivil 4, iaitu di tingkat 19 Menara MRCB bersebelahan Plaza Alam Sentral (PAS).

Bersama aku ketika itu ialah peguamku iaitu Justin Morais dan juga pegawai penyiasat bagi kes aku, iaitu Sarjan Abu Hassan. Perbincangan dilakukan di dalam ruang perbicaraan, aku pula menunggu di luar sahaja. Setelah selesai perbicaraan, peguam memaklumkan bahawa kes ini ditetapkan 50-50. Ini bermakna hakim menetapkan kes aku adalah sama rata. Bagi aku, itu tidak sepatutnya berlaku kerana secara terang-terangan aku yang menjadi mangsa. Nasiblah aku tak berjumpa si durjana itu, mahu saja aku sepak terajang. Penderitaan yang aku lalui sehingga sekarang ini tidak berbayar, kerana aku sering berasa sakit di kaki. Haih.

Mahkamah menetapkan tarikh seterusnya iaitu 12 November 2010 untuk mengambil keterangan bagi pihak aku. Peguam aku pula menyarankan aku untuk menandatangani surat kebenaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah, tetapi perlu menunggu tawaran dari pihak insurans. Jumlah ganti rugi paling minimum yang diminta ialah RM35,000. Upah peguam pula 20% dari nilai tersebut, dan RM2000 pula untuk kos perbelanjaan hospital. Maka, jumlah bersih minimum yang akan aku terima ialah RM26,000. Aku sepatutnya bersyukur dengan nilai yang diterima, tetapi aku ingin tegaskan di sini, apa yang aku terima ini tetap tidak berbaloi jika dibandingkan dengan nikmat kaki yang aku nikmati sebelum ini.

Ya Allah, aku redha dengan ujian-Mu. Jadikanlah aku hamba-Mu yang tidak mudah menyerah kalah. Insya Allah.

Maka, aku akan ke pejabat peguam di Damansara untuk menandatangani surat kebenaran tersebut, dan menyerahkan segala urusan ke tangan peguam. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

3 comments:

panggil aku shEh said...

gud luck!

fareast said...

Ganbatte Chot...

ayieq said...

what ever comes from it, always remember that you're still able to walk, and stil alive with love ones. good luck with the case.