Sunday, October 10, 2010

Aku suka!

Salam kepada semua.

Terpanggil untuk menaip entri pada malam ini, maka aku mula menaip setiap bait-bait kata ini.

Banyak yang ingin diceritakan, banyak juga yang rasanya tidak perlu diceritakan.

Sedikit cerita ingin ku kongsi di sini.

Pada hari Sabtu (09 Oktober 2010), telah berlangsungnya rumah terbuka di rumah nenek kepada teman wanitaku, iaitu di Sungai Buloh. Ramai yang datang, antaranya kawan-kawan terdekat mereka, anak-anak angkat Mak Ngah yang tak terkira banyaknya (ini tipu, saja nak bagi hiperbola), kawan-kawan baik Mak Uteh, Pak Itam dan juga Mak Itam, dan semestinya orang tua teman wanitaku.

Oh, ada berita tak baik sedikit. Bahagian hadapan kereta emak beliau telah dilanggar oleh kenderaan yang tak dikenali, mungkin juga lori yang melanggar kereta itu, berdasarkan cerita emaknya. Sedikit remuk di bahagian 'bumper' hadapan, dan juga di bahagian bonet.

Terus kepada majlis. Majlis dimulakan pada sekitar jam 15:00, yang mana pertama sekali kami telah mengaminkan bacaan doa selamat oleh saudara Munzir sebelum memulakan misi memburu makanan. Makanan yang tersedia juga sedap-sedap belaka. Hidangan terdiri daripada sate ayam, sate daging, nasi himpit, mee, dan juga kuih-muih yang lazat.

Kami makan hingga kenyang, hingga perut tak mampu lagi menampung makanan. Ini melampau, jangan tiru aksi ini ye kawan-kawan. Jangan menyesal tak sudah. Maka, telah tergambar aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan bagi memulihkan kecomelan perut ini. Haih.

Pada sebelah malam, ada sambutan hari jadi. Sambutan kepada Munzir, nenek dan juga Pak Itam yang lahir pada bulan Oktober. Kami menyanyi, dan bergambar. Nenek mendapat telfon bimbit baru, Munzir dan Pak Itam mendapat baju yang ditaja khas oleh Mak Long (Mercedes Benz). Sedikit cemburu di sini.:P

Mm, terlalu banyak untuk diceritakan pula pada kali ini. Rasa ingin berhenti menaip di sini, boleh? Biar gambar yang menceritakan segalanya.

Aku suka saat itu. Terima kasih semua.

Munzir Ahmad Jazuli


Berdiri di hadapan, dari kiri : Mak Ngah, Mak Long, Dekna, Mak Uteh, Dekja, Wani.
Berdiri di belakang, dari kiri : Ery, Pak Usu, Aku.

*Sedang mendengar lagu Ariz feat Malique & Liyana Jasmay - Yang Terbaik Dari Ladang.
*Maaf, gambar kurang lawa, kualiti iPod Touch saja. Kredit kepada Zainatun Adilah di atas kepingan gambar ini.

No comments: