Wednesday, April 6, 2011

Perasaan kehilangan itu sangat menyakitkan

Salam kepada semua.

19 April 1923 - 05 April 2011
02 Ramadhan 1341H - 01 Jamadil Awal 1432H

Aku mendapat panggilan telefon dari emak semasa waktu kelas, hati ini jadi tak keruan. Apa yang disangka akan terjadi telah berlaku.

Arwah telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya pada usia 88 tahun. Perasaan kehilangan ini sangat menyakitkan hati. Hati serba pilu dan sebak.

Semasa hayatnya, arwah adalah satu-satunya nenekku yang masih hidup. Kini, aku sudah tidak mempunyai datuk dan nenek di kedua-dua belah keluarga.

Masih terkenang-kenang lagi waktu aku ingin pulang ke Shah Alam pada hari Ahad lepas, aku sempat mencium kedua-dua pipi dan juga dahi arwah. Ketika itu, bergenang air mata menahan kesedihan melihatnya terlantar. Itu kali terakhir aku mendengar suaranya menyahut panggilanku. Tapi seruanku itu tidak sekuat seruan Allah S.W.T. memanggilnya ke alam barzakh.

Itu satu-satunya jalan terbaik bagi arwah, kami yang hidup berasa seksa melihatnya terlantar lemah, tidak makan, hanya minum, masakan boleh tahan lama lagi? Semoga dengan kembalinya arwah ke Rahmatullah ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan seksa arwah di dunia. Kami yang masih hidup akan sentiasa mendoakannya.

Sesudahnya kelas semalam, aku pulang ke rumah dan tekad meminjam motor rakan serumah untuk pulang ke Simpang Renggam. Kemudian, plan berubah dan aku ke Sungai Besi untuk menaiki kereta bersama abang saudaraku. Kami bertolak pada sekitar jam 03:00 petang dan tiba di perkarangan surau tempat jenazah di sembahyangkan pada jam 05:15 petang. Aku terkilan kerana tak sempat melaksanakan tanggungjawab sebagai cucu dengan bersama-sama bersolat jenazah. Namun, aku dapat mengiringi van jenazah ke tanah perkuburan. Selesai menanam jenazah, kami beramai-ramai membaca talkin dan mendoakan jenazah. Setelah selesai dan orang ramai pulang ke rumah, aku melihat Pak Usu aku duduk di pusara arwah. Ku lihat Pak Usu menangis seolah-olah tak dapat menerima pemergian arwah. Kemudian, mataku turut bergenang air mata melihat keadaan itu. Sesungguhnya, perit sungguh perasaan kehilangan ini, orang yang paling disayangi hilang di pandangan mata kasar.

Malam itu, majlis tahlil diadakan di rumah Mak Ngah di Simpang Renggam. Kemudian, perbincangan di antara adik-beradik emak. Selesai semua itu, aku berangkat pulang ke Sungai Besi, dan tiba di Shah Alam pada jam 05:30 pagi dengan menaiki motor. Sempat juga aku membaca surah Yassiin selepas solat Subuh. Semoga arwah menerima pahala dari bacaanku. Semoga roh nya aman di sana.

Gambar bersama arwah nyayi pada bulan Jun tahun 2010. Kenangan bersamanya.
Pusara arwah nyayi.

8 comments:

Chapit Zulkefli said...

Ni yang buat aku nak balik kg cepat2 ni. Aku dah 2bulan xbalik kg. Nenek di kampung dok call tanya bila nak balik :'(

arriefa said...

semoga arwah nenek faiz ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. amin~

nurhazDV said...

hmm..=(sedey..tp kite perlu teruskan hidup kan sayang..

Faiz Syazwan said...

chapit - hargai nenek kita sementara dia ada lagi..ak semalam pulang ke johor balik hari semata-mata nak tengok jenazah buat kali terakhir..sampai2 je org dah solat jenazah, dapat hantar ke perkuburan jela..

iefa - thanks iefa..kita hanya mampu berdoa yg terbaik untuk arwah..

wani - yup,yg hidup ni perlulah teruskan kehidupan..benda dah lepas,amek pengajaran dr peristiwa ni..

Chapit Zulkefli said...

tabahkan hati bro. aku paham perasaan hang memandangkan aku sejak kecil stay dengan nenek. Al-Fatihah dan takziah atas kehilangan nenek hg bro.

Faiz Syazwan said...

chapit - thanks a lot beb..ak banyak kenangan dengan nyayi aku, sebab masa aku kecik2 banyak dihabiskan kat kg dengan arwah..masuk kebun kutip kopi sama2..banyaklah kenangan..

Puan Surina Rashid said...

sabar keyh.. Allah lebey sayangkan nyayi...

Faiz Syazwan said...

tgh belajar mengawal perasaan ni..dugaan ni sgt berat..thanks ya..