Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke-17

Salam kepada semua.

Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam yang berpuasa.

Secara tak disedari, sudah 17 hari kita sebagai umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3 ini. Bermakna tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi sebelum kita semua meraikan hari raya Aidilfitri.

Dan sudah semestinya blog aku ini dah lama tidak dikemaskini. Terakhir aku mengemaskini blog adalah pada 27 Julai yang lepas. Agak lama juga.

Biasanya orang ramai akan membeli-belah ketika menjelangnya raya, namun aku sudah bertahun tidak membeli sepasang baju melayu baru untuk hari raya. Cuma mak ada membelikan sepasang songkok bersaiz 21 3/4 untukku. :)

Teringat semasa waktu kecil dahulu, hari raya pasti akan jadi sangat meriah. Tetapi zaman semakin berubah. Semuanya menjadi moden dan atmosfera raya seperti dulu itu tiada lagi. Aku pun sudah membesar, usiaku pula sudah meningkat ke 23 tahun.

Tapi mengambil pandangan positif, hari raya ini aku jadikan sebagai tanda kejayaan menunaikan ibadah puasa selama 29/30 hari di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Jadi, semoga kita sama-sama berjaya menunaikan puasa dengan sempurna. InsyaAllah.

Hari raya tahun ini, hari raya pertama yang akan diraikan tanpa kehadiran nyayi dalam hidup kami. Pada hari raya ke-4, kami semua akan berkumpul di Simpang Renggam bersama kerabat keluarga kami. Mungkin kami akan bersama-sama untuk melawat pusara nyayi.

Harap bertemu lagi di lembaran yang akan datang. Dan selamat menyambut Nuzul Quran. :)

*Atmosphere - Sunshine.

No comments: