Thursday, October 27, 2011

Muhasabah Di Malam Hari


Insan ini boleh bersolat di tepi kaki lima, di dalam hujan pula. Kita pula ada tempat yang lagi selesa untuk menunaikan kewajipan ini, apakah ada lagi alasan yang lebih kukuh untuk kita meninggalkan solat?

Dunia oh dunia.

Wednesday, October 26, 2011

Hari Rabu Tanpa Kata-kata #1


*Terima kasih kepada Siti Surina sebab mengambil gambar ini.

Monday, October 24, 2011

QR Code

Salam kepada semua.

Sekadar entri ringkas. Aku telah memasukkan sebuah aplikasi di iPhone ku yang bernama 'QRReader'. Agak menarik juga kerana ia akan mengimbas kod QR yang baru diperkenalkan beberapa tahun ini. Aku juga telah membuat sebuah kod yang akan menjalinkan kod itu terus ke alamat blog aku.

Mungkin agak lambat bagi aku sebagai pengguna iPhone yang tahu mengenai aplikasi ini. Apa-apa pun, ianya memang sangat mengujakan. :)


Bagi pengguna telefon pintar yang mempunyai aplikasi untuk mengimbas kod ini, anda dipersilakan untuk melakukan imbasan terhadap kod ini. Selamat mencuba.

Jangan lupa, imbas sekali kod kedua ini. Sedikit pesanan untuk para pembaca. :)

Wednesday, October 19, 2011

iPhone 4 Pun Bermasalah?

Salam kepada semua.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, iPhone ku telah mengalami masalah. Kegagalan 'home button' untuk respon dengan cepat menjadi satu masalah besar bagiku. Aku terpaksa menekan dengan laju dan kuat semata-mata untuk kembali ke paparan utama iPhone.

Setelah melakukan sedikit pencarian menggunakan Encik Google, aku telah menemui beberapa tips berguna. Kemudian, aku praktikkan pada iPhone ku, dan ternyata fungsi 'home button' nya kembali kepada prestasi normal. Keadaan ini berlanjutan selama beberapa minggu dan aku amat bersyukur.

Aku juga sempat bertanya kepada pekerja di Apple Store yang terletak di BP Mall mengenai masalah ini. Jika iPhone ku mengalami masalah ini, aku boleh menghantar kepada mereka dan mereka akan menghantar iPhone ku ke 'headquarters' di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan susulan kerosakan. Jika terbukti bermasalah, mereka akan menggantikan iPhone itu kepada iPhone yang baru. IPhone ku juga masih lagi di dalam tempoh jaminan sehingga 13 April 2012.

Dan kini, iPhone ku mula bermasalah semula. Aku terpaksa mengambil langkah untuk menghantar iPhone ini ke Apple Store tersebut. Harap-harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan cepat. Tetapi sebelum tu, kena dapatkan RM60 untuk proses ini. Siapa-siapa yang baik hati, silalah berikan aku duit. :p

Oh ya, kepada Encik iPhone, silalah menjadi baik kalau tak nak dihantar ke Apple Store dan menjadi tukun di sana, hahaha...

Tamat.

*Keane - Somewhere Only We Know.

Coretan Pagi Hari.

Salam sejahtera kepada semua pembaca, dan juga selamat pagi.

Sejuk sungguh pagi ini, adakah kerana memang cuaca sejuk? Atau kerana kesan selepas penggunaan kipas sepanjang malam tadi. Tak kisah yang mana satu pun, yang pastinya sejuk. Warghh!

Pagi-pagi lagi aku sudah mendengar lagu menggunakan 'iPod Shuffle' ku. Agak lama juga si kecil ini menetap di dalam bekas simpanannya tanpa diusik. Baru saja malam tadi aku mengecas semula baterinya.

Dengar punya dengar, sampai ke lagu dendangan Maher Zain. Lagu yang bertajuk 'For The Rest Of My Life' itu menyentuh hati aku, tambahan pula dengan cuaca yang sejuk ni. Terasa begitu bersyukur masih hidup hingga kini, masih ada masa untuk memperbaiki diri.

Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dengan nikmat Islam. Dan aku juga amat bertuah dilahirkan dalam kalangan kaum Melayu dan juga sebagai anak jati Malaysia. Dibesarkan pula di dalam keadaan aman harmoni. Alhamdulillah.

Berbalik kepada lagu Maher Zain tadi, bila diamati semula, memang meremang bulu roma. Alangkah bahagianya nikmat Islam ini bagi seorang mualaf. Perasaan mereka ini sukar digambarkan. Kesyukuran mereka melebihi segolongan orang yang sememangnya sejak azali itu adalah beragama Islam. 

Aku sering terfikir, alangkah bertuahnya diri ini jika hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. Jika aku diberi kesempatan berjumpa baginda, pasti aku akan menangis berjumpanya, seorang yang betul-betul sempurna dari segala aspek. Walaupun di hayat ini, adalah mustahil berjumpa dengan baginda Rasulullah, di akhirat sana pasti berjumpa dengan baginda.

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Oh, kena bersiap-siap untuk ke tempat praktikal. Kita berjumpa lagi di entri akan datang ya.

Semoga hari ini menjadi hari yang elok untuk anda semua. :)

*Entri ini ditaip pada 18hb Oktober 2011.

Monday, October 10, 2011

Hikmahnya di sebalik perpisahan


Rupa-rupanya dah bertahun-tahun aku menumpahkan kasih sayang pada insan yang tidak setia. Memang ada hikmah di sebalik semua ini.

Untuk lebih memahami cerita, sila rujuk entri ini.
Ku Harap kau Bahagia

Kini, ku temui bahagia bersama pengganti gadis curang ini. Doakan kami bahagia.

❤ Nur Hazwani

Friday, October 7, 2011

Hak anda dalam berhubungan

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, aku masih lagi berdaya untuk menaip entri ini. Syukur juga kerana dengan nikmat kehidupan yang Allah S.W.T. telah berikan kepadaku sehingga hari ini.

Setiap manusia itu dicipta dan dijadikan secara berpasangan. Maknanya, pasangan bagi seorang lelaki itu adalah seorang perempuan. Fitrah kejadian manusia sememangnya begitu.

Perkara yang ingin aku tekankan adalah mengenai perhubungan kasih sayang antara si jejaka dan juga si gadis. Persoalannya di sini, bagaimana cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka? Adakah dengan bermanja sahaha tanpa ada sedikit pun pertengkaran? Agak bagus jika tiada pertengkaran ataupun perselisihan pendapat, mungkin mereka itu memang pasangan yang sempurna.

Berbalik kepada topik kita, hak anda sebagai pasangan adalah terhad. Secara zahir dan juga secara batin. Kita ini orang Melayu, dilahirkan pula dengan nikmat sebagai seorang yang beragama menyembah Allah S.W.T., sudah pasti mempunyai had-had pergaulan.

Kemudian, menurut pendapat aku, selagi satu-satu pasangan itu belum mempunyai hubungan yang sah, mereka tidak seharusnya menyekat pergaulan dan juga aktiviti pasangan mereka selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Setiap orang mempunyai hak-hak dan juga privasi masing-masing. Jika kesemua kelebihan ini juga dikawal oleh pasangan mereka, adakah itu dinamakan hubungan yang bagus? Mungkin kerana mereka takut ditipu kerana menyangkakan pasangan mereka akan curang. Lain orang, lain caranya. Tetapi seperti yang aku tegaskan sebelumnya, hak ini tidak patut dirampas dari seseorang itu.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini atas sebab pengalaman yang aku lalui juga. Secara jujur, aku tidak langsung menyekat aktiviti teman wanita aku. Dia bebas berkawan selagi tidak melebihi batas. Bagi aku, ini adalah hubungan yang sihat. Tidak perlu syak wasangka, tidak perlu mengongkong. Ramai di antara kenalanku yang dikawal kebebasan mereka oleh pasangan masing-masing. Kawalan secara senyap-senyap dan agak terkenal adalah dengan menggunakan 'message copy' yang servisnya diperkenalkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. 

Bagaimana fungsi servis ini pula? Apabila anda menghantar mesej (SMS) kepada seseorang, mesej anda tidak akan disalin semula, tetapi apabila orang tersebut membalas semula mesej anda, mesej itu akan disalin semula secara automatik dan dihantar kepada pasangan yang telah mengaktifkab servis itu di nombor telefon bimbit anda. 2 orang rakanku telah menerima nasib begini.  Jadi, di manakah kebebasan dalam pergaulan ini? Ini belum berkahwin lagi, sudah dikawal sebegini rupa.

Manusia, sememangnya ada perasaan takut. Tapi jangan disebabkan takut menghadapi hari-hari muka, anda bersifat pengecut dengan menjadi sebegitu. Tidak perlulah mengawal hidup orang lain secara begitu. Anda juga pasti tidak suka dikawal, betul kan?

Jadi seorang yang realistik. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal. InsyaAllah.

Sunday, October 2, 2011

Berakhlakkah kita?

Salam kepada semua.

Hari ini Hari Jumaat,penghulu kepada segala hari. Aku masih lagi dalam tempoh latihan industri. Sudah hampir 3 minggu aku menjalani latihan di kilang membuat mesin ini.

Dalam tempoh sependek itu juga, aku dapat menyaksikan bermacam-macam tingkah laku dan juga ragam manusia. Di bahagian tempat aku berkerja ini, semuanya terdiri dari orang berbangsa Nepal. Setakat ini, mereka memang baik, tiada banyak masalah. Cuma sedikit masalah saja iaitu berkaitan dengan komunikasi. Maklumlah, aku ni berbangsa Malaysia, bertutur dalam Bahasa Melayu. Mereka pula bercakap bahasa ibunda mereka. Namun ada seorang dari mereka yang boleh bertutur dan memahami bahasa ibunda kita. Pekerja ini sudah menetap di Malaysia hampir 5 tahun.

Seperkara yang aku perhatikan pada mereka ini, dan aku sangat tidak menyenangi perbuatan mereka adalah sikap mereka yang suka meludah di merata tempat. Bukannya tiada longkang atau bilik air untuk mereka berbuat demikian. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka ini di negara asal mereka. Namun ada juga orang kita, bangsa Melayu turut berperangai demikian. Sekarang ini, siapa yang tak berpada di bumi sendiri? Di mana akhlak terpuji kita sebagai orang Melayu dan beragama menyembah Allah S.W.T.?

Kita yang menetap di bumi sendiri ini seharusnya memaparkan tauladan yang baik supaya boleh menjadi ikutan pada yang melihat kita. Jadikan diri kita ini contoh yang baik, yang terpuji.

Hidup ini menjanjikan pelbagai pengalaman dan nikmat, hargai dengan sepenuhnya dan jangan dilupa pula dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Seterusnya, barulah kita boleh teruskan dengan kehidupan duniawi ini, dan berikthiar untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

*Entri ini selesai ditaip pada jam 11:14 pagi, 30 September 2011, bertempat di kilang Lian Huat Machinery Sdn. Bhd. *