Wednesday, February 9, 2011

Ku harap kau bahagia


Salam kepada semua.

Selama ini, aku membawa bersama diriku satu bebanan, iaitu perasaan bersalah di atas tindakan diri aku. Aku juga tak pasti sama ada tindakan aku itu betul atau salah. Aku cukup pantang bila soal-soal berkaitan perasaan. Perasaan itu satu benda yang subjektif, tidak boleh diukur, tidak boleh dikenalpasti dengan tepat melalui tindakan. Ada orang boleh menyembunyikan perasaan, contohnya adalah seperti diri aku ini. Ada juga yang tidak boleh melakukannya malah terpaksa menzahirkan perasaan itu menerusi tindakan yang kebanyakannya tidak munasabah, seperti orang tidak berakal.

Bebanan ini sering menghantui diri aku.

Malam ini, ia pergi begitu sahaja. Terbang entah ke mana, sedikit demi sedikit. Kelegaan sedikit terasa di hati, namun ada juga keperitan yang tertanam di dasar hati. Kasih sayang itu ditanam sejak bertahun lamanya, dari 2006 sehinggalah aku menurut kata-kata orang tua ku. Tinggalkan dia demi masa depan, demi keturunan/zuriat yang sihat dan demi segala-gala yang akan lenyap jika aku bersama dia.

Adakah begitu mudah untuk meninggalkan seseorang secara mendadak setelah kasih itu bertaut bertahun lamanya? Tidak mudah.

Fikir konsekuensinya, teruk atau tidak. Aku tidak berjiwa waja untuk bercakap secara depan. Lalu pilihan sebagai pengecut itu menjadi jalanku. Kenapa begitu? Untuk menjaga hati dua pihak, itu amat payah.

Aku mendiamkan diri untuk kesekian lamanya. Dia tidak menghubungi aku, aku tidak menghubunginya. Mungkin itu penghujungnya, fikirku.

Curang adalah perkataan yang aku paling benci mendengarnya. Aku tidak curang, aku cuma bertindak menjadi pengecut, melarikan diri dari sesuatu perhubungan yang tidak pernah bersalah, tidak ada pergaduhan, tidak ada syak wasangka, atas dasar masa depan.

Dia ada 'Facebook', aku terjah melalui profil adiknya. Aku tatap setiap satu entri-entri si dia.

Nah! Itu dia, mungkin pernah berada dalam jangkaan aku, tetapi aku selalu menidakkan jangkaan ini.

Dia menjalin hubungan dengan insan lain, sedangkan ada juga dia menghubungiku mengatakan ingin ke Kuala Lumpur, berkerja di sini. Aku ini apa? Tempat mengadu dan menjadi teman lelaki sementara di saat dia keseorangan? Ptuihhh.

Aku tak menyalahkannya, kami masing-masing salah.

Hidupku kini lebih meriah, aku punya ramai insan rapat di sekeliling.

Maafkan aku kerana pernah menjadi seorang yang pentingkan diri. Tapi itu pilihan yang tepat bagiku, menghindari penyakit 'Talasemia' daripada menjadi warisan zuriat keluargaku. Keputusan ini kejam, aku juga tak suka pada keputusan ini. Bodoh.

Maafkan abang ya Sue.

Semoga Sue bahagia juga.

Hilang beban, mulakan hidup tanpa rasa terbeban dengan perasaan bersalah ini. :)

*Muse - Fury.

12 comments:

Chapit Zulkefli said...

Oh my. Berair jap mater.
*kaver jap.

ah, biasa la bro. nak buat cmna. thats life. kdg2 tu.. u know what i mean kan?

arriefa said...

idop perlu diteruskan faiz... :)

Faiz Syazwan said...

chapit - 2la,hidup mmg camni,kdg2 rs mcm x adil je..tp sume kt kena harungi kan..ak menyesal menjadi seorang pengecut,damn je rsnya..n ak phm sgt ap yg ko cuba ckpkan,:)

iefa - betul tu..hidup kne diteruskan..cuma ada rs sket kekesalan,tp biar sesal itu menjadikan ms depan lebih cerah..kan3..

Chapit Zulkefli said...

No biggie bro. thats friend for :)

Faiz Syazwan said...

haha..thanks foe..rilek,maju ke depan,haha..

nurhazDV said...

huishh...

Faiz Syazwan said...

ish..cik dv xmo jeles ok,ni dah lepas..:)

Catheeya said...

wow.. ok. aku ingat aku seorg je yg alami benda ni. sumpah semua sama. semuanyaaa sama. sampai nama si dia tu pun sama. tp yg pasti tu bukan aku la kan. haha.

apa2 pun bro, kau relaks jela. bunga bukan sekuntum...

all the best! :)

Faiz Syazwan said...

hehe..ak rilek je..skrg pun dah ada pengganti..ak pk ms dpn gak,xleh nk terikat dgn emosi sgt,kne amek kira benda lain gak kan..sm2 seimbang..

ak pun happy dgn hidup skrg ni..thanks beb for the words..:)

Catheeya said...

ha.. bagus2 :D
Cerita lama jangan dikenang lagi yer. Teruskan hidup dengan lebih maju dan jayanya bersama dengan si dia yang sekarang ni. orait! :)

semoga berkekalan hingga akhir hayat. amin.... :D

Faiz Syazwan said...

hehe..thanks a lot..same shpul goes to you too..:)

Anonymous said...

i know about this.. teringat sesi luahan hati faiz dulu~ sedar2 da ade wani da.. ehehe! smoga kekal selamanya~ :)