Salam kepada semua.
Hari ni hari Jumaat. Seperti biasa, hari Jumaat ni istimewa sikit. Selain daripada adanya solat Jumaat yang diwajibkan bagi setiap mukmin, aku merasakan hari Jumaat ni selalunya panas, tak seperti hari biasa. Itu yang aku rasakan, tak tahu lah kalau anda semua rasa lain. Ok, aku bukan nak bercerita tentang hari sebenarnya. Aku nak cerita tentang perkara lain.
Cerewet. Kenapa dengan cerewet ni? Cerewet bukanlah sejenis makanan, atau minuman, ataupun seekor cacing bernama cerewet. Cacing biasanya dipanggil cacing kerawit. Oh, tersasar lagi. Ok, begini. Aku memang cerewet. Tapi bukan dalam segala hal. Aku cerewet bertempat. Dan rasanya tak sampai menyusahkan orang lain.
Aku cerewet dalam hal pemilihan makanan. Ni paling ketara. Aku makan semua benda yang halal, dan yang mudah didapati, dan semestinya belum tamat tempohnya. Kalau dulu-dulu, setiap kali keluar makan dengan si dia, pasti kami akan memilih tempat makan. Kononnya inginkan kelainan, ingin merasa makanan di kedai-kedai berlainan. Akhirnya sampai ke hujung semester, muka kami ni juga yang selalu bersedekah di mesin wang restoran 'Nasi Lemak Cinta Sayang'. Banyak kali juga macam tu.
Kacang tanah adalah satu daripada beberapa jenis makanan yang aku tak makan. Tiada penjelasan yang betul-betul tepat kenapa aku bertindak sedemikian, tapi yang penting memang aku tak makan kacang tanah. Walaupun digoreng, tetap tak mahu. Sebenarnya aku terpanggil untuk membuat entri ini disebabkan mak cik si dia ada membuat lauk kacang sambal bilis. Nampak sedap, tapi tekak aku pasti akan menolaknya. Bukan rezeki aku. Haih.
Tentang hal lain iaitu membeli-belah. Hal ini memang aku sangat cerewet. Kalau boleh, aku akan berada di sesuatu kedai untuk jangka masa yang panjang hanya untuk memilih sesuatu barang sahaja. Ok, jujur cakap, perempuan pun kalah dengan aku. Tak percaya boleh bertanya kepada Cik Nur Hazwani. Dia dah faham sangat dengan perangai aku. :P
Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku ni, bukan aku mengalami kecelaruan identiti. Aku pelik sebab terfikir yang kadang-kadang perasaan (mood) aku senang berubah-ubah. Oh, mungkin aku ada 'split personality'. Siapa tahu. Ah, mengarut lagi. Sebelum aku mengarut lebih banyak, lebih aku aku tamatkan entri hari ini di sini.
Aku perlu mengulangkaji pelajaran sedikit, lupa pula malam ni ada 'Test 1' bagi subjek 'Dynamics and Vibration'.
Jumpa lagi. :)
*Untuk entri seterusnya, mungkin aku akan bercerita tentang hobi aku yang pelik. :P
3 comments:
hehehe...mmg..cerewet....hahaha...
dah2..gi study..
hahah..cerewet itu perlu ;P
cik dv - haha,xdela sgt cerewet..cerewet sket2 je,haha..
iefa - kan2,kne gak cerewet kadang2 ni..klu sume benda nk ok je,ssh gak..:)
Post a Comment