Sunday, February 20, 2011

Terima Kasih Cinta

Salam kepada semua.

Pada hari Sabtu baru-baru ini (19 Februari 2011), aku telah ke Istana Budaya untuk menonton teater bersama-sama yang tersayang. Kami pergi seramai 8 orang, masing-masing berpasangan. Maka, jadilah 4 pasangan. :)

Poster Terima Kasih Cinta

Oh, kenapa teater? Kenapa bukan menonton filem di pawagam?

Jawapannya senang saja, iaitu ingin mencuba sesuatu yang baru. Menonton filem di pawagam itu sudah klise bagi kami. Jadi, tak salah sekali-sekala mencari angin baru. :)

Melalui pembacaan aku sebelum menonton teater, rata-rata orang mengatakan teater ini tidak senang dilakonkan. Realitinya memang begitu. Anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan semasa berlakon teater. Sedikit kesilapan akan memberi impak kepada keseluruhan persembahan. Ini baru betul-betul cabang lakonan yang mencabar. Aku sukakan ini.

Sebelum mengulas lebih lanjut, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mak Uteh kerana telah menaja kami menonton teater ini. Mak Uteh sangat baik. Kadang-kadang, aku jadi terharu, bercampur-baur dengan perasaan sebak. Aku tak mempunyai mak cik yang betul-betul sayangkan anak-anak buah seperti yang Mak Uteh lakukan. Jadi, aku sekadar menumpang kasih mereka. Terima kasih. Oh, terharunya saya. :)

Mak Uteh @ Geez Jalil
Dia lawa dan juga baik hati, dan juga sangat penyayang. :)


Mari berbalik kepada topik asal. Perancangan telah diatur sejak awal lagi, dari beberapa aspek seperti kenderaan dan juga peta. Aku dan Munzir telah bergerak ke Kajang menaiki perkhidmatan komuter dari Sungai Buloh ke Kajang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Terima kasih sekali lagi kepada Mak Uteh kerana telah menghantar kami ke stesen komuter Sungai Buloh. Lebih terharu, kerana Mak Uteh banyak berkorban untuk kami. :(

Setibanya di stesen Kajang, kami telah dijemput oleh teman wanitaku dengan menaiki kereta. Cuaca sangat panas pada ketika itu. Saja nak terangkan mengenai cuaca, sebenarnya tiada kaitan, hehe.. :P

Kemudian, di rumah keluarga teman wanitaku, kami makan tengahari bersama-sama. Kemudia, beberapa peristiwa telah dilakar. Ini rahsia, hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya. Bukan perkara negatif, tetapi positif. :)

Kami menunggu sehingga jam 17:00 untuk bertolak. Mak Long juga turut serta menaiki kereta sehingga ke Kuala Lumpur, dan dia turun di stesen komuter Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Dan kami juga turut meneruskan perjalanan ke Istana Budaya.

Berehat seketika di gerai makan sekitar kawasan Jalan Padang Tembak, dan menunggu sehingga waktu Maghrib sebelum bergerak ke Istana Budaya semula. Persembahan bermula pada jam 20:30, maka kami menunggu sahaja di luar dewan utama. Berjumpa pula dengan Eyla dan juga Zack di sana.

Ringkasan bagi teater tersebut, aku bagi 4.5/5. Kekurangan tersebut bagi aku adalah kerana masalah pencahayaan. Mungkin boleh diperbaiki dari masa ke masa. Jalan cerita sangat bagus, senang difahami, lakonan juga mantap. Bagi yang ingin menontonnya, masih sempat lagi. Anda mempunyai masa sehingga 6 Mac 2011. Memandangkan kami menontonnya pada hari pertama, kami tak mengharapkan persembahan sempurna. Diharap bagi yang menonton pada hari-hari seterusnya dapat merasai kesempurnaan jalan penceritaan, serta penataan cahaya yang mantap.

Tambahan sedikit. 'Terima Kasih Cinta' ini merupakan adaptasi cerita bertajuk 'Cinta' arahan Kabir Bhatia yang juga berkisarkan mengenai 5 kisah cinta. Para pelakon juga semestinya tidak sama seperti pelakon asal. Namun, jalan ceritanya dapat digarap dengan begitu baik. Bagi yang pernah menonton cerita 'Cinta', pasti dapat membayangkan situasi teater itu dengan situasi di dalam cerita asal.

Barisan pelakon bagi teater ini pula bukan calang-calang orang. Berikut nama-nama pelakon.
---------------------
Latiff Ibrahim
Safura
Deja Moss
Faradhiya
Shajiry Damery
Nadia Aqilah
Vince
Norish Karman
Tony Eusoff
Anding Indrawany
Diddy Herdi
Sharifah Aleya
---------------------

Oh, terlupa pula. Teater ini juga sarat dengan pelbagai alunan lagu yang turut mewarnai suasana sesuatu babak. Dah nama pun teater muzikal, berskala besar pula tu.

Bagi yang ingin mendapatkan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam teater ini, aku senaraikan di bawah ini untuk memudahkan pencarian.

1. Permata Untuk Isteri (Kopratasa)
2. Dia (Sheila Majid)
3. Seribu Impian (Casey)
4. Selanjur Bercinta (Aisyah)
5. Impian Anak Jalanan (Kembara)
6. Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman)
7. Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor)
8. Kau Ilhamku (Man Bai)
9. Belaian Jiwa (Carefree)
10. Sejati (Wings).
11. Kalimah Cinta (Amy Search)
12. Mata (Noorkumalasari)
13. Janji Manismu (Aisyah)
14. Duniaku (S Ahmad)
15. Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
16. Berkorban Apa Saja (P.Ramlee)
17.Itu Kamu (Estranged)
18. Perpisahan (Anuar Zain)
19. Gemilang (Sheila Majid)
20. Terima Kasih Cinta (Afghan)
21. Kuasa Cinta

Tontonlah, pasti tak rugi.



Kedudukan tempat di dalam dewan Istana Budaya.
(Klik untuk paparan lebih besar)

G14 & G15 - Faiz & Hazwani
F14 & F15 - Zul & Hazirah
F21 & F22 - Zack & Eyla
F28 & F29 - Surina & Munzir


Sang jejaka kacak.
Zack, Faiz, Munzir, Zul.

Si Dara Pingitan.
Hazwani, Surina, Eyla, Hazirah.

Cukup Korum. Terima kasih kepada gadis yang menolong menangkap gambar kami. :)

Malam itu, kami makan di Suzi's Corner, dan pulang ke Sungai Buloh. Malam yang sangat gembira. Terima kasih di atas kasih sayang Mak Uteh kami dapat merasakan perasaan begini.

Seterusnya, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.


*Sumber rujukan :- Wowberita

12 comments:

nurhazDV said...

hehe..sedih2...

Fatin Mazelan said...

tajuk dah cantik. rupa-rupanya ulasan seperenggan je. sad~

Faiz Syazwan said...

nurhazdv - sdey nape lak?haha..

fatin - xleh ulas lbey2,sbb masih dlm tayangan,t org xnk g lak,hehe..ajak la apek g,best woo..

Fatin Mazelan said...

hehehe. apek mana minat teater. memang nak gi pun nanti tapi tataw bila. hoho. err...ulas lah supaya orang boleh berkira-kira mahu pergi atau tidak. buat sinopsis pendek je.

p.s : jika mereka penggiat teater, mereka takkan kisah kalau kau tulis sinopsis yang berjela skalipun.

Faiz Syazwan said...

haha,ok2..akan diupdate dr semasa ke semasa..bg pjg abes,haha..ajak je apek tu,cuba benda baru..

Mak Uteh said...

Terharunya baca blog Faiz ni...awwww terima kasih atas penghargaan yg mak uteh rasa mcm tak layak je nak terima. I just love to make other people happy esp you all semua. I just don't know what to say apart from this : From the bottom of my heart, Thank you for being such a nice person.Hugs...

Fatin Mazelan said...

nice try! hahaha. ok. dah faham. leh la gi tengok. tunggu aku plak komen. hehe.

Faiz Syazwan said...

mak uteh - sedikit penghargaan untuk mak uteh,faiz takde benda boleh buat untuk mak uteh,hanya ni je yang termampu..dan kitorg pun nak jugak tengok mak uteh happy2 dan bahagia2 macam kitorg gak..and i'm very proud to have a very good aunt like u even bukan aunt yang betul2 darah daging..thanks a lot for what u've been done..

Faiz Syazwan said...

fatin - hehe,x upd8 lg pun sejak last komen tu,apa yg nice try nya?haha..x phm,xpe2..

ok la,g la tgk,ada masa lagi, tiket amek yg rm30,mmg belakang la for sure,tp ok la gak,nampak gak dorg berlakon..suara pun leh dgr,don't worry..hehe..

pas2 komen la kat entri sepanjang2 mungkin..:P

Fatin Mazelan said...

nice try la sebab tambah lagi 1 perenggan utk sinopsis. hehe.

Faiz Syazwan said...

haha,sinopsis yg ntah pape je tu,hehe..jnj leh di fahami dah la kan,hehe..

nurhazDV said...

mohd faiz..tak lame lagi..leh jadik mak cik darah daging kan...bile kite kawin..mseti leh jadi darah bercampur dan daging bercantum....kn2?hee