Sunday, October 2, 2011

Berakhlakkah kita?

Salam kepada semua.

Hari ini Hari Jumaat,penghulu kepada segala hari. Aku masih lagi dalam tempoh latihan industri. Sudah hampir 3 minggu aku menjalani latihan di kilang membuat mesin ini.

Dalam tempoh sependek itu juga, aku dapat menyaksikan bermacam-macam tingkah laku dan juga ragam manusia. Di bahagian tempat aku berkerja ini, semuanya terdiri dari orang berbangsa Nepal. Setakat ini, mereka memang baik, tiada banyak masalah. Cuma sedikit masalah saja iaitu berkaitan dengan komunikasi. Maklumlah, aku ni berbangsa Malaysia, bertutur dalam Bahasa Melayu. Mereka pula bercakap bahasa ibunda mereka. Namun ada seorang dari mereka yang boleh bertutur dan memahami bahasa ibunda kita. Pekerja ini sudah menetap di Malaysia hampir 5 tahun.

Seperkara yang aku perhatikan pada mereka ini, dan aku sangat tidak menyenangi perbuatan mereka adalah sikap mereka yang suka meludah di merata tempat. Bukannya tiada longkang atau bilik air untuk mereka berbuat demikian. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka ini di negara asal mereka. Namun ada juga orang kita, bangsa Melayu turut berperangai demikian. Sekarang ini, siapa yang tak berpada di bumi sendiri? Di mana akhlak terpuji kita sebagai orang Melayu dan beragama menyembah Allah S.W.T.?

Kita yang menetap di bumi sendiri ini seharusnya memaparkan tauladan yang baik supaya boleh menjadi ikutan pada yang melihat kita. Jadikan diri kita ini contoh yang baik, yang terpuji.

Hidup ini menjanjikan pelbagai pengalaman dan nikmat, hargai dengan sepenuhnya dan jangan dilupa pula dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Seterusnya, barulah kita boleh teruskan dengan kehidupan duniawi ini, dan berikthiar untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

*Entri ini selesai ditaip pada jam 11:14 pagi, 30 September 2011, bertempat di kilang Lian Huat Machinery Sdn. Bhd. *

2 comments:

Anonymous said...

thanx sharing~ :)

Faiz Syazwan said...

u r welcome..i'll hit ur blog later k..