Friday, October 7, 2011

Hak anda dalam berhubungan

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, aku masih lagi berdaya untuk menaip entri ini. Syukur juga kerana dengan nikmat kehidupan yang Allah S.W.T. telah berikan kepadaku sehingga hari ini.

Setiap manusia itu dicipta dan dijadikan secara berpasangan. Maknanya, pasangan bagi seorang lelaki itu adalah seorang perempuan. Fitrah kejadian manusia sememangnya begitu.

Perkara yang ingin aku tekankan adalah mengenai perhubungan kasih sayang antara si jejaka dan juga si gadis. Persoalannya di sini, bagaimana cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka? Adakah dengan bermanja sahaha tanpa ada sedikit pun pertengkaran? Agak bagus jika tiada pertengkaran ataupun perselisihan pendapat, mungkin mereka itu memang pasangan yang sempurna.

Berbalik kepada topik kita, hak anda sebagai pasangan adalah terhad. Secara zahir dan juga secara batin. Kita ini orang Melayu, dilahirkan pula dengan nikmat sebagai seorang yang beragama menyembah Allah S.W.T., sudah pasti mempunyai had-had pergaulan.

Kemudian, menurut pendapat aku, selagi satu-satu pasangan itu belum mempunyai hubungan yang sah, mereka tidak seharusnya menyekat pergaulan dan juga aktiviti pasangan mereka selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Setiap orang mempunyai hak-hak dan juga privasi masing-masing. Jika kesemua kelebihan ini juga dikawal oleh pasangan mereka, adakah itu dinamakan hubungan yang bagus? Mungkin kerana mereka takut ditipu kerana menyangkakan pasangan mereka akan curang. Lain orang, lain caranya. Tetapi seperti yang aku tegaskan sebelumnya, hak ini tidak patut dirampas dari seseorang itu.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini atas sebab pengalaman yang aku lalui juga. Secara jujur, aku tidak langsung menyekat aktiviti teman wanita aku. Dia bebas berkawan selagi tidak melebihi batas. Bagi aku, ini adalah hubungan yang sihat. Tidak perlu syak wasangka, tidak perlu mengongkong. Ramai di antara kenalanku yang dikawal kebebasan mereka oleh pasangan masing-masing. Kawalan secara senyap-senyap dan agak terkenal adalah dengan menggunakan 'message copy' yang servisnya diperkenalkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. 

Bagaimana fungsi servis ini pula? Apabila anda menghantar mesej (SMS) kepada seseorang, mesej anda tidak akan disalin semula, tetapi apabila orang tersebut membalas semula mesej anda, mesej itu akan disalin semula secara automatik dan dihantar kepada pasangan yang telah mengaktifkab servis itu di nombor telefon bimbit anda. 2 orang rakanku telah menerima nasib begini.  Jadi, di manakah kebebasan dalam pergaulan ini? Ini belum berkahwin lagi, sudah dikawal sebegini rupa.

Manusia, sememangnya ada perasaan takut. Tapi jangan disebabkan takut menghadapi hari-hari muka, anda bersifat pengecut dengan menjadi sebegitu. Tidak perlulah mengawal hidup orang lain secara begitu. Anda juga pasti tidak suka dikawal, betul kan?

Jadi seorang yang realistik. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal. InsyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

btul. takut berpada-pada, cemburu juga~

singgah dengan entri baru ni ha! http://sukadukatieha.blogspot.com/2011/10/betulkan-diri-sendiri-dulu-baru.html

Faiz Syazwan said...

taw xpe..agak2 la klu kapel kan..tensen jer..klu ada msj2 rahsia nk gosip2 ke kan,mst kantoi..ces..