OK, macam biasa, awal-awal semester ni, memang budak-budak UiTM ni poketnya semua tebal. Aku pun tak terkecuali, cuma dapat tebal sekejap je hari tu. Selepas beberapa hari, dapatlah menebalkan sedikit poket, dan aku gunakannya untuk membeli beberapa barang. Sebentar lagi aku muat naik gambar barang-barang tersebut. Aku rasa semuanya adalah satu keperluan memandangkan beberapa barangan aku telah lusuh terutama sekali seluar jeans aku. :P
Kek 'Chocolate Indulgence' dari Secret Recipe untuk meraikan harijadi yang tersayang. |
Sebuah patung yang bersaiz agak besar sebagai hadiah harijadi yang tersayang. |
Sebuah beg yang digunakan untuk ke kelas, maklumlah motor dah tiada bakul sekarang ni. |
Sandal jenama 'Lee Cooper' untuk menggantikan sandal 'Kronos' yang sudah lusuh (2 tahun penggunaan). |
Botol air berjenama 'Bros' untuk diisi dengan air mineral dan dibawa sebagai bekal ke kelas. |
Akhirnya dapat juga memanfaatkan duit untuk perkara-perkara sebegini. Oh, dan jangan lupa, sementara berduit ni, rajin-rajinlah bersedekah di masjid ataupun di surau. Semoga dapat juga pahala dan dapat membersihkan harta kita dari sebarang unsur-unsur yang tidak baik. InsyaAllah.
Sekarang ni, nak keluar sebentar berjumpa rakan-rakan. Jumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah.
Salam.
*Foster The People - Pumped Up Kicks.
No comments:
Post a Comment