Salam kepada semua.
Hari ini hari Khamis, bersamaan dengan 14 Jun 2012, dan aku tiada kelas pada hari ini. Ada sedikit masa terluang untuk aku menukilkan sedikit luahan dan juga pendapat.
Hari ini aku ingin membicarakan sedikit tentang kehidupan di rumah sewaku. Apa yang akan aku ceritakan adalah berdasarkan pandangan dan persepsi aku, jadi hanya insan yang membaca blog aku sahaja yang akan mengetahui tentang perkara ini. Cukup lama aku menyimpan dan memendam perasaan ini.
Ok, pertama sekali, aku ingin membicarakan tentang hubungan di antara ahli rumah sewa. Ada yang ok, dan ada yang kurang ok. Yang ok ni adalah jenis yang mengambil berat tentang keadaan rumah sewa. Jadi, aku lebih cenderung untuk rapat kepada jenis yang seperti ini. Bagi yang buat tak tahu menahu tentang rumah sewa pula, memang aku tak rapat sangat. Aku hanya akan bertegur sapa bila ada hal sahaja. Di sini, aku lebih suka mendiamkan diri.
Kemudian, aku juga merupakan insan yang jarang duduk di rumah, jadi boleh disimpulkan bahawa penggunaan elektrik, dan air adalah sangat minimum bagi aku. Aku mempunyai komputer riba, dan aku hanya akan menghidupkannya jika ada kerja untuk dilakukan. Jika tiada sebab, aku tidak akan menghidupkannya dan membiarkannya mati demi menjimatkan penggunaan elektrik. Tetapi, ada ahli rumah yang menggunakan 'PC' atau pun komputer peribadi yang bersaiz besar dan semestinya menggunakan kadar elektrik yang tinggi. Malah, komputer tersebut selalunya tidak akan dimatikan dan dibiarkan hidup berterusan siang dan malam walaupun tidak digunakan.
Lampu di bilik air pula tidak dimatikan setelah mereka selesai menggunakan bilik air. Lampu yang menyala tu akan menyebabkan penggunaan elektrik bertambah dengan sangat banyak.
Apa yang kurangnya pada mereka ini? Kurang kesedaran sivik atau kurang di ajar?
Belajar dah cukup tinggi, dapat biasiswa, maksudnya dah cukup pandai, tetapi tidak cukup pandai dalam menjaga hubungan di antara ahli rumah. Aku rasa mereka ini tidak akan dapat 'survive' jika duduk di rumah berseorangan. Hanya kerana kami duduk beramai-ramai, golongan seperti ini mengambil kesempatan dengan menangguk di air yang keruh.
Di rumah aku di kampung, penggunaan elektrik adalah seperti berikut :
Pagi : Gosok baju
Tengahari : TV akan dibuka dari adik aku pulang ke rumah sampai ke pukul 12 malam
Petang : Basuh baju
Malam : Lampu akan dibuka dan akan ditutup jika semua orang telah tidur
Sepanjang masa : Kipas akan dibuka jika cuaca panas
Untuk semua ini, bayaran elektrik tidak melebihi RM120.
Bagaimana di rumah sewa aku bayarannya melebihi RM140?
Ingatlah rakan, jika kau berkelakuan begini sehingga tua, nescaya kau akan menyesal di kemudian hari kerana tidak memikirkan tentang masalah orang lain yang kesuntukan duit.
Huh.
1 comment:
kawaisoo
Post a Comment