Saturday, July 25, 2009

Cuti mengejut UiTM

Salam kepada semua.

Aku kembali lagi dengan kontroversi, hahaha... Oh tidak,bukan kontroversi, sedikit cerita untuk di kongsi sahaja. :)

Untuk makluman semua, seperti yang di ketahui, sesi pembelajaran untuk UiTM telah bermula pada hb Julai 2009. Sehingga sekarang, adalah hampir 3 minggu juga. Dalam masa yang singkat tu, aku telah berjaya juga membina semangat untuk belajar (maklumlah dah 1 semester cuti), jadi perasaan membuak-buak untuk belajar. Subjek kegemaran pula adalah Computer Programming (C++). :)

Namun, apa yang membuat aku tak puas hati seminit ialah, UiTM memberi cuti mengejut kepada kami semua pelajar UiTM, tidak kira cawangan. Cuti ini di kira sebagai cuti pertengahan semester yang sepatutnya jatuh sekitar hari raya. Dengan automatiknya, cuti raya kami akan menjadi singkat. Tahniah UiTM, hahaha... Maknanya aku cuma dapat beraya dengan keluargaku hanya untuk 2 hari. Terima kasih juga kepada virus H1N1 kerana membuatkan cuti raya kami menjadi pendek. Secara ikhlasnya, aku tak nak cuti seawal ni.

Sepatutnya aku akan pulang ke Batu Pahat kerana akan menjalani pemeriksaan kesihatan (MC) di Hospital Batu Pahat pada 27hb Julai 2009. Tapi disebabkan oleh cuti seminggu, maka aku akan duduk kebosanan saja di rumah. Oh, tengah merancang ingin balik awal ke Shah Alam semula. Ok tak? :)

Dari malam tadi hingga pagi ni, keluargaku telah mengingatkan aku agar membawa pulang geran motor Lagenda ku. Maka, aku akan membawanya, kesian kepada motor Lagendaku yang telah kematian cukai jalannya. :)

Terima kasih kepada ayah kerana menyumbang duit untuk membayar Insuran (First Party) yang mahal. :)

Maka, dengan ini aku merasmikan percutian aku bermula pada saat ini, berjumpa lagi di lain hari. Semoga anda semua menjalani hari-hari yang indah. Semoga sihat walafiat juga hendaknya. Kepada pelajar UiTM yang lain, selamat menjalani cuti yang indah.

Salam.

17 comments:

Anonymous said...

jage diri...



;)

flovatedz said...

alohhh sekejap gilak cuti raye..xsyok ar dowh..huhuhu saba la yek! ;p

Tfaaaaaa said...

hhihih..harap besabo :)

khayze said...

ye, terima kaseh. sgt seronok kerana cuti. boleh jmpe rakan2 lama. hehe.

syaf said...

hahaha...padan muke ko dpat cuti awal..
besok org len sonok beraye lame, ko 2 ari jek..cian nye

hahahha...jahatnye aku...x de lah gurau jek..ok what dapat cuti awal, bley lepak2 awal kann...

The Lulu said...

jgn la marah2 uitm..
sori la..sy antare penyebab nyer..
well..sy demam gak..

n dgn kwn2 demam yg laen uitm perak tutup..
n same with uitm penang n mlake..
jd akhirnye sume uitm tutup..waaaaaaa

fareast said...

suka bila cuti ek?

Faiz Syazwan said...

tieha - semestinya jaga diri..tieha pun cuti kan,upm dpt cuti..so,tieha pun jg diri ok..

Faiz Syazwan said...

lady fafa - taw xpe..mmg sekejap la..haih..tp xpe,keutamaan utk menuntut ilmu..ada hikmah di sebalik sume ni..

Faiz Syazwan said...

tfa - sedang bersabar dan menerima dengan sepenuh hati..hehe..

Faiz Syazwan said...

syaf - haha..2la,dpt cuti kejap je..kesian kan kami..haha..tp xpe..look at the bright side..:)

Faiz Syazwan said...

khay - terima kasih la kan..hehe..ko suka la kan..haha..

Faiz Syazwan said...

ana - haha..xpela,x mrh pun,sj je..hehe..nak luah perasaan,kang simpan lama2 meletup lak..hahaha..

ana demam ea?dah sht lum ni?jg dr lelok ok..:)

Faiz Syazwan said...

fareast - apa yg ske nya..haha..aku terima dgn tenang hati ni..keh3..

Anonymous said...

ehehee.. oke.. baiklah..akn d jge diri ini...


;)

Faiz Syazwan said...

tieha - hehe..pndi jg diri ke x ni?hehe..:P

Anonymous said...

huhuuu.. tgh berusaha la nie...


haish!



;)