Saturday, July 11, 2009

UiTM Di Hatiku

Salam kepada semua.

Aku memohon maaf jika dah lama sangat tak mengemaskini blog ni. Rasa seperti sudah bersawang pula blog ni. :P

Tajuk adalah untuk menunjukkan aku sudah di UiTM. :)

Buat masa ni, aku dah berada di Shah Alam, buka di Batu Pahat lagi. Dan rutin harian aku juga bukan lagi menonton cerita di televisyen atau membuat muka bosan lagi, tetapi lebih kepada belajar di kelas dan juga makan di luar bersama kawan-kawan. Sebenarnya, perkara yang aku nanti-nantikan hanyalah untuk belajar semula. Alhamdulillah, bersyukur aku kerana sudah dapat belajar semula di UiTM Shah Alam.


Kini aku menyewa di sebuah apartment@flat di sekitar Seksyen 7 Shah Alam. Blok 31, rumah bernombor 207 (masih bengang dengan pengurusan kolej UiTM yang mengamalkan birokrasi). Ada sesiapa berminat nak bertandang? Hahaha... Sajian untuk anda cuma biskut kering sahaja, ok? :P

Aku bergerak ke Shah Alam pada hari Ahad lepas iaitu pada 5hb Julai 2009 dengan menaiki kereta rakanku. Maklumlah, ada banyak barang unuk di bawa. Tambahan lagi, dengan keadaan aku sebegini, lebih mudah jika ke Shah Alam menaiki kereta. Terima kasih kepada Rafiq kerana banyak menolong aku. Oh ya, sebelum terlupa, Rafiq menumpangkan aku menaiki kereta Proton Saga BLM berwarna biru yang baru sahaja di belinya. Terasa sedikit cemburu di situ. :)

Sesampai sahaja di Shah Alam, Idham telah berada di rumah sewa kami. Rumah di tingkat 2, maka aku terpaksa menaiki tangga hingga ke tingkat 2. Teruk ke? Aku rasa buat masa ni, ok saja. Walaupun ada kadangkala bahagian kaki yang cedera berasa sakit. Tapi itu bukan alasan, asalkan aku masih sihat, Alhamdulillah. Jangan banyak memberi alasan, kalau tak, sampai bila pun akan berada di takuk lama. Nasihat untuk diriku sahaja. :)

Rakan-rakan rumah sewa kami adalah seramai 7 orang termasuk aku. Yang lain-lain ialah Idham, Ikram, Adnan, Fitrah, Aiman, dan juga Ikmal. Sewa rumah juga agak murah iaitu RM650. Kami tengah merancang untuk memohon perkhidmatan internet Streamyx, InsyaAllah akan dapat dalam masa terdekat ni. Dengan harapan kami dapat melayari internet dengan pantas. :)

Aku memulakan kelas pada hari Selasa (7hb Julai 2009) kerana tiada kelas pada hari Isnin. Nasib malang bagi aku pada hari pertama ialah, aku tak berjaya menemui kelas. Macam kelakar, tapi itu adalah hakikat yang tak bahagia. :P

Pada kelas sebelah petang, aku berjaya pula menemui kelas, tapi untuk subjek lain. Aku berjaya. Yeah!

Pembelajaran setakat ini, Alhamdulillah. Ramai pula rakan-rakan dan juga pensyarah yang bertanya tentang keadaan aku, ada juga yang langsung tak mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan. Hahaha... Lupakan saja.

Sempat juga berkenalan dengan seorang wanita yang aku rasa cukup lengkap untuk dijadikan calon laki-laki budiman. Berkenalan di YM pula tu. Masih lagi belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan Kejuruteraan Kimia, berada di semester ke-5. Beliau ialah Hasalnim@Anim. Terima kasih untuk bubur dan juga nasi goreng. Anim memang ada bakat memasak. :)

Setakat ini, aku pasti merindui untuk ber'blogging' semula. Tapi aku harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan juga blog. Aku harap rakan-rakan akan faham dengan keadaan buat masa ini. Bagi yang menyapa di chat box, aku akan membalas jika mempunyai kelapangan.

Bagi Tieha, tahniah. Akhirnya, Tieha dapat menyambung Ijazah di UPM walaupun terpaksa menyambung dalam pengajian Bahasa Melayu. Lagi sekali tahniah, Faiz tahu Tieha pasti akan berjaya, InsyaAllah. :)

Akhir kata, semoga anda semua dapat memahami keadaan aku. Aku pasti akan mencari sedikti masa untuk aktif semual di blog. InsyaAllah.

Salam.

16 comments:

eD said...

Camne ko knal tiha?

Ko ada pape ke ngan dia? Haha~ :D

The Lulu said...

sian tol..
asl la xdpt duk kolej dlm?
truk ar Uitm..
(s.alam jer, perak ok)hehe

Ash said...

selamat menyambung pelajaran dgn jayanya encik faiz ye...

Faiz Syazwan said...

ed - hahaha..aku knl kat blog je kot..nape?kwn ko ke?huhu..

ana - hahaha..nk apply kolej,kne aktif aktiviti..teruk kan,hahaha..:P

ash - thanks ash..:)

eD said...

Budak kelas sebelah. Sama sekolah dulu.

Tfaaaaaa said...

haha berhabuk dah blog paes ni tau..

a'aa..congrats to Tieha..tp kesian die..sbb subject lain..
huu she's a bit sad, but i think she's okay..

all the best paessss :)

Anonymous said...

hai faiz;)
gudluck taw!chaiyok2!
anim sntiase doakn faiz..

khayze said...

ni siap gtau umah mane xleh blaa ekk..hoho.
ha, pasni blaja rajin2!
ade rzki jmpe la kat fac. da terjmpe fosha tuh kire bertuah tau! haha.

Faiz Syazwan said...

ed - haha..pttla..ktrg x penah jumpa pun..hehe..:)

tfa - haha,berhabuka bes kan..nak kne sapu habuk2 ni ha..haha..

tp xpela if lain course pun,at least dia msh menuntut ilmu,hehe..:)

neway,thanks for the wish..:)

anim - hehe..thanks anim..InsyaAllah if semua ok,then akan berjaya juga..:)

khay - haha,in case ko nk dtg mah aku ke..haha..mst nak blaja rajin2 ok,hehe..sbb blaja la aku x men blog sgt,takut terleka,haha..

ha,aku dh bg jadual kat facebook ok..tgk la nnt..:)

Anonymous said...

faiz!!!!!!!!



all the best.. ganbatte!!!


;D


faiz.. thanx la ea.. xpasal leh jupe farid>ed tu balik..


;)



faiz.. ala.. malulah! da promote lak.. eheheee...


*giler gediks!*


nt free ade mse kiter jupe k..?



faiz n tfaaa.. thanx..



;D

Faiz Syazwan said...

hehe..of course la..ble2 kt ada ms t kt jumpa ea..tieha ble nak masuk upm ni?

ELYely said...

Anim mna ni faiz??FKK?Part 5?senior ak tu..kna investigate ni.

Faiz Syazwan said...

ely - haha..mmg senior ko pun,kat fk l..ko g la investigate..haha..:P

Tfaaaaaa said...

tieha mmg gediks.hahahaha.

Faiz Syazwan said...

tfa - eh?xkn tieha je gedik?tfa pun sm apa..hahaha.

Anonymous said...

muahahhaaaa....



;DD