Tuesday, March 23, 2010

Rezeki ada di mana-mana

Salam kepada semua.

Buat pertama kalinya, aku rasa sangat tak bermotivasi, rasa macam tiada masa depan, tiada apa-apa melainkan diri sendiri untuk di sayangi. Ok, ini perasaan dalaman saja. Aku tahu ramai di luar sana yang masih menyayangi aku, dan aku hargai semuanya.

Aku cuba berkongsi kedudukan dan situasi aku kepada anda semua. Baiklah, sila beri perhatian. :P

Semalam, hari Isnin (22hb Mac 2010), masih lagi mempunyai duit pada waktu siang. Makan seperti biasa, tapi semestinya yang murah-murah, aku tak kaya pun, keluarga aku pun tak kaya, jadi berpijak di bumi nyata. Malamnya pula, sebelum makan malam, rakanku menuntut duit untuk membayar bil api air yang sudah berbulan-bulan tidak dilunaskan. Baiklah, semua sekali RM24, aku membayarnya. Lalu keluar untuk makan malam.

Kembali semula ke rumah, rakanku meminta duit bil bagi pihak rakan serumah yang lain, iaitu si A. Aku ada berhutang RM33 dengan si A, maka aku membayar RM24 kepada rakanku si pengutip wang bil. Maka, secara rasminya dompet aku tidak meninggalkan walaupun 1 sen atau pun RM1 bagi aku. Maka, aku menjadi golongan miskin tahap tegar. Pernah rasa? Cubalah sekali sekala, sangat masyuk rasanya. Rasa maca nak terjun bangunan pun ada, nak duduk kat tengah-tengah jalan pun ada, tapi tu semua pemikiran bodoh, aku bukan begitu. Cukup.

Lalu, aku berfikir sejenak. Kelmarin baru saja mak aku memasukkan duit sebanyak RM70 ke dalam akaun bank. Tapi keesokannya, aku sudah ketiadaan duit lagi. Maka, dengan malunya, aku tak akan meminta duit dari mak lagi buat masa ini. Aku malu, nanti mak mesti berfikiran bukan-bukan. Walhal wang yang diberi untuk kegunaan membeli makanan. Adakah ini bermakna aku perlu menjalani diet secara berbahaya lagi? Mungkin.

Hari ini, masa untuk menuntut bayaran bil Streamyx pula, memang bagus. Akhrnya aku terasa seperti dalam neraka. Siapa-siapa boleh tolong aku? Seorang kena bayar dalam RM27. Aku RM2.70 pun tiada. Padan muka aku, siapa suruh aku duduk rumah sewa.

Berfikiran lagi jauh, akhirnya aku kehilangan motivasi, dan aku terasa ingin berhenti belajar. Kesian melihat mak dan ayah, mereka berhabis duit untuk aku, aku pula belajar di sini dalam bidang yang aku sendiri tak minat. Bila dah tak minat, aku cuba juga minatkan, tapi minda kita ni pandai, tak boleh nak bohong. Maka, sudah ada 'mind blocking' tercipta khas bagiku. Padan muka aku lagi.

Cepat-cepat habis 'final exam', mohon 'guarantee letter', lakukan pembedahan, kemudian duduk diam di rumah, kalau rajin, aku mohon berhenti belajar, kalau lagi rajin, aku buat surat 'extend' semester lagi.

Damn, apa yang aku fikir ni?

Suka hati. Rezeki ada di mana-mana. Noktah!

*Tiada lagu dalam kepala, bunyi rekorder yang Fitrah main pun menjadi seronok untuk di dengar.
*Nak hidup seperti aku sedang nazak seperti Kris Allen boleh tak?

11 comments:

AyanaAsham said...

pepun duit mmg penting ar tuk student even yg hidup lam life besa2 je......kan3

Dekna said...

eh awak.,
sabar je la ek..
patut la msg cam emo je kn..
takpe2..

sabar2..mmg rezeki akan ada di mana2..
yg pnting doa. n usaha kan..

keep ur day cheer ok!
kwn2 awak kn ada...
ask their helps

Tfaaaaaa said...

faiz,

rezeki ade kat mane2..jgn cepat give up..

how abt the insurance we talked abt last yr?

Faiz Syazwan said...

ayana - opkos, mmg penting, tp 2la..haih..

zaty - dah pnt la nk mtk tlg kwn,x larat dah..baik sy diam je, xpun stop je,hahaha..

tfa - insurans dpt hujung tahun ni rsnya, after naik court bln 8 t..insyaAllah..

Tfaaaaaa said...

wish u all the best..
lagi cepat naik court lagi bagus kan??

i'll pray for you. :)

Faiz Syazwan said...

nak wat camne, dah ditetapkan tarikh, nak tak nak kne tunggu..t dah ada wet,xdela seksa mcm skrg,haih..

Tfaaaaaa said...

sabar tu kan banyak kebaikan.hehe :P

dah sehat ke sekarang?

Faiz Syazwan said...

belum lg hingga operate nnt,hehe..

fina said...

semakin Allah sayang pd kita,semakin di uji iman kita kepadanya..
namun dirawatNya dengan sebaik2 penawar iaitu ketenangan kpd hati....


so toksah la nk mrepek, nk wat bnda ngarut2..skang mgkin xde rzki..Allah uji faiz dl...pas ni Allah msti nk bg ganjaran o rezeki y lg besar...who knows???

Faiz Syazwan said...

haha..xkn la nk wat benda2 mengarut tu,msh leh pk secara logik..:)thanks for ur concern ea fina..:)

fina said...

huhu...kte kn frenz...lalala..