Salam kepada semua sekalian warga pembaca.
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka, dan juga selalu dimurahkan rezeki.
Entri aku kali ini, adalah sebagai penentangan terhadap permasalah aku di entri sebelumnya.
Ada masa kita akan berada di ambang kejatuhan, ada masa kita akan berada di ambang kejayaan, begitulah hidup. Di kala aku kedukaan, mesti ada segolonga mereka bergelar sahabat atau kawan yang datang memberi dorongan, belum jumpa lagi yang memberi kata-kata cacian dan makian. Kalau ada, aku terajang masa tu juga. :)
Mereka memberi semangat, aku terasa lebih di hargai, aku tahu mereka di luar masih ramai yang menyayangi aku. Lebih-lebih lagi, mak aku. Aku tahu, mak memang sayang aku. Hahaha...
Ok, aku terasa bangang sekejap sebab merepek di permulaan entri.
Diringkaskan, sudah 2 hari aku tak makan tengah hari, atas sebab tiada duit. Tapi itu tak jadi masalah, aku mengikat perut menahan kelaparan sehingga malam kerana ada seseorang menantiku untuk menyelesaikan kelaparanku. Ok, aku makan malam di belanja orang. Tapi bukan percuma, masuk buku 555 ok. Ada duit nanti, aku bayar, jangan risau.
Kemudian, tentang pelajaran aku. Aku berasa semakin senang hati belajar, terutamanya subjek 'Basic Mechanic' dan 'Further Calculus'. Aku semakin kerap menumpukan perhatian di dalam kelas, Alhamdulillah. Balik rumah, pasti aku akan mengeluarkan nota, melihat-lihat kembali pelajaran yang telah di ajar semasa di kelas. Bagus, aku pun suka. :)
Pada malam Jumaat, aku ke panggung wayang di Jaya Jusco Bukit Tinggi, menaiki kereta 'Nur Hazwani'. :)
Ada orang belanja tiket wayang 'Evolusi : KL Drift 2', rezeki aku, mana boleh tolak. Tapi memang bersyukur lah, sebab jalan cerita yang mantap. Cubalah menontonnya di wayang bila ada kelapangan. :)
Kesimpulannya, aku gembira walaupun aku berada dalam tahap kejatuhan paling teruk.
Terima kasih semua.
*Sedang melayan lagu Evolusi KL Drift 2.
6 comments:
ececehh..
terharu jp..sebab terase mcm diri ni sebahagian dr golongan tu.hahahaha..perasan jap..
im happy to see u happy la faiz ;)
haha..me 2,me want to see u happy too..:)
aku juge berasa gembira dalam tahap kejatuhan. ketika aku jatuh, aku menjadi emo dan giler. di saat itu seme org mahu mendekati aku kerna merasakan aku terer berlawak.bhahaha
epa -xde keja ke anda?rilek,skrg jatuh,t lm2 mesti naik gak,rilek je..hehe..
KL Drift.. wah tentu best!!
memang best..x sia2 tgk..stigma masyarakat kita ni,filem melayu xde kualiti..itu salah..cuba dulu..berbaloi rsnya..hehe..
Post a Comment