Salam kepada semua.
Ya betul, sangat lama tak mengemaskini blog, juga hampir lupa bahawa aku juga mempunyai blog, seperti mana yang Ayieq juga rasakan. Begitulah lumrah, kalau banyak sangat perkara untuk dilakukan, memang akan lupa jua sedikit perkara.
Kali ini, ingin berbincang mengenai perubahan. Kerap kali aku mengutarakan untuk berubah. Memang niat itu sudah ada. Tapi yang sering bermasalah adalah diriku ini. Perubahan itu memang memerlukan pengorbanan, namun aku masih begini, tak sedar-sedar diri lagi. Masa semakin meninggalkan kita, masa itu tak boleh di undur. Benarlah bahawa manusia itu berada dalam kerugian. Aku juga tergolong di dalam kalangan itu. Itu benar. Tetapi, aku ingin keluar dari golongan sebegini. Cakap saja tak guna, usaha.
Aku sudah mula melangkah selangkah, walaupun selangkah, ianya boleh di katakan 'stepping stone' sebelum aku melangkah dengan lebih jauh, ke arah kejayaan. Kini, aku sudah mula membahagikan masa dengan betul, walaupun ada juga sedikit ralat, biasalah orang baru mula ingin berubah. InsyaAllah, akan lebih sempurna di lain masa.
Aku sudah mula membuat tutorial, 'assignment', melakukan perkara yang penting dahulu. Syukur. Harap-harap perubahan ini berterusan, dan akan sentiasa meningkat dengan peredaran masa.
I can't surpass the boundary, at least I can get close to it.
*Tahniah kepada Siti Khairiah kerana telah selamat ke jinjang pelamin
*Crew Production pada 03 April 2010, ok ke?
No comments:
Post a Comment