Tuesday, May 25, 2010

Apa dah jadi?

Salam kepada semua.

Ok, kembali lagi. Alhamdulillah syukur nikmat, masih bernyawa, masih lagi dapat menatap keindahan alam. :)

Sedikit sebanyak perkara akan aku ceritakan kali ini.

Pertamanya, mengenai pembedahan kaki aku yang sepatutnya berlangsung pada 24 Mei 2010. Pembedahan ini tidak dilakukan. Menurut doktor, kakiku tidak perlu di bedah untuk prosedur 'Bone Marrow Injection' kerana beliau menyatakan tulang pehaku sudah bersambung sepenuhnya. Menurut beliau, tulang pehaku sudah padat, dan tak perlu melalui proses pengerasan tulang.

Pembedahan tidak dilakukan, namun aku bersemangat sekali ketika diusung ke dewan bedah. Ini tak tipu, keadaan di dalam dewan bedah, sejuk sangat sehingga aku merungut sendirian. Mujur jururawat yang perasan telah memberikan aku 'warm blanket'. ini pertama kali aku jumpa 'warm blanket'. Agak jakun di situ. :P

Ha, jangan tak percaya. Kakak-kakak jururawat ni pun bergosip di dalam dewan bedah. Kelakar betul. Aku tersengih je mendengar. Langsung tiada rasa gugup atau takut di dalam dewan bedah tersebut mendengar mereka-mereka ni mengumpat. Ok, cukuplah. Aku tak nak ingat. Pelik betul.

Dan setelah para doktor berbincang, akhirnya aku diusung keluar dari dewan bedah. Kecewa juga seketika. Kenapa tak jadi bedah kan? Penat aku datang merantau dari Batu Pahat ni.

Berapa agaknya caj yang dikenakan kepada aku?

RM28. Mahal tak? Tak sangat rasanya. Rm1.50 x 2 hari penginapan di wad, RM10 untuk caj Radiologi, RM12 untuk caj pemeriksaan Pelvis. Aku kena bayar sendiri. 'Guarantee Letter' yang aku dapatkan dari UiTM tidak laku untuk sebarang caj di bawah nilan RM50. Rugi saja. Haih.

Aku mempunyai temujanji bersama doktor pada 21 Jun 2010. Penat dah temujanji, tak habis-habis lagi. Aku nak cepat baik, dan cepat menjalani fisioterapi. InsyaAllah aku boleh bersukan selepas ini. Lemak dah banyak terkumpul kat perut. Jatuh saham.

Haih.

Terima kasih kepada saudara Hafizul Mahput di atas masa dan pertolongan yang beliau berikan. Terima kasih banyak. Ada masa nanti, kita 'bomb' sama-sama. :p

Terima kasih juga kepada saudari Arriefa Azzyati yang datang melawat bersama rakan. terima kasih untuk buah-buahan. :)

Tidak lupa terima kasih kepada beliau, datang dari jauh iaitu Kajang hanya untuk menjaga aku. Terima kasih awak. :D

*Sedang mendengar lagu Slash feat M. Shadows of A7X - Nothing To Say.

9 comments:

khayze said...

xkena bedah ekkk..

mcm takot plak kene bedah. tp kao rase excited err..

pelik jgk tu.

huhu

Faiz Syazwan said...

haha..xkn br taw ak ni pelik kot?hehe..

Anonymous said...

apesal..???

zue yang baek said...

memandangkan aku baru terjumpe blog ko.
so tatau pape sangat.
papepun selamat cepat sembuh.

conteng-menyonteng.blogspot

Faiz Syazwan said...

tieha - doc ckp tulang mcm dah smbg sepenuhnya,x perlu opr8..tp ok la..syukur la dah ok..but ada checkup lg utk bulan dpn..

Faiz Syazwan said...

zue - haha..selamat berkunjung ke blog yg x seberapa ni..byk yg merepek..sori yer,hehe..

thanks for the wish..:D

nurhazDV said...

2 ayat je?

hahahah

Faiz Syazwan said...

x bersyukur la 2?

arriefa said...

br pasan de pOst ni...siap sebut lg..neway wc ;) tehee~