Salam kepada semua.
Ok, baiklah, kita mulakan.
Tiba-tiba saja aku nak buat 'wishlist'. Maklumlah, selama ini tak pernah dapat apa yang aku selalu idam-idamkan. Jadi, dengan menyenaraikan 'wishlist' ini, aku akan lebih bersemangat untuk mendapatkannya.
Mari kita lihat 'wishlist' aku.
1. Apple MacBook Pro
2. External Hard Disk
3. Nikon D90
4. Blackberry 9700
5. Trip to Japan
Apa pandangan anda?
Ok, nampak mahal bukan? Bukan nak berlagak kaya atau segala-gala yang bersangkut-paut dengan itu, cuma ingin meluahkan apa yang aku inginkan. Keinginan hati itu sendiri. Tapi semua nampak mahal, pelik juga. Sengal betul aku ni. Haih.
Mari mengenali lebih mendalam segala gajet-gajet di atas.
1. Apple MacBook Pro
Aku memilih MacBook kerana ianya sangat ideal untuk seseorang pereka grafik, mempunyai jangka hayat bateri selama 10 jam (boleh melayari internet sampai termuntah), ringan, tahan kepada serangan virus. Tapi yang paling menjadi kriteria adalah keupayaan MacBook dari serangan virus. Maka, segala dokumen serta data aku akan dapat disimpan dengan selamat. Hebat bukan? :D
Harganya, memang mahal. Ok, aku tak kisah, janji aku puas. Hehehe...
2. External Hard Disk
Bila di terjemah, maksudnya ialah cakera keras luaran. Kalau setakat cakera keras dalaman, memang aku dah ada. Dalam PC aku ada, tapi saiz 40GB. Mengarut.
Sebab itu aku menginginkan sebuah cakera keras luaran, dan perlu bersaiz besar, dengan harapan banyak data dapat di simpan. Dan senang untuk di akses di mana-mana. Ianya menjadi satu kemudahan. Sangat mudah.
Jenama pula, aku lebih terpaut pada jenama Western Digital. Harganya pula? Mahal agaknya. Kita lihat saja nanti. :D
3. Nikon D90
Sebuah DSLR (Digital Single-Lens Camera) yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya golongan belia. Bukan itu saja, golongan remaja sekolah juga sudah bermain-main dengan kamera ini. Ok, aku tak cemburu pun, mungkin sebab keluarga mereka kaya. Kalau guna duit mereka sendiri, aku pasti cemburu, baru masyuk guna duit sendiri. Merasa hasil titik peluh sendiri. Cukup mengarut di situ.
Kenapa aku memilih Nikon dari banyak-banyak jenama lain seperti Canon, Sony dan Olympus? Mungkin kerana kamera ini merupakan DSLR yang pertama aku nampak, bukan siri D90 ini, tapi siri-siri sebelumnya, tapi yang pasti ianya adalah Nikon. Melalui pemerhatian dan pembacaan aku, lensa Sigma untuk jenama Nikon ini lebih banyak berbanding lensa Sigma untuk Canon. Kenapa aku sebut lensa Sigma? Macam banyak pula duit nak beli lensa mahal.
Belakang cerita. Kemahiran itu perlu. Aku tiada pengalaman. Tetapi, jika dapat mejadi seperti Eon (Hafizul Mahput), atau pun Nas-El mahu pun Munk (Ikman) pun sudah cukup berbangga. Ok, aku nak belajar dari mereka ini. :D
Buat kesilapan, belajar dari kesilapan.
4. Blackberry 9700
Ini juga merupakan gajet yang semakin mendapat perhatian ramai. Yang menjadi pengguna Blackberry ini boleh berbangga kerana harganya yang mahal. Tak ramai orang mampu memilinya melainkan oranmg itu anak orang kaya, atau orang berkerjaya. Pelajar biasa? Ok, mimpi sekejap. Nak beli satu, sila cari kerja, kumpul duit.
Masih berfikir, dan membuat pertimbangan. Menurut Eyla (sepupu Wani), Blackberyy mempunyai potensi cepat rosak. Maka, aku mungkin menukar haluan memilih iPod Touch. Tujuan aku ingin mendapatkan Blackberry adalah untuk memudahkan urusan melayari internet menggunakan wi-fi di kawasan-kawasan wi-fi percuma. iPod Touch juga ada 'built-in' wi-fi. Jadi?
Fikir, fikir dan fikir.
5. Trip to Japan
Kenapa Jepun?
Sebab aku minat, ingin merasa hidup di Jepun, setelah aku terlepas peluang belajar di sana. Ingin melihat-lihat cara hidup mereka yang bagus, gajet-gajet yang murah, dan teknologi mereka yang maju.
Kalau tukar ke 'honeymoon in Japan' ok tak?
:D
Sedang mendengar lagu B.o.B. feat Eminem & Hayley Williams - Airplane.
9 comments:
best juga ade wishlist ni..tp mmg kne barang-barang je ek? hahah...
nk tnye..npe anda memilih japan ?
wish list anda
1. sy bakal meminjamnye kan?=D
2. mesti byk photo sy didalamnye..haha
3.hee..for sure sy yg paling byk pose didepannye..hehe
4. erm...sy nak 1 juge..leh?
5. yg ni for sure..sy satu floght and sebelah awk kan?heheh...
yeah!!sy doakan wishlist come true..
ana - x kisah la brg2 atau trip atau benda lain, janji sesuatu yang kita idam2kan,hehe..ingin ke mekah juga selepas ini,g haji..2ggu yg lain2 tercapai dulu,hehe..
nur - thanks..awk ngada2..hahaha..:P
heheh..leh je tukar honeymoon to jepun..hehe..mesti awek kamu tak kesa..malah suke..haha..eh..bukan awek..bakal bini...hehe..and die mane ade ngade2..hehe
blackberry dan jepun idaman hati sekarang ni.
eh btol ke BB cepat rosak?
adoi.
haha~ d90 ?mmg bez uh ! jie da cube try test gune da yg bf jie uh ! siyez bez !
n BB uh ,.mmg cpat r0sax p0n ..die pnye t0uch skrin uh agak snstif .. :p
nur - ha,tgk ayat2 dia pun nmpk dah ngada2,hahaha..:P
khay - betul,so,amcm?ko nk beli BB ke khay?haha..
jie - hehe..mmg best..tp skrg ni tgh pk2 sama ada d90 atau d5000..haha..
im using bb bold 9700. sehat walafiat je, xde pun tanda-tanda nak rosak walaupun dah dua tiga kali jatuh katil, maklumlah, sms lewat malam.
Post a Comment