Monday, May 10, 2010

Sebelum pulang dan tentang seseorang.

Salam kepada semua.

Bersawang sudah blog ini, maklumlah, sibuk sedikit. Ok, ayat ni sangat klise bagi yang malas mengemaskini blog. Aku sedar, memang malas sedikit, lebih-lebih lagi di musin peperiksaan. Menyebut mengenai peperiksaan, Alhamdulillah semuanya telah berakhir. 3 kertas (Further Calculus, Basic Mechanics dan juga Thermodynamics 1), boleh juga menjawab, ada juga yang aku hentam. Oh, itu biasa bagi kami. Hentam-menghentam jawab ni memang kegemaran sepanjang masa. Kalau tak percaya, sila telefon dekan kami. :D

Eh? Lupa pula.

Aku nak bercerita sebenarnya. Tentang seseorang.

Ayieq namanya. Siapa Ayieq?Salah seorang rakanku. Pendek cerita, aku mengenali beliau melalui rakanku, iaitu Fitrah. Mereka mengambil jurusan yang sama di UiTM Shah Alam, iaitu Mass Communication.

Mengenali beliau di blog juga. Blog beliau, iaitu Ludah + Jilat Kembali sangat menarik di baca. Ini dah macam mempromosi blog saja. Aku juga pelik, apa ni? Hahaha...

Pendekkan lagi cerita. Macam panjang sangat pula cerita, haha...

Mengenali beliau juga di 'Facebook'. Mengenali hati budi masing-masing, jangan salah sangka. Lelaki juga perlu membuat begini juga. Ingat perempuan juga boleh buat ke? Hahaha...

Setelah lama mengenali dan berbual di alam maya, akhirnya sempat berjumpa juga. Ketika itu, aku sangka beliau di Australia. Beliau telah merancang untuk memberi hadiah kepadaku dengan cara yang paling pelik sekali, haha.. Menipu aku dengan mengatakan rakannya ingin memberikan sesuatu, aku percaya. Dan akhirnya aku di tipu setelah Ayieq muncul di depanku. Ok, masa tu memang aku tak nak percaya juga, tapi lama-lama kena juga percaya. Dia memang di depanku. Orangnya 'cool' juga. Haha...

Ini gambar yang aku ambil dari 'Facebook' beliau, dengan kebenaran. :)

Ayieq Narakka

Ini adalah hadiah yang diberikan kepadaku. Sebotol spray 'Ironlak Limited Edition', warna 'Askew's Olivia'. Sangat teruja!

Ironlak Limited Edition - Askew's Olivia
Sumber gambar → http://jasonburnz.wordpress.com

Seterusnya, hari ini (10 Mei 2010), aku akan pulang ke kampung. Namun, akan singgah di Melaka, rumah Fitrah. Bercanda di Melaka dan seterusnya pulang ke kampung halaman tercinta, Batu Pahat pada hari Rabu (12 Mei 2010). Tak sabar rasanya. Doakan aku. :)

Dan seperti biasa, di kampung, aku jarang meng'online'kan diri. Sila jaga diri anda baik-baik. Aku akan kembali dengan entri seterusnya jika mempunyai masa.:)

Salam.

*Sedang mendengar lagu Mika - Kick Ass.

1 comment:

Afia said...

ooo.laki pun begitu yek !