Sunday, August 8, 2010

Graffiti di Sungai Klang, Pasar Seni


Salam kepada semua.

Masih lagi mencari sedikit masa untuk mengemaskini blog walaupun semakin sibuk dengan ujian dan kerja-kerja yang berlambak. Pagi tadi (08 Ogos 2010), aku ke Sungai Klang di Pasar Seni untuk menyertai Graffiti Kemanusiaan yang bertemakan Palestin. Aku ke sana bersama rakanku iaitu Fahrul, dengan menaiki kereta abangnya. Aku berniat untuk tidak menyertainya kerana malam tadi balik lambat, sekitar jam 03:00 pagi. Agak penat. Maklumlah, siang ke Sunway Pyramid untuk bermain luncur ais. Kemudian ke karaoke di Hotel Quality. Namun, setelah di pujuk, akhirnya aku pergi jua.

Proses melakar juga dilakukan di Sungai Klang tersebut. Biasalah, perkara yang tidak dirancang. Alhamdulillah, berjaya disiapkan jua graffiti kami. Fahrul tampil dengan gaya graffiti lamanya. Tidak pernah diterjemahkan ke dinding sebelum ini. Nikmatilah hasil karya kami yang tak seberapa. Kali ini PROCEEZ hadir hanya 2 orang. Yang lain, sibuk dengan hal masing-masing. Lain kali kita buat sama-sama. :D

Sedikit penerangan berkenaan graffiti kemanusiaan ini. Acap kali kita di sajikan dengan bermacam-macam kejadian melibatkan nyawa di Palestin, sebuah negara umat Islam yang telah di rampas oleh Zionis. Hampir keseluruhannya di rampas dan dijadikan kawasan tempat tinggal oleh yahudi laknatullah. Mereka bukan saja tiada perlindungan, malah sering saja di hujani dengan peluru dan bom. Nyawa mereka berada di hujung tanduk. Kita pula di mana? Hidup senang lenang, sedih hanya ketika membaca artikel. Kemudiannya, apa tindakan kita?

Dengan memberi mesej secara visual, kami harap dapat menyeru orang ramai mengingati tragedi-tragedi yang menimpa rakyat Palestin. Bersama kita menentang penindasan yang tak berperikemanusiaan ini.

Save Gaza - Ila & Izan

Palestine Free - Nopx @ Faiz Syazwan


Terima kasih kepada abang Raduan Nordin kerana menganjurkan program ini. Dan juga kepada para penganjur dan penyumbang, terima kasih kerana memberikan baju-t, air minuman serta KFC (Snack Plate) yang lazat. Semoga program seperti ini boleh dilakukan lagi. Dan terima kasih juga kepada Medea dan juga Anokayer di atas tunjuk ajar mereka. :)


*Kulit aku semakin gelap. :(
*Sedang mendengar lagu Jamie Kennedy - Circle circle dot dot.