Wednesday, July 27, 2011

Bebelan Hari Rabu

Salam kepada semua.

Hari ini hari Rabu, bersamaan dengan 27 Julai 2011 dan 26 Syaaban 1432H.

Ha, semangat betul aku nak dapatkan tarikh bulan Hijrah tu, sampaikan terpaksa menukar tarikh menggunakan laman sesawang Islamicfinder. Bisalah kan, dah terbiasa hidup dengan menggunakan kalendar Masihi. :)

Penukaran tarikh di laman sesawang Islamicfinder.
P/s : Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.







Mood-mood sebegini biasanya akan datang bila nak dekat-dekat puasa. Ala, biasalah tu kan. :P

Oh ya, bercakap mengenai hari Rabu ni, dan lebih spesifiknya, hari ini lah kan, aku terlihat pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh peminat-peminat tegar bolasepak negara kita Malaysia ni. Provokasi berterusan tanpa henti sehingga lah perlawanan pada esok iaitu hari Khamis.

Sebenarnya bagus untuk mempunyai semangat kesukanan, semangat patriotik dan segala jenis semangat tu, tapi tidak perlulah sampai perlu mencarut, mengutuk pihak lawan dengan bahasa-bahasa kesat. Provokasi itu dibolehkan asal tidak mencetuskan sebarang perasaan tidak puas hati dan menghina, lebih-lebih lagi di rangkaian sosial 'Facebook'.

Aku sudah semestinya menyokong pasukan Harimau Malaya, tapi aku juga faham kenapa penyokong-penyokong tegar ini bersifat begitu. Dunia aku dan dunia mereka tidak sama, maka, aku tak nak berceloteh panjang lagi tentang ini. Yang penting, tunjukkan semangat kesukanan tu dengan cara yang betul. Dan semoga pasukan Harimau Malaya akan berjaya ke pusingan seterusnya, insyaAllah.

Poster rekaan khas oleh aku sempena perlawanan esok. :D

Disebabkan sudah 26 Syaaban 1432H, maka tinggal lagi sekitar 4 atau 5 hari lagi sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya untuk berpuasa selama sebulan. Di bulan Ramadhan inilah kita berpeluang melakukan amal ibadah secara maksimum dan secara optimum bagi menumpul pahala dan berpeluang untuk membersihkan diri dengan dosa. Setiap malam terawih punya fadhilatnya yang tersendiri. Maka, bersama-samalah kita mengejar peluang ini.

Semalam, terpandang video tentang bulan Ramadhan yang akan tiba ini. Di sini aku akan berkongsi video tersebut. Video ini tak lain tak bukan semestinya merupakan hasil suntingan Anwar Hadi. Kita saksikan.



Maka, selamat tiba bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Dan selamat berpuasa semua. :)

Jumpa anda di lain hari.

Salam.

Tuesday, July 26, 2011

Crazy Rider Chisel Stone (CRCS)

Salam kepada semua.

Oh, itu Bahasa Inggeris. Maaf, maksud dalam Bahasa Melayu adalah 'Penunggang Gila Batu Pahat', maknanya memang gila lah penunggang-penunggang ni.

Berpeluang mengenali mereka dan meluangkan masa bersama mereka.

CRCS bersama Dato' Noraini (17/07/2011)


Tak banyak untuk diceritakan.

Mereka semua memang sempoi. :)

Friday, July 22, 2011

Along oh Along

Salam kepada semua.

Aku punya seorang abang, dia merupakan abang yang sulong, aku pula yang kedua.

Dahulu kami sangat rapat, kini sudah tak begitu lagi. Aku tak tahu apa punca permasalahan ini, dan aku tak nak ambil tahu lagi.

Sekarang ni, dia dengan hidupnya, dan aku dengan hidup aku. Titik noktah.

Salam.

Saturday, July 16, 2011

Aku tak kisah

Aku tak kisah.

Memang aku tak kisah.

Kau nak ambil rasuah, kau nak buka kasino besar, kau nak menipu semua orang, kau nak minum arak, kau nak bunuh orang, itu semua aku tak kisah.

Tapi aku kisahkan tentang satu perkara, NEGARA KAMI!

Apa hak kau untuk menghalang kami bersuara untuk NEGARA KAMI?

Apa hak kau untuk menyerang kami?

Kau hebat sangat?

Sesungguhnya kaum yang teraniaya itu makbul doanya. Amin.

MALAYSIA TANAH AIR KU. Bukan 1MALAYSIA bongok!

Saturday, July 2, 2011

Aku seorang 'cleaner'

Salam kepada semua.

Ok, baru tadi aku perasan yang dah hampir sebulan aku tidak membuat entri langsung.

Alasannya?

Oh, sudah tentulah berkait dengan tajuk di atas ni. Sesungguhnya memang benar bahawa aku kini sedang melakukan kerja-kerja pembersihan yang sangat sinonim dengan kerja seorang 'cleaner'.

Menjadi seorang 'cleaner' menyebabkan aku sangat sibuk dan tidak mempunyai kesempatan untuk merangka sebarang entri baru.

Berbalik kepada tugasan 'cleaner' ini, aku telah melalui banyak pengalaman serta ilmu baru di dalam bidang pembersihan. Bak kata Pengarah Urusan syarikat tempatku berkerja, "Jangan risau, bidang pembersihan ni tiada tamat tempoh, dan akan berterusan."

Mengambil kata-kata beliau sebagai panduan, aku gagahkan diri ini untuk melalui pengalaman selama 3 minggu sebagai 'cleaner'. Antara pengalaman manis aku adalah ketika bertugas membersihkan sampah sewaktu sebelum, semasa dan juga selepas acara 'Home Fair' yang berlangsung pada 2 minggu lepas. Terbaru, aku baru saja selesai bertugas di acara 'Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011' yang berlangsung pada minggu lepas.

Aku juga telah dibimbing oleh penyelia serta pekerja lama yang sudah mahir mengendalikan mesin-mesin yang digunakan utuk pembersihan. Bukan mudah untuk mengendalikan beberapa jenis mesin terutamanya 'Scrubbing Machine'.

Baiklah, biarkan saja gambar-gambar di bawah ini menjelaskan kepada anda tentang pengalamanku di sana. :)











Ok, cukup untuk kali ini. Masih ada baki beberapa minggu untuk aku menamatkan tugasan ini. Doakan aku berjaya mengharungi segala cabaran.

Salam.

*Plain White T's - Body Parts.