Tuesday, December 6, 2011

Mega SNF JFZR/CRCS 2011

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, setelah begitu lama merancang, akhirnya program 'Mega SNF' ini berjaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oh ya, sebelum bercerita panjang lebar, aku akan terangkan serba sedikit mengenai maksud SNF, JFZR dan juga CRCS.

SNF - Saturday Night Fever

JFZR - Johorean FZ Riders

CRCS - Crazy Riders Chisel Stone

Ok, kenapa dinamakan Mega SNF?

Jika setakat SNF sahaja, setiap hari Sabtu minggu bila-bila pun boleh diadakan, tetapi Mega SNF ini hanya akan berlaku sekali dalam setahun.

JFZR ni seperti maksudnya lah, iaitu gabungan penunggang motosikal Yamaha FZ150i yang menetap atau bermastautin di Johor.

CRCS pula sebenarnya merupakan sebuah kumpulan penunggang motosikal Yamaha FZ150i juga, cuma lebih spesifik kepada yang menetap di Batu Pahat, Terdapat juga ahli-ahli CRCS yang menetap di luar dari Batu Pahat disebabkan pengaruhnya yang kuat di bawah pimpinan Mrtok49 yang merupakan presiden CRCS.

Berbalik kepada program Mega SNF tersebut, telah diadakan pada 3 & 4 Disember 2012 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada yang bergerak dari Kuala Lumpur, ada yang dari Perak, dari Johor Bahru, dan tak lupa juga kami dari Batu Pahat. Kami berkumpul di Dataran Tangkak sebelum memulakan perjalanan secara berkonvoi ke Taman Negara Gunung Ledang dengan diiringi marsyal yang dilantik.

Kami masuk ke chalet pada jam 12:00 tengahari hari Sabtu, dan kami keluar dari chalet pada jam 12:00 tengahari keesokan harinya. Jadi, tempoh kami di sana hanyalah sehari sahaja. Aktiviti pada hari pertama adalah seperti berenang di air terjun, dan juga mesyuarat yang membincangkan beberapa perkara, dan tak lupa juga bersama-sama menyambut kepada sahabat kami iaitu Mamud CRCS. Pada malam itu juga, beberapa buah motor telah mendapat sentuhan rahsia untuk memberikan kelajuan optimum pada motor masing-masing. :)

Keesokan harinya iaitu hari Ahad, kami melakukan aktiviti 'Abseiling' dan juga 'Flying Fox'. Seronok juga dapat melakukan aktivit lasak seperti ini setelah hampir 8 tahun tidak melakukannya.

Dan saat yang paling gembira adalah, kehadiran aku ke Taman Negara Gunung Ledang ini ditemani oleh insan tersayang yang datang dari jauh dengan menaiki bas semata-mata untuk menyertai program ini. Aku gembira melihat si dia begitu riang dapat menyertai kami semua. :)

Faiz Syazwan & Nur Hazwani
Mamud CRCS bersama adunan tepung dan telur.
Mesyuarat tergempar JFZR/CRCS.
Vanilla Coke Sweet dengan kepakaran beliau melakukan sentuhan rahsia.
Wajah-wajah riang ahli-ahli JFZR/CRCS.
JFZR/CRCS.
Beratur menunggu giliran menunggang menaiki bukit curam untuk pulang.
Teratur dan sistematik.

No comments: