Wednesday, November 18, 2009

19/11/2009; 14:00.

Salam kepada semua.

Ya, itu dia nombor yang agak ganjil di situ.

Bukan apa, nombor di atas sebenarnya adalah tarikh dan juga masa aku akan berangkat pulang ke kampung halaman tercinta. Berjumpa keluarga tersayang. Berjumpa kawan-kawan yang dah tak sabar-sabar nak mengajak keluar bersama-sama. Ok, tak popular pun, cuma biasalah. Cuti, mesti semua bosan, nak ajak keluar. :)

Esok, aku akan menghantar motor ke rumah sahabatku di Klang, iaitu Hafizul, kemudian dia akan menghantarku ke stesen Komuter Padang Jawa. Dari sana, aku akan membawa diri ke KL Sentral sebelum berlepas ke stesen Putra Pasar Seni. Dan seterusnya akan ke Puduraya.

Perjalanan adalah seperti biasa, melalui Muar, bukan melalui hadapan rumah seperti dulu-dulu kala. Bas Transnasional. Tempat duduk 'single'. Terbaik!

Sesampainya di rumah, bersalaman dengan keluarga. Kemudian, keluar makan bersama-sama rakan. Yeah!

Baiklah kawan-kawan, untuk makluman, aku tak akan melayari internet sepanjang berada di rumah, rumah aku tiada sambungan internet. Maka, blog juga akan sedikit bersawang, mungkin juga banyak sawang. Bergantung juga. :P

Kepada rakan-rakan yang turut bercuti, manfaatkan cuti anda dengan sebaik-baiknya. Aku akan kembali smeula ke Shah Alam untuk menguruskan sedikit perkara berkaitan dengan kaki aku, macam biasalah. Macam-macam hal. :)

Ok, semoga berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

8 comments:

Ash said...

hepi oliday ye mr. faiz! =)

Faiz Syazwan said...

haha..thanks ye ash..:)

u too kay..

Tfaaaaaa said...

SELAMAT PULANGGGG..
hehehe

The Lulu said...

OPS....sudah pulang
ati2 mendayung

khayze said...

aik, br nk blk erk?

samat bercutiiiiiii..
hehe

Faiz Syazwan said...

tfa - selamat pulang ke bp, dan dah selamat balik ke shah alam buat sementara,hehe..:P

Faiz Syazwan said...

ana - kat bp x ujan lg, xnk mendayung..nek bas..:P

Faiz Syazwan said...

khay - lmbt balik,hehe..dan skrg di shah alam dah..tada!!!hehe..:P