Saturday, January 30, 2010

Akhirnya aku rebah jua

Salam kepada semua.

Sudah hampir sebulan aku menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam. Banyak subjek baru yang aku pelajari. Banyak juga 'assignment' yang diberi. Begitu juga dengan 'test'. Baru malam tadi aku mengambil 'test' Basic Mechanics. Ini kali ketiga aku mengambil subjek 'Basic Mechanics'. Harap-harap pada semester ini, aku dapat lulus dengan jayanya. InsyaAllah.

Kenapa tajuk entri aku seakan-akan pelik pada kali ini?
Betul, aku rebah jua pada hari itu. Secara tepatnya,2 hari lepas. Kenapa? Kerana PTPTN aku. Oleh kerana setiap hari aku memeriksa akaun Bank Islam secara talian (online banking), tiada amaun yang sepatutya yang terisi di dalam akaunku, aku telah berjumpa dengan pihak yang sepatutnya.

Seperti yang sedia maklum, PTPTN telah menahan pinjaman pelajaran aku pada semester 3 (semester lepas) kerana CGPA yang rendah, iaitu di bawah 2.0. Aku hidup macam, 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Ditambah dengan aku kini menetap di rumah sewa. Paling kurang perlu ada RM100 untuk membayar sewa sebulan.

Tujuan aku berjumpa pihak berkaitan untuk bertanyakan status sebenar pinjaman aku. Ianya sangat musykil. Rakan-rakanku telah mendapat pinjaman mereka pada awal semester. Hingga kini aku tidak menerimanya lagi. Bayaran yuran juga belum dilunaskan dengan harapan PTPTN akan membayarnya. Namun, aku hampa jua. Pihak berkenaan memberitahuku, pinjaman aku akan ditahan lagi pada semester ini. Sebabnya, aku telah mengambil Cuti Khas pada semester 2 berikutan kemalangan yang menyebabkan aku menjadi kurang upaya sementara.

Tahu apa yang aku fikir? Aku terasa seperti ingin mencari orang yang telah melanggar aku, aku nak sepak terajang kuat-kuat. Aku dah tak sanggup terseksa lagi. Menyusahkan keluarga. Dah cukup aku menyusahkan keluarga. Sedih tak terkata. Terpaksa juga menelefon mak, memberitahunya mengenai perkara ini. Mm...

Terfikir ingin berhenti belajar setelah sejauh ini. Aku dah tak tahan lagi. Rakan-rakanku juga risau. Aku memberitahu Along tujuan aku untuk berhenti belajar. Along membantah. Sekarang ni macam mana?

Biarlah aku terus rebah.




Saturday, January 23, 2010

Perubahan itu perlu dan penting

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, masih bernyawa, masih hidup untuk memperbaiki diri. Syukur kepada Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Esa.

Terdetik sedikit kerisauan melihat blog pada setiap hari, lama tak dikemaskini. Maka, hari ini, punya kelapangan, aku kemaskini jua akhirnya.

Bukan sengaja tak mengemaskini, tapi kesempitan masa untuk mengemaskini. Jadual waktu aku pada semester ini tidaklah padat, tetapi berlambak 'assignment' yang perlu dibuat. Seperti beberapa hari lepas, aku baru menyiapkan 'assignment' untuk subjek 'calculus'. Kemudian, bersengkang mata menyiapkan 'resume' untuk subjek 'BEL499'. Alhamdulillah, siap jua walaupun ada pembetulan perlu dilakukan sedikit bagi memantapkan 'resume' aku. Terima kasih kepada 'Mislilo' kerana memberi 'sample resume' kepadaku untuk dijadikan panduan.

Kemudian, perlu menyiapkan diri pula untuk beberapa 'test' yang akan dilangsungkan pada minggu hadapan. Untuk seketika waktu, aku akan berada pada mod 'study'. Memang ini pelik, kerana di kalangan rakan-rakan, aku yang paling rilek saja semasa 'study'. Sebenarnya malas mengulangkaji. Itu boleh diperbetulkan. Aku yakin aku boleh berubah, Percaya diri. :)

Kelas '3rd Language' ku juga sudah bermula 2 minggu lepas. Aku mempelajari semula Bahasa Jepun, sungguh nostalgik ketika mempelajarinya semula. Teringat kenangan hampir 4 tahun lepas, ketika masih berada dalam JAD (Japanese Associate Degree) Program. Kini, aku mempelajari asas semula. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, aku masih boleh mengingati cara-cara menulis 'hiragana' dan juga 'katakana'. Ada sedikit masalah pada penulisan 'kanji' aku, kerana ianya kompleks. :)

Sekarang, aku sudah lari dari jadual diet. Sungguh berat hati. Ingin kembali ke dalan diet. InsyaAllah. Dan sekarang ini, aku berjaya menggunakan RM50 untuk makan minum selama seminggu. Itu sangat ajaib. :)

Semangat untuk berubah sudah ada, cuma perlu laksanakan.

*Sedang 'addict' pada lagu Tokio Hotel - Monsoon

Saturday, January 16, 2010

Tokio Hotel - Monsoon

"Monsoon"

I'm staring at a broken door
There's nothing left here anymore
My room is cold
It's making me insane

I've been waiting here so long
But now the moment seems to've come,
I see the dark clouds coming up again.

Running through the monsoon
Beyond the world,
To the end of time,
Where the rain won't hurt
Fighting the storm,
Into the blue,
And when I lose myself I think of you,
Together we'll be running somewhere new
Through the monsoon.
Just me and you

A half moon's fading from my sight
I see a vision in its light
But now it's gone and left me so alone
I know I have to find you now
Can hear your name, I don't know how
Why can't we make this darkness feel like home?

Running through the monsoon
Beyond the world
To the end of time
Where the rain won't hurt
Fighting the storm
Into the blue
And when I lose myself I think of you
Together we'll be running somewhere new
And nothing can hold me back from you
Through the monsoon

Hey! Hey!

I'm fighting all this power
Coming in my way
Let it take me straight to you
I'll be running night and day
I'll be with you soon
Just me and you
We'll be there soon
So soon

Running through the monsoon
Beyond the world
To the end of time
Where the rain won't hurt
Fighting the storm
Into the blue
And when I lose myself I think of you
Together we'll be running somewhere new
And nothing can hold me back from you
Through the monsoon

Through the monsoon
Just me and you
Through the monsoon
Just me and you

Tuesday, January 12, 2010

Ini nombor 1

Manusia memang merupakan satu kejadian yang sukar diduga tingkah lakunya.

Ada baik di luar, juga di dalamnya. Ada baik di luar, jahat di dalam. Ada nampak jahat di luar, tapi baik hatinya.

Bagaimana ingin mengenalpasti perangai sebenar mereka ini? Tak siapa tahu. Aku, memang gemar memerhatikan tingkah laku manusia lain. Pelbagai kesimpulan dapat dibuat dalam sekilas pandang. Manusia perlu didampingi lebih lama untuk mengetahui perangainya.

Ada manusia yang jahat dulunya, kini berubah kepada baik, mengalahkan ustaz pula. Ada yang baik dulunya, kini berubah kepada jahil dan sejahat-jahatnya manusia. Manusia yang bertaubat dari kesilapan lama, walau macam mana baik jua akhirnya si manusia ini, cerita lama tetap akan diungkit oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga yang berlaku bagi pihak sebaliknya (vice versa).

Aku akui, aku memang seorang manusia yang sukar diduga tindakannya. Terkadang baik, terkadang jahat sedikit. Itu normal. Tapi aku memang menyedari bahawa aku ini pelik orangnya.

Aku, tak suka mengganggu, mengejek malah meminta bantuan dari orang lain. Itu aku. Bukan anda semua. Tetapi, jika anda hidup seperti aku, aku yakin ramai yang tak akan berjaya 'survive'. Aku ada juga meminta tolong dari sahabat, yang aku anggap rakan baik. Aku tak pasti dia menganggap aku sebagai apa. Itu aku tak kisah. Kalau aku percaya seseorang itu, aku meletakkan kepercayaan penuh padanya. Dia baik, sangat baik. Aku susah, dia tolong. Tapi, aku juga ada perasaan, dia juga. Jika setiap masa aku meminta tolong, aku juga rasa tak selesa, begitu juga dia. Maka, aku tidak lagi meminta tolong yang remeh-temeh.

Aku ada tangan, ada kaki. Tangan aku normal, boleh membuat kerja seperti biasa. Bisa juga mengangkat barang-barang yang berat. Kaki aku, boleh digunakan untuk berjalan. Kaki aku bukan seperti kaki anda semua yang normal. Kaki aku ada besi. doktor yang masukkan. Tanya doktor untuk kepastian itu. Aku berjalan seperti biasa, tetapi senget sedikit. Itu benar, realiti. Aku tak kisah, tak malu. Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa.

Kawanku pernah mengajakku bersenam, berjoging. Aku menolak. mereka mengajak. Aku berkata.

"Aku tak boleh berlari macam korang dah".

Mereka menjawab.

"Alasan semua tu".

Aku diam, tak ingin menjawab lebih banyak. Mereka masih sempurna, hargainya selagi masih sempurna. Aku ingin sekali berlari, berjalan normal. Namun selepas keputusan doktor 1 Mac 2010 nanti. Berlari dan berjalan itu dua perkara berbeza.

Aku ada motor, namun tayarnya bocor tercucuk 4 batang paku. Masih berkilat. Mungkin ditabur oleh orang yang tak bertanggungjawab. Aku rilek. Namun duit dalam dompetku bukan boleh rilek seperti aku. Setiap kali ke kedai, duit itu semakin kecil nilainya. Warnanya, nilainya, tulisannya juga berubah. Kadang-kadang, jika bernasib baik, bentuknya juga berubah dari segi empat kepada bulat. Unik bukan? Duit itu tidak mengizinkan aku membetulkan tayar motorku. Aku duduk berfikir. Meminta tolong dari keluarga. Sekali lagi. Ini aku benci. PTPTN masuk lambat, mungkin. Aku hanya makan roti di waktu pagi dan malam. Makan nasi di waktu tengahari.

Motor rosak, menumpang kawan. Itu aku tak suka. Pagi ini aku rela memonteng kelas kerana tak ingin menumpang kawan. Tak ingin terhutang budi. Pagi ini, aku akan membetulkan motor. Duit sudah ada, berkat pertolongan keluargaku. Aku akan ganti, janji.

Aku suka menepati waktu. Ini aku belajar semasa di JAD. di UiTM, itu semua tak diguna pakai seluas-luasnya. Kelas bermula pada jam 0830 , bangun tidur pada jam 0820. Mandi. Ke kelas pada jam 0840. Pensyarah masih membenarkan anda masuk ke kelas. Di JAD, tidak semudah itu. Itu sebab aku suka menepati waktu. Aku tak ingin menumpang mereka, nanti terpaksa mengikut rentak mereka. Aku hidup dengan cara aku.

Bilikku menerima penghuni baru. Tak berapa minat. Tidurku sering terganggu. Tolong ubah cara tidurmu wahai penghuni baru. Kita tidur di toto di lantai, bukan katil perseorangan, ada faham?

Hidupku ini kompleks, sukar dijelaskan.

Kesimpulan :

* Aku tak suka meminta pertolongan orang (dengan orang tertentu, peraturan ini terbatal)
* Aku tak suka lambat
* Aku tak suka menumpang
* Aku tak suka mengejek
* Aku tak suka mengganggu orang dan diganggu

Peraturan berikutnya di lain waktu.

Sekian.

Video - Faiz Syazwan is our hero

Sunday, January 10, 2010

Ayah, selamat hari jadi!

Entri kedua. Pendek.

Hari ini, 10 Januari 2010. Genap 47 tahun umur ayahku.

Selamat menyambut ulangtahun hari jadi yang ke-47!

Aku telah menghubungi emak pada malam tadi sebelum tidur, dan sempat juga 'wish' pada ayah. Semoga ayah sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah. InsyaAllah.

Dan kami sekeluarga sangat sayangkan ayah. :)

Aku dan ayah

Semalam, 'lepaking' di KL Sentral sahaja?

Salam kepada semua.

Ya, selamat pagi juga kepada warga pembaca sekalian.

Dan juga ya betul, memang aku melepak di KL Sentral sahaja semalam. 'Cool' bukan? Hahahaha...

Semalam, aku ke KL untuk berjumpa Epa. Ditemani si pereka patung handalan, Suhana a.k.a Nimbus yang mengesahkan untuk mengikut aku ke KL berjumpa Epa pada saat-saat akhir. Tujuannya untuk membincangkan sedikit perkara. Oh sebenarnya memang sangat sedikit, sampaikan semuanya berakhir dengan gelak dan tawa semata-mata, namun tak sampai lupa dunia lagi. Selamat lagi.

Memang kami berjanji berjumpa di KL Sentral. Setibanya di sana, kami terus berpusing-pusing dan berpusing-pusing banyak kali, akhirnya singgah makan di 'Food Court' KL Sentral kerana perutku sudah lapar. Makan-makan, dan berbual-bual sampailah ke jam 1800. Turun sebentar solat Asar. Sebelum terlupa, terjumpa Adila (kawan asasi) dan juga Saiful (kawan MRSM) di tempat ini. Kebetulan pula. :)

Kemudian, berdiri bertiga di tengah-tengah laluan orang ramai, berbual macam tiada apa yang berlaku. Ini macam 'selfish' punya gaya, tapi tiada pula kedengaran orang berkata,
"Excuse me", atau "Tumpang lalu". Maknanya kami berdiri di tempat yang strategik juga lah ni. Tahniah kepada kami. :P

Terjumpa pula Hazel Natasya (kawan MRSM) yang menegur aku secara konfiden.

Hazel Natasya : Fahrul!
Aku : Faiz lah!

Muka aku nampak macam Fahrul ke? Atau pun aku selalu bersama-sama Fahrul di MRSM sehingga orang lain pun berfikir begitu? Duo yang bagus agaknya. :P

Dan akhirnya penat berdiri, kami ke bahagian atas. Duduk di tepi pintu 'sliding' yang boleh terbuka secara automatik (pintu sensor yang telah menghentam pinggang aku, tak sakit pun,wek!), membebel, mengkritik dan macam-macam lagi 'men' atau 'meng' yang kami lakukan. Tepat jam 2000, turun sebentar solat Maghrib.

Berpusing-pusing lagi, dan berakhir di Mc Donald, sebab Epa dah lapar. Aku memesan air milo sahaja, masih 'on diet'. Oh, terbongkar sudah rahsia. :P

Nak pulang pula, risau kerana yakin yang bas Seranas ke Seksyen 7 sudah habis seawal jam 2100. Akhirnya pulang dan sampai jua, dengan ihsan abang RapidKL yang secara tiba-tiba menawarkan kami semua bas ke Seksyen 7. Balik dan sangat penat.

'Online' sebentar, periksa 'handphone' dan tak perasan dah terlelap.

Konklusinya, aku melepak di KL Sentral sahaja, dan bukannya di Times Square, Bukit Bintang, Mid Valley dan mana-mana lagi kompleks yang sepatutnya menjadi tumpuan. Seronok juga di KL Sentral.

*
Tak sempat bergambar sebab leka gelak sakan

Friday, January 8, 2010

Undi kawan saya

Entri pendek.

Dengan ini, aku memohon jasa anda sekalian, terutamanya rakan-rakan 'blogger' dan juga para pembaca dan juga para 'silent reader' untuk mengundi karya kawanku.

Sila klik di sini, dan undi karya bernombor 72 (Hafizul Mahput).

Segala jasa baik anda semua sangat-sangat dikenang. :)


Untuk melihat lebih lanjut tentang karya beliau, boleh lah ke link berikut.

ARTWORK NO.72 : Hafizul Mahput

Terima kasih banyak-banyak!

Jadual baru.

Thursday, January 7, 2010

Bertabahlah wahai Ricky!

Salam kepada semua, dan juga selamat sejahtera kepada semua.

Permulaan semester baru, seperti biasa, kelas akan berterabur, kemungkinan untuk berjumpa kawan-kawan yang kita kenali pada semester lepas adalah sedikit. Ada yang memilih kelas lain atas alasan 'repeat paper', dan ada juga yang ingin menyusun jadual sendiri mengikut kesesuaian mereka.

Pada semester lepas, aku mengambil subjek 'programming C++'. Mengenali kawan baru, antaranya yang dapat ku kenali adalah Cyrene dan juga Ricky. Mereka berdua berasal dari Sarawak. Jika tak silap, Ricky adalah keturunan Iban. Cyrene pula, aku tak berapa pasti sangat.

Bercerita tentang Ricky. Dia seorang rakan yang baik, walaupun baru mengenalinya. Dengan gaya yang agak 'innocent', memang mudah untuk didekati. Namun, aku telah cuba mencarinya sejak masuk semester baru ni. Mana tahu boleh terserempak di mana-mana. Setelah merayap-rayap di sekitar fakulti dari hari Selasa, tak terjumpa kelibatnya.

Makan, aku bertindak menghantar 'SMS' kepadanya. Rupa-rupanya Ricky sudah berhenti dari UiTM. Dia disahkan menghidap penyakit jantung. Aku terkejut. Selama aku mengenali dia, aku tengok dia biasa saja. Ricky juga mengakui dia tak pernah merasa apa-apa sebelum ini, sihat saja katanya. Semuanya seperti tak dijangka. Menurutnya, hidupnya kini bergantung pada ubat sahaja.

Apa yang dia harapkan kini adalah untuk melancong dan berehat sementara masih mampu. Aku sedih melihat keadaannya. Semuanya berlaku begitu pantas dan tak dijangkakan.

Kepada Ricky, jika kau membaca blog ni, aku harap kau akan kuatkan hati, jangan cepat mengaku kalah. Lawan penyakit tu selagi boleh. Aku akan selalu menyokong kau, walaupun mungkin hanya semangat yang aku dapat hulurkan, bukannya bantuan secara fizikal.

Aku menanti kau datang ke Shah Alam, nanti kita keluar bersama-sama. Aku menanti hari tersebut, jangan lupa.

'All the best!'

Sincerely,
Faiz Syazwan

************************************************************************************

Pagi ini, aku telah mencuba untuk mengintegrasikan aplikasi 'Twitter' ke dalam 'Facebook'.

Dan akhirnya berjaya, aku telah mencuba lengemaskini status di 'Twitter' dan kemudian status di 'Facebook' aku juga berubah. Seronoknya. :)

Status di 'Twitter'


Status di 'Facebook'


Bagi yang ingin mencuba, lihat tutorial di link bawah ini :

How to link Twitter to Facebook - A Twitter Tutorial

Tuesday, January 5, 2010

Tolonglah aku!

Salam kepada semua.

Ada siapa-siapa yang boleh tolong aku?

Kebelakangan ni, aku rasa sangat-sangat 'annoying' dengan seseorang. Aku akui, aku jenis yang rilek, tapi bila sampai tahap yang boleh buat aku 'annoying' ni, memang dah teruk sangatlah.

Dalam blog aku, aku bebas meluahkan segala-galanya. Terniat juga untuk memberitahu secara 'direct', namun aku tahu dia juga manusia, mempunyai perasaan dan akal fikiran. Mungkin kerana dia masih muda lagi, belum bisa memahami perasaan orang. Tapi aku harapkan setelah membaca entri ini, jika terbacalah, harap-harap tolong ubah sedikit cara untuk 'approach' seseorang.

Ceritanya begini, ada seorang peminat baru kami, sangat obses (dari gaya beliau) pada salah seorang ahli kami. Masalahnya di sini, kawan kami tidak suka orang terlalu obses padanya. Kami juga manusia, bila di ganggu selalu, memanglah terasa 'annoying'. Kami semua memang rilek. Bukan tak bagi dia meminati kami, tapi jangan terlalu obses. Kami harap sangat-sangat. Harap yang membaca akan faham. Kami merayu ni. Kami bukan artis untuk di bangga-banggakan.

Kami hanya insan biasa, dan aku juga, seperti kebiasaan, tak suka jika di ganggu selalu, bukan jual mahal, tapi realiti semua orang pun macam tu juga. Sekali lagi di ulang, harap yang membaca akan memahami kami.

Tolonglah aku, tolonglah kami!

Tolonglah memahami.

Sunday, January 3, 2010

Aku tak puas hati sebenarnya!

Salam kepada semua.

Semoga semua rakan-rakan berada dalam keadaan yang paling baik sekali buat masa ini, dan akan datang.

Berdasarkan tajuk, aku betul-betul berasa tak puas hati semalam. Ini berkenaan dengan 'Graff N Unite' yang dianjurkan di Sungai Klang (Pasar Seni). bukan tak puas hati kerana pengurusan, tapi kerana diri sendiri.

Sesungguhnya aku sudah nekad tak akan buat 'piece' pun sepatutnya, namun setelah rakan-rakan mendesak, aku akhirnya membuat juga lakaran, dan menyiapkannya. Tapi, aku tak mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan 'piece' mengikut lakaran asal. Maka, aku meminta izin dari Ikman (Munk) untuk menggunakan lakaran 'PZ' yang telah sedia ada dalam buku conteng beliau. Oleh kerana aku memang tak merancang untuk melakukan lakaran orang lain, maka semuanya jadi bercelaru. Jadi kurang bersemangat juga mungkin kerana tiadanya kehadiran Eon bersama. Macam-macam alasan juga, kenapa aku jadi begitu malang. Malang tu kan memang tak berbau. :(

Walau apa pun, terima kasih Ikman dan Fahrul sebab menyumbang/berkongsi 'spray can'. Sungguh terharu.

Minta maaf kawan-kawan (Proceez crew) sebab tak dapat nak 'all-out' membuat 'piece' bersama-sama. Namun aku bangga kerana Peroltz, Munk dan Afia dapat melakukannya dengan baik. Tahniah.

Semoga lain kali, aku akan dapat bersama-sama melakukannya dengan mereka. InsyaAllah.