Salam, selamat petang, selamat sore kalian semua.
Kadang-kadang tu, bila fikir-fikir balik, ada benda yang kita harus bawa ke mana-mana, hampir 24 jam kadang-kadang.
Bagi aku, berikut antara barang-barang yang harus ada jika aku hendak ke mana-mana, terutamanya ketika keluar dalam jangka masa yang lama.
1. Jam tangan
-Benda ni sangat wajib di bawa. Fungsi utama sudah tentu untu melihat masa. Bila tak pakai walaupun untuk seketika, rasa lain macam je. Ok, jam ni dari jenama Casio (G-shock G-5500AL-1), berusia hampir 2 tahun setengah di tangan aku.
2. Cermin mata
-Sangat wajib di bawa, sebabnya aku rabun. Nak memandu kereta, nak menunggang motosikal, nak tengok keadaan sekeliling. Jadi, mata kena betul-betul awas. Cermin mata ni, menggunakan bingkai Oakley Holbrook. Cermin kanta menggunakan kanta jenis 'photochromic' yang mana ianya akan berubah menjadi gelap apabila terdedah dengan sinaran UV yang banyak.
3. 'External battery casing phone'
-Antara yang wajib. Sebagai sumber kuasa untuk telefon bimbit, tapi yang ini unik sedikit. Sebabnya, ia merupakan 'external battery' dan juga sebagai 'phone casing'. Jenama Mophie, berharga sekitar RM250, dan berupaya membekalkan sehingga 2000mAh kepada iPhone 4 aku. Sudah berkhidmat denganku hampir 2 tahun setengah.
4. 'Wallet'
-Paling wajib, sebab ada duit, dan dokumen-dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Yang ini dari model Leno, dihadiakan oleh yang tersayang pada ulangtahun hari jadi yang ke-24. Berusia hampir setahun setengah.
5. Telefon bimbit
-Sangat wajib di bawa, sebab mengandungi banyak benda-benda berkaitan terutamanya sebagai medium perhubungan. Model telefon bimbit aku dari model Apple, iaitu iPhone 4. Sudah hampir 2 tahun setengah berkhidmat. Masih hebat seperti dulu. Dan telah banyak berjasa kepada tuannya. :)
Disebabkan beberapa faktor seperti penggunaan telefon bimbit yang kerap, aku sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah 'powerbank' untuk kegunaan jangka masa panjang. Yang kini menjadi 'target' sudah tentu daripada model 'Pineng' yang berkapasiti 16800mAh. :)
Wednesday, November 13, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Rezeki
Rezeki itu ada di mana-mana.
Baru saja pagi ni aku ber'chatting' dengan kawan lama. Sekali dia boleh bagi link facebook seorang kawan lama. Aku pun ushar punya ushar, tak sangka kawan yang seorang ni dah berjaya.
Dikenali sebagai sifu pemasaran di dalam facebook. Sudah bertunang, sudah ada kereta BMW sendiri.
Aku mengenali dia semasa tahun 2007. Kami di dalam satu course yang sama iaitu Asasi Kejuruteraan UiTM Shah Alam.
Aku dengar cerita lagi, dia dah kena dismiss semester lepas dari UiTM. Ini bukan isunya.
Isunya di sini, walaupun dia tak mempunyai segulung ijazah, adakah masa depan dia akan kelam? Kejayaan bukan diukur dari segenggam ijazah ataupun apa-apa saja sijil di dunia ini yang menjamin kerja makan gaji. Kejayaan dicipta oleh insan yang tak pernah kenal erti putus asa. Contohnya seperti kawan ku ini.
Dia ada cita-cita. Aku masih ingat sampai sekarang.
Dia ingin mengecapi 'title' jutawan sebelum umurnya 25 tahun. Dan lihatlah, sekarang ini telah nampak bibit-bibit kejayaan, dan kemajuan. Semoga dia akan dapat mencapai cita-citanya.
Apa yang positif tu kita ambil jadikan iktibar, yang negatif kita jadikan pengajaran.
Untuk berjaya, mesti kena ada usaha. Kemudian berdoa. Dan paling penting sekali, tawakal. Kerana rezeki di dunia ini semuanya milik Allah. Bila dah berjaya ataupun bila sudah diberi kesenangan, jangan lupakan Allah. Kerana semua itu datangnya dari Allah.
Allah Maha Besar.
Allahuakbar!
Baru saja pagi ni aku ber'chatting' dengan kawan lama. Sekali dia boleh bagi link facebook seorang kawan lama. Aku pun ushar punya ushar, tak sangka kawan yang seorang ni dah berjaya.
| Azrul Mustapa |
Dikenali sebagai sifu pemasaran di dalam facebook. Sudah bertunang, sudah ada kereta BMW sendiri.
Aku mengenali dia semasa tahun 2007. Kami di dalam satu course yang sama iaitu Asasi Kejuruteraan UiTM Shah Alam.
Aku dengar cerita lagi, dia dah kena dismiss semester lepas dari UiTM. Ini bukan isunya.
Isunya di sini, walaupun dia tak mempunyai segulung ijazah, adakah masa depan dia akan kelam? Kejayaan bukan diukur dari segenggam ijazah ataupun apa-apa saja sijil di dunia ini yang menjamin kerja makan gaji. Kejayaan dicipta oleh insan yang tak pernah kenal erti putus asa. Contohnya seperti kawan ku ini.
Dia ada cita-cita. Aku masih ingat sampai sekarang.
Dia ingin mengecapi 'title' jutawan sebelum umurnya 25 tahun. Dan lihatlah, sekarang ini telah nampak bibit-bibit kejayaan, dan kemajuan. Semoga dia akan dapat mencapai cita-citanya.
Apa yang positif tu kita ambil jadikan iktibar, yang negatif kita jadikan pengajaran.
Untuk berjaya, mesti kena ada usaha. Kemudian berdoa. Dan paling penting sekali, tawakal. Kerana rezeki di dunia ini semuanya milik Allah. Bila dah berjaya ataupun bila sudah diberi kesenangan, jangan lupakan Allah. Kerana semua itu datangnya dari Allah.
Allah Maha Besar.
Allahuakbar!
Friday, September 27, 2013
Di atas motor
Salah satu perangai aku adalah muhasabah diri apabila di atas motor.
Macam pelik kan?
Tapi itulah realitinya. Setiap kali kita di atas motor untuk ke mana-mana, pasti macam-macam ragam dapat dilihat di atas jalan raya.
Bila di atas motor, kepala akan ligat berfikir macam-macam, dan kadang-kadang akan terganggu sedikit fikiran tu. Bila rasa geram, aku akan pulas throttle motor lebih sikit. Lepas tu akan rasa lega sikit.
Bila berfikir macam-macam, fokus di atas motor akan jadi lemah. Jadi, aku tak akan berfikir yang berat-berat. Bahaya, seolah-olah memperjudikan nyawa.
Di atas motor, aku berfikir masa depan.
Di atas motor, aku berfikir tentang pelajaran.
Di atas motor, aku berfikir tentang apa akan jadi seterusnya.
Di atas motorlah tempat untuk aku bermuhasabah, berfikir, merancang segala-galanya.
Di atas motor.....
Saturday, September 14, 2013
Perut oh perut
Dah beberapa hari ni, rasa semacam je dengan perut ni.
Untuk seminggu ni, memang aku rajin keluar masuk tandas sebab nak menunaikan hajat. Kalau tak ditunaikan hajat tu, memang merana la aku menahan. kalau terkentut, fuhhhhh harumnya tak terkata!
Mulanya aku rasa mungkin sistem penghadaman aku dah semakin bagus. Yelah, sebab hari-hari 'memerut' dalam tandas tu.
Tapi bila dah selalu sangat, sampai kadang-kadang tu 2-3 kali sehari, risau la jugak.
Untuk menyedapkan hati aku, aku pun singgah kat Econsave Sungai Buloh dan akhirnya dengan bangga keluar dari Econsave dengan sebotol Nestle Bliss.
Ni untuk percubaan pertama lah. Orang cakap minum air ni dapat bersihkan usus sikit-sikit.
Tak salah mencuba.
Harap keputusannya adalah positif, supaya aku tak rajin sangat menghadap mangkuk tandas tu lagi.
Aduh sakit lagi perut ni. :|

Friday, September 13, 2013
7 Tahun
Dari tahun 2006 sampai ke 2013, masih belajar lagi.
Kadang-kadang aku termenung mengenang nasib diri.
Betul ke jalan yang aku lalui ni? Kalau betul, kenapa lama sangat nak selesai.
Jauh dah perjalanan, makin lama makin mencabar.
Usia pula semakin meningkat. Rakan seusia aku ramai dah habis belajar, dah berkerjaya, dah beranak-pinak. Terasa kecil je diri ni.
Tapi aku tahu, apa yang aku lalui ni, mungkin ada kemanisan di sebaliknya.
Dan sampai sekarang ni, aku masih lagi seorang 'brightside'.
Biar apa pun bicara atau tanggapan negatif orang, aku masih dengan cara aku, sentiasa positif. Tapi positif ni adakalanya memakan diri. Take note.
Orang cakap, hidup ini adalah pengalaman. Semakin lama menyusuri hidup, semakin kita tahu keadaan dunia realiti ni.
Ok, sesi memujuk hati. Jangan mengaku kalah lagi. Finish what you started.
Aku yakin aku boleh.
Masa lalu itu dah menjadi sejarah. Lakar yang baru, yang lebih indah. Amin.
Wednesday, May 22, 2013
Aku Pelat
Chorus:
Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu
Lidah ku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal
[Ulang Chorus]x2
Aku pelat
Pelat bertepuk tangan tiada bunyi
Lidah terikat dia menyembunyi diri
Bertanya ditahan pendebatan ditelankan
Pada pokok diri daun kata berguguran
Tertutup banyak telah dipagarkan
Dari jari ke alat tulis semua mereka tepis
Siapakah mereka tepuk dada hey! tanyalah selera
Kita bangsa negara harus pandai berbahasa
Bertanya mengapa siapa bagaimana?
Punya akal fikiran tahu arah tujuan
Menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan
Masa depan bekalan diisi jika tahu manipulasi
Kata tiada disalah erti jangan sampai tergadai diri
Takut merana diri nanti
Dia pelat bertepuk tangan tiada bunyi
[Ulang Chorus]x2
Aku pelat
Pon di rhythm mi a come
Pon di rhythm mi a boss
Ragamuffin mi a root mi a come back again ah
Human fi wicked dem a style a mi nah sinner
Anna dem selecta minah wicked dem
Im man fi wayan wicked dem zion
Anna dem selecta nah wicked dem a wayan
A mi ma rastafari mi a number one fi real
A mi nah wicked man a dem a talk about me
Aku pelat
Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang
Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas
Ulang Korus
Aku pelat
Tak bisa bicara agama seperti kamu
Tak bisa bicara cinta seperti kamu
Tak bisa bicara ekonomi seperti kamu
Tak bisa bicara politik seperti kamu
Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat
Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat

Subscribe to:
Posts (Atom)