Friday, August 28, 2009

Tag dari Tfa

Sahur : Nasi putih dengan 'sambal ikan bilis' buatan kakak si Fitrah.
Berbuka : Kebiasaanya, nasi kerabu. Kadang-kadang, nasi goreng kampung saja.
Word for the day : Selalulah berfikiran positif! :)

::Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini : Tfa

1) Suka warna merah jambu.
2) Sudah berkerjaya.
3) Suka makan.
4) Pendek (hahahaha).
5) Suka patung Nemo (masih suka lagi ke?).

::Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima TAG seterusnya :

1) Suka berfikiran positif, sebab mesti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.
2) Minat kepada seni, lebih kepada graffiti.
3) Minat Bearbrick.
4) Tak suka marah-marah.
5) Minat band The Used, Muse, IAMX, Weezer, Gazette.

::Nyatakan hobi diri sendiri :

1) Melukis.
2) Mendengar lagu.
3) Graffiti.
4) Bermain Couter Strike.
5) Bermain PS2.

::5 penerima TAG seterusnya :

1) Mira
2) Kak Ekin
3) Fawani
4) Ash
5) Khay

Wednesday, August 26, 2009

Terima kasih Zambri!

Salam kepada semua.

Seperti entri sebelum ni, aku bercerita tentang penerima Bearbrick, jadi mari aku bercerita tentang kawanku Zambri. Siapa dia?

Zambri ni kawan aku masa aku masih dalam program JAD dulu. Sekarang beliau berada di Jepun melanjutkan pelajarannya. Alang-alang di Jepun, aku mengirim sedikit barangan yang agak sukar untuk di dapatkan di Malaysia. Kalau ada pun, mungkin terhad dan juga ada kemungkinan ianya tidak original

Aku mengirim Bearbrick daripada beliau yang juga suka mengumpul patung. Beliau mempunyai sebuah patung Gundam yang agak besar. Lawa, tak tipu ni. :)

Dan bagaimanapun, aku sangat berterima kasih kepada Zambri sebab dah menolong aku mendapatkan Bearbrick ni.

Terima Kasih Zambri! (*dengan nada terima kasih cikgu*)

Monday, August 24, 2009

Graff Jam



Jumpa anda semua di Sg Klang! :)

Bearbrick Invasion!


Senarai bakal penerima Bearbrick :

Nizam
Tfa
Tieha
Fina
Sue
Yah
Ely
Anim

....
....

Saturday, August 22, 2009

Puasa di bulan Ramadhan

Salam kepada semua.

Hari ini, seperti mana yang diketahui, adalah permulaan puasa di bulan Ramadhan. Maknanya hari ini adalah 1 Ramadhan.

Aku begitu gembira menantikan saat ini. Kenapa aku gembira? Mungkin sebab dapat berpuasa ke? Aku masih lagi berfikir, kalau nak puasa, puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis juga boleh. Oh tidak, bagi aku, mungkin ada perbezaannya. Semua umat Islam akan berpuasa pada hari ini, maka tiadalah godaan makanan yang sedap-sedap yang akan di makan oleh sahabat-sahabat handai. Maknanya aku lebih senang berpuasa pada bulan Ramadhan. Ok, cukup.

Malam semalam (21 Ogos 2009), aku bersama-sama Idham dan juga Aiman, menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid besar Shah Alam (maaf tak ingat nama pula). Tujuan kami adalah untukmenunaikan solat sunat Terawih berjemaah. Aku berasa begitu tenang sekali semasa melangkah ke masjid tersebut. Dapat di lihat berduyun-duyun umat Islam yang melangkah memasuki masjid. Kami melakukan solat sunat Terawih sebanyak 8 rakaat, diikuti 3 rakaat solat sunat Witir.

Kemudian, kami bergerak pulang dan makan di sekitar Plaza Alam Sentral, dapatlah pekena Kuey Teow Kerang Taiping dan juga air Epal Asam Boi yang bersaiz besar. Lelah juga nak menghabiskan.

Pagi tadi, bangun sekitar jam 5:00 pagi. Tiada makanan untuk sahur. Pilihan terakhir adalah membuat roti bakar. Aku dapat makan sebanyak 2 keping roti bakar dan juga bebrapa gelas air kosong. Alhamdulillah, dapat juga mengisi perut.

Petang ini, aku akan mengikut Idham pulang ke rumahnya di Seksyen 27, Shah Alam. Tujuan sebenar adalah untuk menunaikan solat sunat Terawih di surau Ad-Din. lama sudah tak menjejakkan kaki ke surau tersebut. Semoga kami selamat dalam perjalanan pada petang ini. InsyaAlah.

Friday, August 14, 2009

Joe Ipoh & Aku

Gambar ini diambil petang tadi di Skatepark Seksyen 13 Shah Alam (berdekatan Giant).

Aku dan juga Joe Ipoh (ikon skaters Malaysia).

Credit to Amy@Medea.



Thursday, August 13, 2009

Sifat-sifat mereka yang lahir pada bulan April

Salam kepada semua.

Sedang membelek-belek Facebook tadi, aku tertarik dengan satu kuiz iaitu Bulan Kelahiran & Sifat Anda (Research By Dato' Dr Fadzillah Kamsah). Lalu aku terus mencuba soalan tersebut, dan cuba teka betapa bangangnya soalan adalah bertanyakan pada bulan berapa kita lahir, dan diulang sebanyak 5 kali. Ok, lupakan saja. Yang penting aku dapat juga tahu apakah ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan April. :)


* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya... daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu *

Test Basic Mechanic dan Calculus & Buku Tauhid

Salam kepada semua.

Hari ini, masih lagi berada dalam tekanan (saja-saja buat) setelah aku tak berjaya dengan jayanya (ada ke ayat macam ni) dalam menjawab soalan-soalan test.

Untuk pengetahuan semua, subjek Basic Mechanic dan juga Calculus ni merupakan subjek 'repeat' aku dari semester 1. Jadi, sebagai seorang 'repeater' yang berjaya, aku kena lah skor dalam subjek ni.

Pagi tadi, test Calculus bermula pada jam 10:30 - 12:00, macam nak pecah kepala pula menjawab, hampir semua tak dapat di selesaikan, cuma separuh jalan. Ada ke markah kalau separuh jalan je?

Untuk test Basic Mechanic pula, bermula pada jam 2:10 - 3:10. Datang lambat kira-kira jam 2:30, aku dapat menjawab dengan tenang walaupun bukan semua soalan dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

Tapi, walau apa-apa pun, perkara yang dah berlaku tidak akan boleh di ulang. Pengajarannya di sini ialah, belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, dan tawakal. Apa yang akan kita dapat nanti, sama ada baik atau tidak, bersyukur lah.

Sesungguhnya, apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita usahakan. Bak kata pepatah arab 'Man jadda wa jada'.

***************************************************************************************

Baru mendapat buku Kitab Tauhid karangan Abdul Majid Aziz Az-Zindani. Dan telah membaca sedikit, dapat menambah sedikit ilmu dalam Tauhid. Buku ini akan digunakan pada perjumpaan mingguan usrah yang dijalankan pada setiap hari Selasa malam di surau MAIS Seksyen 3.

Apa yang menarik di sini, ianya akan menerangkan sesuatu yang kita selalu dapat rasakan nikmatnya, tapi kita lupa nikmat ini sangat berharga pada kita.

Contohnya, udara di sekeliling.

Pernahkan anda terfikir apa akan terjadi sekiranya Allah menarik nikmat udara yang diberikan kepada kita ini?

Bolehkan kita hidup tanpa udara?

Adakah udara yang kita sedut (Oksigen) akan habis kerana kita berkongsi dengan ramai orang di seluruh dunia?

Di dalam kitab Tauhid ini, ada disebut tentang kejadian alam yang begitu sistematik dan teratur.


***************************************************************************************

Baru diketahui, Ustaz Asri (Rabbani) baru saja kembali ke Rahmatullah pada pagi ini. Di harap dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Artikel.

***************************************************************************************

Sekarang, ingin menyambung pembacaan, insyaAllah bertemu di lain kali, di lain entri.

Salam.

Monday, August 10, 2009

Pertandingan Graffiti Kolej Delima

Salam kepada semua.

Entri kali ni bertajuk seperti berikut lah.

Pertandingan ni berlangsung pada hari Sabtu lepas (8 Ogos 2009), serentak d
engan acara Sukan Antara Fakulti (SAF 09). Ok, aku mengetahui tentang pertandingan ni pada malam sebelum pertandingan. Dalam kepala aku dah memikirkan nak ajak siapa untuk buat satu kumpulan baru. Aku terus menghubungi Peroltz dan Madnurz8 untuk mendapatkan pengesahan. Jadi, keesokan harinya kami pun ke tempat pertandingan iaitu di dataran Delima untuk mengambil bahagian.

Pendaftaran telah dibuka seawal jam 8:00 pagi, namun kami terlambat sehinggakan Along (penganjur) telah menghantar mesej menanyakan kami datang ataupun tidak. Janji melayu memang macam ni, maaf lah Along. :P

4 papan lapis (plywood) telah tersedia, dengan setiap satunya tersedia dengan 6 botol spray berjenama 'Anchor', bukan yang terbaik untuk melakukan graffiti. Tapi itu saja yang ada, guna saja. :)

Kami juga tidak menggunakan kepala spray (nozzle) biasa. Kami menggunakan 'nozzle' khas yang dibuat untuk melakukan graffiti.

Pagi itu, memang mencabar, di samping melakukan semburan, kami (aku dan juga Peroltz) telah diajar oleh Madnurz8 cara-cara melakukan semburan yang bagus. Terima kasih sifu. :)

Berikut adalah graffiti yang telah dihasilkan.

Tempat pertama - Medea/MEDIUMTOUCH & Orange/STYLISTIX

Tempat kedua - Madnurz8/STC, Nopx/PROCEEZ & Peroltz/PROCEEZ

Tempat ketiga - Akey & Izz

Hadiah Saguhati - Gadis misteri

Mendapat tempat kedua juga amat menggmbirakan, terima kasih kepada Madnurz8 sekali lagi, dan juga Apan yang sama-sama menolong.

Thursday, August 6, 2009

Show Off

Ok, untuk entri kali ini, saja mahu 'show off'.

Tanpa motif.


IAMX - Missile

Wednesday, August 5, 2009

Sedikit sebanyak tentang pengasas Facebook


Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg AKA Mark Elliot Zuckerberg

Born: 14-May-1984
Birthplace: Dobbs Ferry, NY

Gender: Male
Religion: Jewish
Race or Ethnicity: White
Sexual orientation: Straight
Occupation: Computer Programmer

Nationality: United States
Executive summary: Founder of Facebook

Founded the student-oriented social network Facebook, launched 4 February 2004. Net worth $1.5B (Forbes 2008).

Sister: Randi
Sister: Arielle
Sister: Donna
Girlfriend: Priscilla Chan (per ValleyWag report)

High School: Ardsley High School, Ardsley, NY (1998-2000)
High School: Phillips Exeter Academy, Exeter, NH (2000-02)
University: Psychology, Harvard University (dropped out)

Facebook Founder and CEO (2004-present)
Member of the Board of Facebook

Official Website:
http://www.facebook.com/


/*Credit to Muhammad Amsyar*/

Mansuhkan ISA

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, syukur kerana aku masih lagi di beri peluang untuk hidup di muka bumi ini, masih lagi di beri peluang untuk beramal, masih berpeluang untuk menjadi khalifah di muka bumi ciptaan Allah S.W.T.

Malam tadi, aku mengikuti usrah seperti biasa. Memang setiap hari Selasa, aku akan mengikuti sesi usrah bersama rakan-rakan usrah yang lain, rata-ratanya adalah rakan-rakan di UiTM dan juga MSU (PTPL). Malam tadi, kami berkesempata
n membincangkan mengenai Tauhid. Seperti biasa, kami akan berkumpul di Surau MAIS, berdekatan dengan McD di Seksyen 3.

Di akhir perbincangan, sempat juga kami berbual-bual. Mendengar cerita Abang Khairul (Naqib), yang turut serta di dalam demonstrasi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Aku juga berminat untuk menyertainya, tapi apakan daya, buat masa ini aku tidak boleh suka-suka untuk aktif, kerana masih lagi dalam tempoh penyembuhan.

Selama ini, jika ada demonstrasi, pasti akan ada pihak FRU yang akan bertindak menembak peserta dengan gas dan juga 'Water Cannon'. Tapi yang memeranjatkan aku ialah, gas yang mereka lepaskan bukanlah sembarangan gas. Menurut apa yang Abang Khairul beritahu, gas tersebut boleh menyebabkan kepedihan pada kuli
t. Aku pasti gas tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan radiasi pada kulit. Malahan, hendak bernafas juga susah jika terkena.

Kemudian, 'Water Cannon'. Aku jangkakan ianya hanyalah tembakan air dengan kelajuan yang tinggi, namun ternyata salah tanggapan juga. Air yang
di lepaskan juga mengandungi bahan kimia. Ada antara peserta yang terdiri di kalangan warga tua juga tidak terkecuali dari terkena bahana gas dan juga 'Water Cannon' tersebut. Jadi, semua yang terkena pasti akan berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri. Menurut Abang Khairul lagi, ada juga peserta yang muntah setelah terkena bahan kimia tersebut.

Di sini, aku berfikir tentang tindakan kejam oleh pihak FRU, yang mana kini merupakan antara senjata kerajaan untuk menegakkan benang yang basah. Pada awalnya, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, yang bermaksud tidak akan ad
a sebarang rusuhan. Tetapi, yang menyebabkan ianya kelihatan seperti rusuhan ialah kerana pihak FRU yang bertindak menyerang para peserta. Sekarang, kita akan nampak, yang mana salah, yang mana benar.

ISA, sejauh mana ianya berfungsi dalam menegakkan keamanan dalam negara. Aku sedar kerajaan menjadikan ISA sebagai senjata utama mereka untuk menyekat sebarang tindakan oleh individu atau organisasi yang di fikirkan menentang kerajaan. Adakah perlu menahan seseorang, kemudian mereka tidak di berikan pe
luang untuk memebela diri mereka, tanpa peguam, tanpa mahkamah.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum sesama manusia agar menetapkan dengan adil..." - Surah An-Nisa, ayat ke-58.


Kenapa mesti wujudnya undang-undang manusia yang menafikan hak asasi individu?

Perlukah semua ini? Tak cukup lagikah dengan sistem penjara yang kita ada?

MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING!


Tuesday, August 4, 2009

Muse - Uprising (The Resistance)

Muse - Uprising

The paranoia is in bloom, the PR
The transmissions will resume
They’ll try to push drugs
Keep us all dumbed down and hope that
We will never see the truth around
(So come on!)

Another promise, another scene, another
A package not to keep us trapped in greed
With all the green belts wrapped around our minds
And endless red tape to keep the truth confined
(So come on!)

Chorus
They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Interchanging mind control
Come let the revolution take its toll if you could
Flick the switch and open your third eye, you’d see that
We should never be afraid to die
www.musicloversgroup.com
(So come on!)

Rise up and take the power back, it’s time that
The fat cats had a heart attack, you know that
Their time is coming to an end
We have to unify and watch our flag ascend

Chorus
They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Hey .. hey … hey .. hey!
(repeat)

Chorus
They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Hey .. hey … hey .. hey!
(repeat)


Kami makan Sate Kajang Haji Samuri

Salam kepada semua.

Seperti yang dipaparkan di tajuk, memang benar kami telah makan sate kajang Haji Samuri. Sate ini lebih dikenali dengan nama Sate Kajang sahaj bagi kebanyakan orang. Dan cuba teka, di mana kami makan? Bukan di Kajang, tapi di Shah Alam sahaja. Kebetulan, cawangan baru telah dibuka di Kompleks P
KNS. Bila anda semua ada kelapangan dan duit yang lebih, boleh lah bertandang ke restoran tersebut. Dan tentunya terima kasih kepada sahabat kami iaitu Adnan, yang sudi membelanja kami semua. Maklumlah, beliau mendapat biasiswa yang banyak. :P

Inilah sate nya


Ikram (baju putih) dan Aiman (baju biru)


Adnan dan Fitrah (baju putih)


Aku tengah berselera ni, pertama kali makan Sate Kajang (jakun gila tak pernah makan). :P

Monday, August 3, 2009

Zornik

BLACK HOPE SHOT DOWN

Sakit lagi

Salam kepada semua.

Hari ini seperti hari Isnin yang sebelum-sebelum ni, aku memang tiada kelas. Jadi, kerja aku melepak di rumah sewa sambil membuat kerja sikit, campur dengan melayari internet sepuas-puasnya.

Semalam, aku jumpa Khairiah, dia datang dari kampus Puncak Perdana, kami keluar ke KFC untuk makan bersama. Lama dah tak berjumpa, Alhamdulillah dia masih sihat seperti biasa. Dan cuba teka, buat kali pertamanya, aku tak dapat menghabiskan Zinger Burger. Kebetulan aku akan memesan set X-Meal (Original) setiap kali bertandang ke KFC. Kecewa juga, tapi apakah daya, aku dah tak larat nak menyumbat semua tu dalam perut aku yang aku rasakan kecil ni. Biasalah, perasaan bagi seseorang yang menghidapi gastrik, kena makan sikit pada satu-satu masa, tapi mesti kerap makan.

Dan hari ini, bangun pagi, selepas solat Subuh, aku dapat rasakan kesakitan di peha kananku. Terasa seperti di cucuk dari dalam. Aku menahan saja, aku jangkakan hanya sebentar. Tapi berlanjutan sehingga aku terpaksa mengambil tongkat dan berjalan dengan tongkat. Mungkin ini disebabkan kedegilan aku untuk tidak memakai tongkat secara drastik. Doktor pula memaklumkan bahwa ada lagi 20% tulangku yang belum bercantum. Benar kata orang, penantian itu satu penyeksaan, dan sabar itu separuh dari iman. Jadi? Fikir-fikirkan lah wahai Faiz Syazwan!

Masih dalam kesakitan, berharap pada Idham untuk mendapatkan 'pain killer'.

Sunday, August 2, 2009

Weezer - Pork & Beans

Salam kepada semua.

Sewaktu sedang mencari-cari lagu Story Of The Year, mata aku terpandang pada nama band yang tak asing lagi bagi aku, iaitu Weezer. Akhirnya aku berjaya menonton video baru mereka bertajuk 'Pork & Beans'. Seperti biasa, video mereka memang mengandungi sedikit humor. :)

Oh, jangan hayati sangat liriknya. :) Harap faham.

Jom kita hayati video yang kelakar ni.


Weezer - Pork & Beans (Red Album)

They say
I need some Rogaine
To put in my hair
Work it out at the gym
To fit my underwear
Oakley makes the shades
That transform a tool
You'd hate
For the kids to think
That you lost your cool

I'mma do the things
That I wanna do
I ain't got a thing
To prove to you
I'll eat my candy
With the pork and beans
Excuse my manners
If I make a scene
I ain't gonna wear
The clothes that you like
I'm fine and dandy
With the me inside
One look in the mirror
And I'm tickled pink
I don't give a hoot
About what you think

Everyone likes to dance
To a happy song
(Hey, hey)
With a catchy chorus and beat
So they can sing along
(Hey, hey)
Timbaland knows the way
To reach the top of the charts
Maybe if I work with him
I can perfect the art

I'mma do the things
That I wanna do
I ain't got a thing
To prove to you
I'll eat my candy
With the pork and beans
Excuse my manners
If I make a scene
I ain't gonna wear
The clothes that you like
I'm fine and dandy
With the me inside
One look in the mirror
And I'm tickled pink
I don't give a hoot
About what you think

No I don't care
I don't care

I'mma do the things
That I wanna do
I ain't got a thing
To prove to you
I'll eat my candy
With the pork and beans
Excuse my manners
If I make a scene
I ain't gonna wear
The clothes that you like
I'm fine and dandy
With the me inside
One look in the mirror
And I'm tickled pink
I don't give a hoot
About what you think!



Saturday, August 1, 2009

Konsert Antara Dunia `09

Petikan dari web iLuvislam.com

Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09). Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.


Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.

Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).

KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk dite
mpuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.


Tiket


RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
RM 10 : golongan remaja dan dewasa
RM50 : VIP.

Pakej istimewa!!


RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.

Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.