Salam kepada semua.
Hari ini seperti hari Isnin yang sebelum-sebelum ni, aku memang tiada kelas. Jadi, kerja aku melepak di rumah sewa sambil membuat kerja sikit, campur dengan melayari internet sepuas-puasnya.
Semalam, aku jumpa Khairiah, dia datang dari kampus Puncak Perdana, kami keluar ke KFC untuk makan bersama. Lama dah tak berjumpa, Alhamdulillah dia masih sihat seperti biasa. Dan cuba teka, buat kali pertamanya, aku tak dapat menghabiskan Zinger Burger. Kebetulan aku akan memesan set X-Meal (Original) setiap kali bertandang ke KFC. Kecewa juga, tapi apakah daya, aku dah tak larat nak menyumbat semua tu dalam perut aku yang aku rasakan kecil ni. Biasalah, perasaan bagi seseorang yang menghidapi gastrik, kena makan sikit pada satu-satu masa, tapi mesti kerap makan.
Dan hari ini, bangun pagi, selepas solat Subuh, aku dapat rasakan kesakitan di peha kananku. Terasa seperti di cucuk dari dalam. Aku menahan saja, aku jangkakan hanya sebentar. Tapi berlanjutan sehingga aku terpaksa mengambil tongkat dan berjalan dengan tongkat. Mungkin ini disebabkan kedegilan aku untuk tidak memakai tongkat secara drastik. Doktor pula memaklumkan bahwa ada lagi 20% tulangku yang belum bercantum. Benar kata orang, penantian itu satu penyeksaan, dan sabar itu separuh dari iman. Jadi? Fikir-fikirkan lah wahai Faiz Syazwan!
Masih dalam kesakitan, berharap pada Idham untuk mendapatkan 'pain killer'.
4 comments:
kesian nye kau..take care bro..
ok hai ye lain kali...
doa aku ko cepat cembuh..amin
thanks syaf..haha..aku mcm ni jela..menanti utk sembuh je..
zinger burger 2 aku bley mkn double kowwwtt!!
hehehehe..
cepat smbuh la~
weit.. tukar link la baii?
mau?
hahaha..ni sbb dah mkn ayam dulu..klu x,mst dpt habiskan zinger tu..btrw,zinger yg kfc kat pkns buat tu,keju dia keras,melekat dah kat roti burger tu,mcm dah smlm2 nye lak..haih..xde selera..
sudah tukar awal2 lagi la..silakan..hehe.
Post a Comment