Monday, August 10, 2009

Pertandingan Graffiti Kolej Delima

Salam kepada semua.

Entri kali ni bertajuk seperti berikut lah.

Pertandingan ni berlangsung pada hari Sabtu lepas (8 Ogos 2009), serentak d
engan acara Sukan Antara Fakulti (SAF 09). Ok, aku mengetahui tentang pertandingan ni pada malam sebelum pertandingan. Dalam kepala aku dah memikirkan nak ajak siapa untuk buat satu kumpulan baru. Aku terus menghubungi Peroltz dan Madnurz8 untuk mendapatkan pengesahan. Jadi, keesokan harinya kami pun ke tempat pertandingan iaitu di dataran Delima untuk mengambil bahagian.

Pendaftaran telah dibuka seawal jam 8:00 pagi, namun kami terlambat sehinggakan Along (penganjur) telah menghantar mesej menanyakan kami datang ataupun tidak. Janji melayu memang macam ni, maaf lah Along. :P

4 papan lapis (plywood) telah tersedia, dengan setiap satunya tersedia dengan 6 botol spray berjenama 'Anchor', bukan yang terbaik untuk melakukan graffiti. Tapi itu saja yang ada, guna saja. :)

Kami juga tidak menggunakan kepala spray (nozzle) biasa. Kami menggunakan 'nozzle' khas yang dibuat untuk melakukan graffiti.

Pagi itu, memang mencabar, di samping melakukan semburan, kami (aku dan juga Peroltz) telah diajar oleh Madnurz8 cara-cara melakukan semburan yang bagus. Terima kasih sifu. :)

Berikut adalah graffiti yang telah dihasilkan.

Tempat pertama - Medea/MEDIUMTOUCH & Orange/STYLISTIX

Tempat kedua - Madnurz8/STC, Nopx/PROCEEZ & Peroltz/PROCEEZ

Tempat ketiga - Akey & Izz

Hadiah Saguhati - Gadis misteri

Mendapat tempat kedua juga amat menggmbirakan, terima kasih kepada Madnurz8 sekali lagi, dan juga Apan yang sama-sama menolong.

2 comments:

panggil aku shEh said...

aku ske sign "rock"
tempat ketiga!
hehehe

Faiz Syazwan said...

hahaha..bleh ke mcm 2?hehe..:P