Saturday, August 22, 2009

Puasa di bulan Ramadhan

Salam kepada semua.

Hari ini, seperti mana yang diketahui, adalah permulaan puasa di bulan Ramadhan. Maknanya hari ini adalah 1 Ramadhan.

Aku begitu gembira menantikan saat ini. Kenapa aku gembira? Mungkin sebab dapat berpuasa ke? Aku masih lagi berfikir, kalau nak puasa, puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis juga boleh. Oh tidak, bagi aku, mungkin ada perbezaannya. Semua umat Islam akan berpuasa pada hari ini, maka tiadalah godaan makanan yang sedap-sedap yang akan di makan oleh sahabat-sahabat handai. Maknanya aku lebih senang berpuasa pada bulan Ramadhan. Ok, cukup.

Malam semalam (21 Ogos 2009), aku bersama-sama Idham dan juga Aiman, menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid besar Shah Alam (maaf tak ingat nama pula). Tujuan kami adalah untukmenunaikan solat sunat Terawih berjemaah. Aku berasa begitu tenang sekali semasa melangkah ke masjid tersebut. Dapat di lihat berduyun-duyun umat Islam yang melangkah memasuki masjid. Kami melakukan solat sunat Terawih sebanyak 8 rakaat, diikuti 3 rakaat solat sunat Witir.

Kemudian, kami bergerak pulang dan makan di sekitar Plaza Alam Sentral, dapatlah pekena Kuey Teow Kerang Taiping dan juga air Epal Asam Boi yang bersaiz besar. Lelah juga nak menghabiskan.

Pagi tadi, bangun sekitar jam 5:00 pagi. Tiada makanan untuk sahur. Pilihan terakhir adalah membuat roti bakar. Aku dapat makan sebanyak 2 keping roti bakar dan juga bebrapa gelas air kosong. Alhamdulillah, dapat juga mengisi perut.

Petang ini, aku akan mengikut Idham pulang ke rumahnya di Seksyen 27, Shah Alam. Tujuan sebenar adalah untuk menunaikan solat sunat Terawih di surau Ad-Din. lama sudah tak menjejakkan kaki ke surau tersebut. Semoga kami selamat dalam perjalanan pada petang ini. InsyaAlah.

13 comments:

Milimilo said...

slmt berpuase..sdpnye mkn kueyteow kerang.. :)

khayze said...

amboi, entry sebut pasal mknn ni.
aku da la pose.
sebaik x tergode.

haha.

selamat berpuasa dan bertarawikh!

=)

panggil aku shEh said...

uh, taboley mkn daa!
neway.. camat berpose again..
n slmat berbuke puase.

Ash said...

selmat puasa ramadhan dan terawikh ye!

Faiz Syazwan said...

milimilo - hehe..slmt berpuasa juga..sedap ke?sedap kot,nm je kerang,tp dpt sket je ekrang nya,lebih udang je..2 pun bg kwn,sbb xleh mkn mknn mcm udang dgn ketam..hihi..

Faiz Syazwan said...

khay - ko sure ke ko pose ni khay?haha.:p

Faiz Syazwan said...

sheh - hehe..berpuasa kpd anda juga..yeah.

Faiz Syazwan said...

ash - tengkiu,ash pun sm taw..slmt berpose gak..jgn ponteng2,klu boleh lah.hahaha..:P

Anonymous said...

selamat berpuasa ;))

Anonymous said...

selamat berpuasa ;))

Faiz Syazwan said...

iekah - selamat berpuasa juga..jgn ponteng2 ea..hehe..

fareast said...

salam ramadhan Chot. Jangan main conteng-conteng sangat. Haha

Faiz Syazwan said...

fais - hahaha..pose ni aku x conteng sgt..tp ada gak comp dgn event yg aku join..hehe..:D