Salam kepada semua.
Hari ini, masih lagi berada dalam tekanan (saja-saja buat) setelah aku tak berjaya dengan jayanya (ada ke ayat macam ni) dalam menjawab soalan-soalan test.
Untuk pengetahuan semua, subjek Basic Mechanic dan juga Calculus ni merupakan subjek 'repeat' aku dari semester 1. Jadi, sebagai seorang 'repeater' yang berjaya, aku kena lah skor dalam subjek ni.
Pagi tadi, test Calculus bermula pada jam 10:30 - 12:00, macam nak pecah kepala pula menjawab, hampir semua tak dapat di selesaikan, cuma separuh jalan. Ada ke markah kalau separuh jalan je?
Untuk test Basic Mechanic pula, bermula pada jam 2:10 - 3:10. Datang lambat kira-kira jam 2:30, aku dapat menjawab dengan tenang walaupun bukan semua soalan dapat diselesaikan. Alhamdulillah.
Tapi, walau apa-apa pun, perkara yang dah berlaku tidak akan boleh di ulang. Pengajarannya di sini ialah, belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, dan tawakal. Apa yang akan kita dapat nanti, sama ada baik atau tidak, bersyukur lah.
Sesungguhnya, apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita usahakan. Bak kata pepatah arab 'Man jadda wa jada'.
***************************************************************************************
Baru mendapat buku Kitab Tauhid karangan Abdul Majid Aziz Az-Zindani. Dan telah membaca sedikit, dapat menambah sedikit ilmu dalam Tauhid. Buku ini akan digunakan pada perjumpaan mingguan usrah yang dijalankan pada setiap hari Selasa malam di surau MAIS Seksyen 3.
Apa yang menarik di sini, ianya akan menerangkan sesuatu yang kita selalu dapat rasakan nikmatnya, tapi kita lupa nikmat ini sangat berharga pada kita.
Contohnya, udara di sekeliling.
Pernahkan anda terfikir apa akan terjadi sekiranya Allah menarik nikmat udara yang diberikan kepada kita ini?
Bolehkan kita hidup tanpa udara?
Adakah udara yang kita sedut (Oksigen) akan habis kerana kita berkongsi dengan ramai orang di seluruh dunia?
Di dalam kitab Tauhid ini, ada disebut tentang kejadian alam yang begitu sistematik dan teratur.
***************************************************************************************
Baru diketahui, Ustaz Asri (Rabbani) baru saja kembali ke Rahmatullah pada pagi ini. Di harap dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Artikel.
***************************************************************************************
Sekarang, ingin menyambung pembacaan, insyaAllah bertemu di lain kali, di lain entri.
Salam.
2 comments:
apa rasanya kalau nikmat TIDUR ditarik ALLAH? susah lah kita, satu bnda pon tak dpt buat nnti sbb bdn lemah kan...
belajar rajin2. C++ tu nmpk best tp bila exam tak reti juga hahahha (sy la..)
saje singgah :)
hehehe..thanks..nikmat tidur ek..sesungguhnya tidur itu adalah mati sementara..jadi,kurang2 kan lah tdo,bykkan amal..hehe..:P
sy mnt c++,insyaAllah boleh..
dont ever block ur mind..be positive..
thanks for singgah,i'll visit u now,hehe..zass...
Post a Comment