Tuesday, January 12, 2010

Ini nombor 1

Manusia memang merupakan satu kejadian yang sukar diduga tingkah lakunya.

Ada baik di luar, juga di dalamnya. Ada baik di luar, jahat di dalam. Ada nampak jahat di luar, tapi baik hatinya.

Bagaimana ingin mengenalpasti perangai sebenar mereka ini? Tak siapa tahu. Aku, memang gemar memerhatikan tingkah laku manusia lain. Pelbagai kesimpulan dapat dibuat dalam sekilas pandang. Manusia perlu didampingi lebih lama untuk mengetahui perangainya.

Ada manusia yang jahat dulunya, kini berubah kepada baik, mengalahkan ustaz pula. Ada yang baik dulunya, kini berubah kepada jahil dan sejahat-jahatnya manusia. Manusia yang bertaubat dari kesilapan lama, walau macam mana baik jua akhirnya si manusia ini, cerita lama tetap akan diungkit oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga yang berlaku bagi pihak sebaliknya (vice versa).

Aku akui, aku memang seorang manusia yang sukar diduga tindakannya. Terkadang baik, terkadang jahat sedikit. Itu normal. Tapi aku memang menyedari bahawa aku ini pelik orangnya.

Aku, tak suka mengganggu, mengejek malah meminta bantuan dari orang lain. Itu aku. Bukan anda semua. Tetapi, jika anda hidup seperti aku, aku yakin ramai yang tak akan berjaya 'survive'. Aku ada juga meminta tolong dari sahabat, yang aku anggap rakan baik. Aku tak pasti dia menganggap aku sebagai apa. Itu aku tak kisah. Kalau aku percaya seseorang itu, aku meletakkan kepercayaan penuh padanya. Dia baik, sangat baik. Aku susah, dia tolong. Tapi, aku juga ada perasaan, dia juga. Jika setiap masa aku meminta tolong, aku juga rasa tak selesa, begitu juga dia. Maka, aku tidak lagi meminta tolong yang remeh-temeh.

Aku ada tangan, ada kaki. Tangan aku normal, boleh membuat kerja seperti biasa. Bisa juga mengangkat barang-barang yang berat. Kaki aku, boleh digunakan untuk berjalan. Kaki aku bukan seperti kaki anda semua yang normal. Kaki aku ada besi. doktor yang masukkan. Tanya doktor untuk kepastian itu. Aku berjalan seperti biasa, tetapi senget sedikit. Itu benar, realiti. Aku tak kisah, tak malu. Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa.

Kawanku pernah mengajakku bersenam, berjoging. Aku menolak. mereka mengajak. Aku berkata.

"Aku tak boleh berlari macam korang dah".

Mereka menjawab.

"Alasan semua tu".

Aku diam, tak ingin menjawab lebih banyak. Mereka masih sempurna, hargainya selagi masih sempurna. Aku ingin sekali berlari, berjalan normal. Namun selepas keputusan doktor 1 Mac 2010 nanti. Berlari dan berjalan itu dua perkara berbeza.

Aku ada motor, namun tayarnya bocor tercucuk 4 batang paku. Masih berkilat. Mungkin ditabur oleh orang yang tak bertanggungjawab. Aku rilek. Namun duit dalam dompetku bukan boleh rilek seperti aku. Setiap kali ke kedai, duit itu semakin kecil nilainya. Warnanya, nilainya, tulisannya juga berubah. Kadang-kadang, jika bernasib baik, bentuknya juga berubah dari segi empat kepada bulat. Unik bukan? Duit itu tidak mengizinkan aku membetulkan tayar motorku. Aku duduk berfikir. Meminta tolong dari keluarga. Sekali lagi. Ini aku benci. PTPTN masuk lambat, mungkin. Aku hanya makan roti di waktu pagi dan malam. Makan nasi di waktu tengahari.

Motor rosak, menumpang kawan. Itu aku tak suka. Pagi ini aku rela memonteng kelas kerana tak ingin menumpang kawan. Tak ingin terhutang budi. Pagi ini, aku akan membetulkan motor. Duit sudah ada, berkat pertolongan keluargaku. Aku akan ganti, janji.

Aku suka menepati waktu. Ini aku belajar semasa di JAD. di UiTM, itu semua tak diguna pakai seluas-luasnya. Kelas bermula pada jam 0830 , bangun tidur pada jam 0820. Mandi. Ke kelas pada jam 0840. Pensyarah masih membenarkan anda masuk ke kelas. Di JAD, tidak semudah itu. Itu sebab aku suka menepati waktu. Aku tak ingin menumpang mereka, nanti terpaksa mengikut rentak mereka. Aku hidup dengan cara aku.

Bilikku menerima penghuni baru. Tak berapa minat. Tidurku sering terganggu. Tolong ubah cara tidurmu wahai penghuni baru. Kita tidur di toto di lantai, bukan katil perseorangan, ada faham?

Hidupku ini kompleks, sukar dijelaskan.

Kesimpulan :

* Aku tak suka meminta pertolongan orang (dengan orang tertentu, peraturan ini terbatal)
* Aku tak suka lambat
* Aku tak suka menumpang
* Aku tak suka mengejek
* Aku tak suka mengganggu orang dan diganggu

Peraturan berikutnya di lain waktu.

Sekian.

Video - Faiz Syazwan is our hero

4 comments:

arriefa said...

btOl tu...jadila diri sndiri...kdg kale kte x tau ape yg org laen fikirkn psl kte n begitu gak sebaliknye...arriefa like diz!

Khairiah said...

be strong kay..we juz human being, be yourself..be independent..

Faiz Syazwan said...

iefa - haha..ni cuma reflek diri sendiri..cuma tulis apa yg dirasakan nak tulis..:)

Faiz Syazwan said...

mislil0 - i always make myself strong hearted..:)