Saturday, April 24, 2010

Minggu belajar.

Salam kepada semua.

Entri baru, akhirnya. Kebelakangan ini, aku kerap mengambil masa yang lama sebelum membuat entri baru. Kenapa? Sebab aku inginkan sebuah entri yang tak banyak merepek dan merapu sangat. Dengan itu, baru aku akan lebih menghargai setiap satu luahan dan pandangan aku di dunia maya ini. Ok, berhenti berfikir macam orang matang. :p

Sebelum ini, aku ingin sekali membuat entri berkenaan seseorang yang aku kenali dari dulu di blog dan di 'Facebook' sejak sekian lama, namun tidak pernah bersua muka. Namun, akhirnya aku berkesempatan berjumpa beliau akhirnya, di Malaysia, bukan di Australia. :) Aku sangat gembira dapat berjumpa beliau. Akan aku kupas sedikit mengenai beliau di entri yang akan datang, itu pasti! Sabar itu separuh daripada iman. :)

Sekarang, aku masih lagi dalam mood 'study week', walaupun rakan-rakanku telah memulakan sesi peperiksaan akhir semester mereka. Ok, memang beruntung kerana aku mempunyai banyak masa terluang, namu tak boleh dibazirkan begitu saja. Masa akan tetap berjalan, dan kita manusia akan tetap ketinggalan di belakang masa. Jadi, masa yang ada akan aku gunakan untuk mengulangkaji pelajaran. InsyaAllah akan ada kebaikan daripada tindakan mengulangkaji awal ini. Seperti yang diketahui, kertas pertama peperiksaan akhir semester aku adalah pada 02hb Mei 2010, iaitu subjek 'Further Calculus'. Masih ada lebih kurang 9 hari sehingga tarikh tersebut. Berusaha!

Kini, aku seringkali berulang-alik ke fakulti untuk mengulangkaji pelajaran. Jika tidak, aku akan ke Perpustakaan Shah Alam pula. Tempat-tempat yang sunyi, di mana aku akan dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya. Itu penting. Kalau aku belajar di restoran mamak, di kompleks membeli-belah, mana mungkin akan masuk di kepala segala-gala input tersebut? Tak mungkin, bagi kes aku.:) Jadi, belajarlah di tempat sunyi. Hahaha..

Oh tidak, aku merepek di atas ini. Haih. Kecewa dengan diriku.
Ok, aku ingin menyambung mengulangkaji. Tak sanggup merepek dengan lebih lama. Lain kali aku kemaskini entri lagi. Doakan aku berjaya mengulangkaji dengan jayanya. Yeah!

:)


Rakan belajarku. Arif & Farahana. Nampak comel setelah di edit. :p

*Sedang mendengar lagu Boys Like Girls feat Taylor Swift - Two Is Better Than One.

Saturday, April 17, 2010

Pendidikan jiwa

Salam kepada semua.

Aku kembali menulis entri baru jua akhirnya. Baru beberapa hari lepas aku membuat entri berkenaan lagu 'Fantastic Plastic Machine'. Oh ya, lagu itu telah menjadi 'ringtone' aku. Jadi, pada sesiapa yang ingin menghubungiku, silakan. Aku lagi suka jika lagu tersebut berbunyi secara tiba-tiba ketika aku sedang makan di luar, 'hang out' dengan rakan-rakan. Comel rasanya. :P

Ah, cukup dengan merepek di situ. Kembali ke topik utama. Mengikut jadual peperiksaan akhir semester yang telah dikeluarkan, aku mempunyai 'paper' pada 02,04, dan juga 06 Mei 2010. Sekarang, sudah tiada kelas, cuma ada 1 lagi 'assignment Basic Mechanic' yang menanti untuk diserahkan pada minggu depan. Dari semalam lagi, sudah bermulanya cuti untuk 'study week'. Di sini dapat dilihat bahawa aku mempunyai cuti yang tersangat-sangat panjang sehingga '1st paper'. Ok, aku tahu. Sangat lama. Nak balik kampung, tapi berfikir banyak kali. Aku tiada duit, maka duduk sahaja di rumah sewaku di Shah Alam. Duduk di sini,mungkin banyak keluar duit, tapi kurang sedikit kebosanan. Di sini, masih lagi boleh melayari internet. Di rumah kampungku, tiada internet, walaupun secara jujurnya aku rindukan kampung halaman, rindu mak ayah. Oh, aku tak suka perasaan ini.:(

Kalau ada orang yang sudi belanja aku tiket balik, aku nak saja balik. Dan tambahan lagi, kalau ada kawan-kawan yang sanggup membawa aku ke Dataran Batu Pahat untuk melayari internet secara curi-curi. Hahaha... Di mana lagu kalau bukan di JKR Batu Pahat.:)

Berikut merupakan jadual peperiksaan akhir semester aku.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
02/05/2010
Further Calculus (MAT455)
0900-1200

04/05/2010
Basic Mechanic (MEC410)
0900-1200

06/05/2010
Thermodynamics 1 (MEC451)
0900-1200
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jarak di antara subjek yang selang 2 hari, itu tak menjadi masalah untuk aku mengulangkaji, memandangkan aku mempunyai masa yang panjang untuk mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan setiap subjek ini. InsyaAllah aku akan dapat menjawab dengan elok. Cuma bagi subjek 'Thermodynamics ' ni, agak payah juga. Sebab dah tiada hati dengan subjek ni. Mungkin aku patut mencuba mengambilnya di semester hadapan? Ok, anda tahu apa yang aku maksudkan, jadi diam saja.:P

Aku hairan dengan diriku. Aku sanggup mengulang subjek semata-mata kerana inginkan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu subjek itu. Adakah aku bodoh kerana berfikiran begitu? Terpulang pada penilai. Tetapi, ini memang cara aku. Aku bukan belajar untuk lulus semata-mata. Aku ingin belajar, menuntut ilmu itu kerana ingin memenuhkan ilmu di dada, menyediakan diri supaya betul-betul bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Aku melihat rakan-rakanku, ramai dari mereka belajar kerana inginkan pekerjaan yang bergaji besar. Niat mereka adalah seperti itu. Ok, mereka tak salah. Mungkin mereka ingin merasakan begitu. Tapi aku bukan begitu. Aku adalah aku. Ini pemikiran aku ok, walaupun pada awalnya aku hairan dengan diriku. Kini, aku tak hairan lagi. Kalau ada yang nak menyanggah, silakan. :)

Ok, tiba-tiba saja emosi di situ. Hentikan di situ sahaja. Sekarang, aku ingin mendengar lagu. Ada masa, aku akan mencoretkan sesuatu lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

*Sedang mendengar lagu 40 Winks - Mak Minah.
*Tiba-tiba terasa ingin belajar memasak.

Thursday, April 15, 2010

Fantastic Plastic Machine - If You Do, I Do

Salam kepada semua.

Ok, di sini aku nak bercerita mengenai lagu yang memang dah lama aku dengar, tapi dari dulu cari tak jumpa. Akhirnya, setelah bosan mencari melalui web-web biasa, aku mencari di 'Youtube', dan terjumpa jua lagu berserta video. Lagu yang aku maksudkan ialah lagu bertajuk 'If You Do, I Do' yang dihasilkan oleh 'Fantastic Plastic Machine'. Aku memang tak nak 'download' video, sebab aku lebih suka jika lagu ini di dalam format mp3.

Akhirnya, aku 'download' jua, namun melalui proses lain juga. Aku 'download' melalui web Video2mp3, lebih senang, video tersebut akan di tukar terus menjadi mp3. Yeah! Dan akhirnya, dapat juga aku memiliki lagu ini. Berikut adalah video tersebut. Sila hayati. :)

Tuesday, April 13, 2010

Penghargaan bagi mereka

Salam kepada semua.

Masih berada dalam mood yang rajin. Maka, aku menulis juga sebuah entri khas untuk mereka. Siapa mereka itu? Anda bakal mengetahuinya. Di saat kelapangan,aku sempat melakukan 'blogwalking' ke blog-blog tertentu. Ada yang sudah di kemaskini, ada juga yang hampir bersawang. Maka, tumpuanku kini adalah pada blog yang telah di kemaskini.

Sebagai contohnya, ialah blog Eym.

Siapa Eym? Aku tak pernah menceritakannya di sini,namun kali ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang Eym. Eym adalah nama samaran, nama sebenar diberi adalah Aiman Nabillah. Aku kenal Eym ni semasa berada di MRSM Mersing sewaktu zaman lampau dahulu kala. Sekitar tahun 2004-2005. Sudah lama aku mengenalinya. Eym muda 2 tahun dari aku, sehingga yang aku ketahui, dia tinggal di Bandar Country Homes, Rawang. Namun, aku rasa dia sudah berpindah ke tempat lain. Ok, disebabkan aku tak tahu nama kawasan rumah barunya, aku tak nak cakap lagi. :P

Inilah Eym

Disebabkan Eym ni merupakan pelajar jurusan Undang-undang di MMU Melaka, maka memang tak menghairankan jika dia selalu merepek di dalam blog. Seorang yang rilek, 'cool' katanya. Lebih tepat sekali, 'average'. Ok, aku mengiyakan saja. :P

Aku terperasan satu entri di blog Eym yang menarik perhatian aku, sebabnya ia berkaitan dengan aku.

Nak tengok? Sila ikuti link ini --> Herespitory.

Ha, dah tengok? Comel kan? Sangat 'sweet'. :)

Ops, jangan lebih-lebih, nanti ada orang akan cemburu. Ok, baik, tutup cerita. Dan akhir sekali, terima kasih Eym sebab tak lupa hari jadi Faiz ya. :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kemudian, blog kedua ialah blog Nur Hazwani.

Sentiasa menggelarkan dirinya sebagai 'Da Vogue', agak perasan di situ. Juga sentiasa merasakan dirinya adalah 'blogger' tegar. Mungkin ada betulnya, sebab dalam sehari pun ada 2 entri, boleh lah kan. Maklumlah, dia sudah mempunyai blog sebelum ini, cuma baru sekarang berpindah ke blog baru, ingin membuka cerita baru katanya.

Inilah Nur Hazwani

Ok, apa yang aku nak katakan di sini ialah, dia ada membuat entri khas berkenaan aku juga. Maka, aku juga menyelitkan sedikit entri berkaitan dirinya.

Oh ya, mahu lihat apa yang dia tulis tentang aku? Kita tengok link berikut --> Da Vogue.

Terima kasih untuk kek, saat-saat istimewa, dan juga entri khas tersebut ya. :)

Maka kesimpulannya, terima kasih banyak-banyak. Sesiapa yang nak aku muatkan kisah beliau di blog ini, sila-silalah merajinkan diri buat entri tentang aku, hahaha...

Ok, tadi tu tipu je, aku tak nak pun paksa anda semua, kalau rajin dan ikhlas, sila-silalah ya. :)

Penat dah ni, selamat berjumpa lagi di entri akan datang.

*Sedang mendengar Black Kid - I'm Not Gonna Teach Your Boyfriend How To Dance With You.

Monday, April 12, 2010

22 tahun, umur itu hanya angka.

Salam kepada semua.

Dah lama tak membuat entri baru, akhirnya hari ini aku berniat untuk menulis entri baru, sempena hari yang begitu istimewa bagi aku.

12 April 1988, tarikh di mana aku selamat di lahirkan ke dunia. Saat di mana aku mula mengenali dunia, mula mendengar bunyi-bunyian, mula melihat bermacam-macam benda dan perkara, mula mengenali semua yang ada di dunia ini.

12 April 2010, genap umur aku 22 tahun. Sudah berusia, sudah banyak yang aku belajar di dunia. Ramai cakap, aku semakin tua, itu benar, memang aku dah semakin tua. Tiada manusia di dunia ini yang semakin muda. Mereka juga akan tua seperti aku. Itu lumrah.

Malam tadi,tepat jam 12:00, Along menjadi orang pertama yang menelefon dan mengucapkan selamat hari jadi padaku. Kemudian, di ikuti oleh Nur Hazwani, dan ketiga ialah Farahana. Mereka memang rapat dengan aku, terutama sekali abang aku iaitu Along. Aku dan Along memang rapat sejak kecil, kami bergaduh, kami bermain sama-sama. Hubungan kami semakin rapat seiring dengan peningkatan usia. Dia banyak berkorban untuk aku, aku juga ada berkorban, tapi tak setinggi pengorbannya terhadap aku dan keluarga. Terima kasih Along, aku janji akan menjadi adik yang lebih baik.

Ramai kawan-kawan di 'Facebook' yang telah mengucapkan selamat hari jadi kepadaku, begitu ramai. Akan aku senaraikan nama mereka di akhir entri ini sebagai tanda terima kasih. Terima kasih kawan-kawan kerana mengingati hari jadi aku. Aku sangat terharu, bangun tidur, aku memeriksa akaun 'Facebook' kembali, begitu banyak 'notifications', rata-rata adalah mereka yang ingin menucapkan selamat hari jadi. Aku mengambil sedikit masa untuk membalas ucapan mereka. :)

Pagi tadi, bangun Subuh, mak menelefon aku, mak juga mengucapkan selamat hari jadi, begitu juga dengan ayah. Adik perempuan aku pula malu nak mengucapkan selamat hari jadi, aku tak kisah, aku faham perangai dia. Hahaha... Nampak je luaran ganas, bila sampai tahap-tahap emosi ni, memang dia malu, :P

Ok, tak banyak yang aku ingin ceritakan, hanya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada sesiapa sahaja yang mengingati ulang tahun hari jadi aku, sama ada secara langsung atau pun tidak.

************************************************************************************
Along
Nur Hazwani
Farahana
Illya Syaairah
Nurul Izzati
Nur Afiqah
Atifah
Aeyu Moomoo
Sheh
Fatma Arina
Azyan Athira
Madnuz (Apek)
Nadia Bakaruddin
Mariam (Cekyam)
Epa
Ikman
Rabi
Nur Liyana Yahya
Faizal Akmal
Arifin
Ikram Izzuani
Liyana
Azrul Firdhaus
Alif Aziz
Aiman Maarof
Adzfar Aiman
Joanne
Zaki Nordin (Escape)
Amy Falizal (Medea)
Mazliyana
Ahmad Firdaus
Sharifah Azirah
Abdul Jalil
Limochi Aizawa
Ahmad Taqiuddin
Suriaton (Mak Ngah)
Nur Aishah
Nurul Aqma
Nameck
Spuxs Eman
Safina
Mohamad Hazani
Shazwan Ra'uf
Hairul Faizal Adli
Aqma Waldorf
Farah Ah Fahim
Sha Dila
Baiti Atiqah
Syafwat
Zain
Norjihan
Adda
Afifah Dzulkifli
Hanim Mokhtar
Saiful Amin
Ayieq
Suhail Tahkim
Irfan Mustapha
Farah Waheeda
Nur Amirah
Anis
Fluxt Fyta
Neskafe Ais
Milimilo
Asyraf Akmal
Ej Syamsuddin
Didie
Sara Zaini
Ku Ashraf
Rosman Nizar
Hasalnim
Siti Syazwani
Moosa Musashi
Amirah Abd Latif
Muhammad Azfar Bin Mohamed
Ecah
Cuna Hanifiah
Nur Safawati
Nurul Hidayah Isnin
Ainsatira
Nadia Hanis
Noor Habibie
Bird Jeffry
Arif Najmi
Jeeda
Noorelyzawerni
Syira Khairi
Faezah Elmi
Chooi
Hazwan
Semma(Kak Long)
Suhana Azmi
Zainoor'Ain Jamil
Izzati Zakirah
Nor Adila
Hajar Halina
Norizam
Iynul Farah
Lina Farhana
Nurhumaira Khomsan
Fyezura Asmuri
Khai

************************************************************************************

*Sedang mendengar Flipside - Happy Birthday.

Thursday, April 1, 2010

Entri bidan terjun

Salam kepada semua.

Ok, aku tahu ini agak pelik, menaip entri baru pada selang masa yang pendek-pendek, tak seperti kebiasaan. Selalunya aku akan membiarkan blog ini bersawang dulu, baru aku bersihkan dengan entri-entri segar, tapi hari ini lain. Jangan tanya aku kenapa, kerana aku pun tak tahu kenapa. :P

Ok, hari ini 01 April 2010, permulaan bulan baru pada kiraan masihi, maka ini adalah permulaan bulan yang istimewa untuk aku.Anda akan tahu apa sebabnya jika anda rajin. Maka, aku akan melakukan banyak perubahan dan anjakan paradigma untuk ke arah yang lebih baik, lebih-lebih lagi mengenai pelajaran dan juga pengurusan diri.

Petang ini akan ada 'Test 2 Basic Mechanic', insyaAllah akan dapat menjawabnya dengan tenang, sudah habis mengulangkaji. Semoga diberi kemudahan menjawab soalan-soalan.

Aku juga sudah ada formspring ya, terima kasih kepada Tfa kerana mengenalkan ku dengan si formspring ini. :)

Rancangan pada hujung minggu ni pula, berkemungkinan besar aku akan melakukan 'shooting'untuk video Jepun bagi subjek Bahasa. Minggu ini akan menjadi sibuk sedikit berbanding hari minggu biasa. Video perlu di serah pada 16hb April 2010, agak-agak sempat tak?

Baiklah, tiada idea lagi. Sebab mengada-ngada nak sangat mengemaskini blog. :P

Jumpa lagi di entri berikutnya. :)

*Sedang mendengar lagu The Seeds feat Maria - Kau Tetap Milik Ku