Saturday, April 17, 2010

Pendidikan jiwa

Salam kepada semua.

Aku kembali menulis entri baru jua akhirnya. Baru beberapa hari lepas aku membuat entri berkenaan lagu 'Fantastic Plastic Machine'. Oh ya, lagu itu telah menjadi 'ringtone' aku. Jadi, pada sesiapa yang ingin menghubungiku, silakan. Aku lagi suka jika lagu tersebut berbunyi secara tiba-tiba ketika aku sedang makan di luar, 'hang out' dengan rakan-rakan. Comel rasanya. :P

Ah, cukup dengan merepek di situ. Kembali ke topik utama. Mengikut jadual peperiksaan akhir semester yang telah dikeluarkan, aku mempunyai 'paper' pada 02,04, dan juga 06 Mei 2010. Sekarang, sudah tiada kelas, cuma ada 1 lagi 'assignment Basic Mechanic' yang menanti untuk diserahkan pada minggu depan. Dari semalam lagi, sudah bermulanya cuti untuk 'study week'. Di sini dapat dilihat bahawa aku mempunyai cuti yang tersangat-sangat panjang sehingga '1st paper'. Ok, aku tahu. Sangat lama. Nak balik kampung, tapi berfikir banyak kali. Aku tiada duit, maka duduk sahaja di rumah sewaku di Shah Alam. Duduk di sini,mungkin banyak keluar duit, tapi kurang sedikit kebosanan. Di sini, masih lagi boleh melayari internet. Di rumah kampungku, tiada internet, walaupun secara jujurnya aku rindukan kampung halaman, rindu mak ayah. Oh, aku tak suka perasaan ini.:(

Kalau ada orang yang sudi belanja aku tiket balik, aku nak saja balik. Dan tambahan lagi, kalau ada kawan-kawan yang sanggup membawa aku ke Dataran Batu Pahat untuk melayari internet secara curi-curi. Hahaha... Di mana lagu kalau bukan di JKR Batu Pahat.:)

Berikut merupakan jadual peperiksaan akhir semester aku.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
02/05/2010
Further Calculus (MAT455)
0900-1200

04/05/2010
Basic Mechanic (MEC410)
0900-1200

06/05/2010
Thermodynamics 1 (MEC451)
0900-1200
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jarak di antara subjek yang selang 2 hari, itu tak menjadi masalah untuk aku mengulangkaji, memandangkan aku mempunyai masa yang panjang untuk mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan setiap subjek ini. InsyaAllah aku akan dapat menjawab dengan elok. Cuma bagi subjek 'Thermodynamics ' ni, agak payah juga. Sebab dah tiada hati dengan subjek ni. Mungkin aku patut mencuba mengambilnya di semester hadapan? Ok, anda tahu apa yang aku maksudkan, jadi diam saja.:P

Aku hairan dengan diriku. Aku sanggup mengulang subjek semata-mata kerana inginkan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu subjek itu. Adakah aku bodoh kerana berfikiran begitu? Terpulang pada penilai. Tetapi, ini memang cara aku. Aku bukan belajar untuk lulus semata-mata. Aku ingin belajar, menuntut ilmu itu kerana ingin memenuhkan ilmu di dada, menyediakan diri supaya betul-betul bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Aku melihat rakan-rakanku, ramai dari mereka belajar kerana inginkan pekerjaan yang bergaji besar. Niat mereka adalah seperti itu. Ok, mereka tak salah. Mungkin mereka ingin merasakan begitu. Tapi aku bukan begitu. Aku adalah aku. Ini pemikiran aku ok, walaupun pada awalnya aku hairan dengan diriku. Kini, aku tak hairan lagi. Kalau ada yang nak menyanggah, silakan. :)

Ok, tiba-tiba saja emosi di situ. Hentikan di situ sahaja. Sekarang, aku ingin mendengar lagu. Ada masa, aku akan mencoretkan sesuatu lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

*Sedang mendengar lagu 40 Winks - Mak Minah.
*Tiba-tiba terasa ingin belajar memasak.

3 comments:

Anonymous said...

gilak ar. lmbt lg tu papet.
x aci.dah ar abih awal

ini tidak adil

Faiz Syazwan said...

hehe..kan2..mcm x aci je..:P

The Lulu said...

waaaaaa..3 paper je
unfair.....