Saturday, February 26, 2011

Menyiapkan 'Assignment CATIA'

Salam kepada semua.

Hari Sabtu ini lain dari hari Sabtu sebelum-sebelum ini. Aku berada di rumah sewa di Shah Alam, tak merayap ke Sungai Buloh kerana ada komitmen lain. Dan sudah tentunya mengenai 'assignment CATIA' yang perlu aku siapkan dan hantar pada 03 Mac 2011 nanti. Dari pagi hingga ke saat aku menaip entri ini, baru sahaja siap kedua-dua lukisan.

Oh, lupa nak mengenalkan anda semua kepada 'CATIA'. 'CATIA' adalah singkatan bagi perkataan 'Computer Aided Three-dimensional Interactive Application'. Dibangunkan oleh Dassault Systemes. Kegunaannya juga sangat meluas di dalam bidang kejuruteraan, dari melukis, hingga ke menguji ketahanan sesuatu model atau prototaip. Tak perlu panjang lebar mengulas, berikut merupakan kerja-kerja yang telah aku siapkan dan bakal dihantar. Aku berasa sangat puas hati kerana berjaya menyiapkan tugasan ini. Tahniah kepada aku. :)

|Assignment 1A - Shaft Casting Hanger|
*Klik untuk paparan lebih besar

|Assignment 1B - Gear Box Cover|
*Klik untuk paparan lebih besar

Kesimpulannya, aku sangat penat kerana asyik menghadap komputer riba untuk masa yang lama kerana menyiapkan tugasan ini. Aku rasa aku perlukan rehat malam ini.

Selamat malam semua. :)

*Rujukan - CATIA

Sunday, February 20, 2011

Terima Kasih Cinta

Salam kepada semua.

Pada hari Sabtu baru-baru ini (19 Februari 2011), aku telah ke Istana Budaya untuk menonton teater bersama-sama yang tersayang. Kami pergi seramai 8 orang, masing-masing berpasangan. Maka, jadilah 4 pasangan. :)

Poster Terima Kasih Cinta

Oh, kenapa teater? Kenapa bukan menonton filem di pawagam?

Jawapannya senang saja, iaitu ingin mencuba sesuatu yang baru. Menonton filem di pawagam itu sudah klise bagi kami. Jadi, tak salah sekali-sekala mencari angin baru. :)

Melalui pembacaan aku sebelum menonton teater, rata-rata orang mengatakan teater ini tidak senang dilakonkan. Realitinya memang begitu. Anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan semasa berlakon teater. Sedikit kesilapan akan memberi impak kepada keseluruhan persembahan. Ini baru betul-betul cabang lakonan yang mencabar. Aku sukakan ini.

Sebelum mengulas lebih lanjut, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mak Uteh kerana telah menaja kami menonton teater ini. Mak Uteh sangat baik. Kadang-kadang, aku jadi terharu, bercampur-baur dengan perasaan sebak. Aku tak mempunyai mak cik yang betul-betul sayangkan anak-anak buah seperti yang Mak Uteh lakukan. Jadi, aku sekadar menumpang kasih mereka. Terima kasih. Oh, terharunya saya. :)

Mak Uteh @ Geez Jalil
Dia lawa dan juga baik hati, dan juga sangat penyayang. :)


Mari berbalik kepada topik asal. Perancangan telah diatur sejak awal lagi, dari beberapa aspek seperti kenderaan dan juga peta. Aku dan Munzir telah bergerak ke Kajang menaiki perkhidmatan komuter dari Sungai Buloh ke Kajang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Terima kasih sekali lagi kepada Mak Uteh kerana telah menghantar kami ke stesen komuter Sungai Buloh. Lebih terharu, kerana Mak Uteh banyak berkorban untuk kami. :(

Setibanya di stesen Kajang, kami telah dijemput oleh teman wanitaku dengan menaiki kereta. Cuaca sangat panas pada ketika itu. Saja nak terangkan mengenai cuaca, sebenarnya tiada kaitan, hehe.. :P

Kemudian, di rumah keluarga teman wanitaku, kami makan tengahari bersama-sama. Kemudia, beberapa peristiwa telah dilakar. Ini rahsia, hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya. Bukan perkara negatif, tetapi positif. :)

Kami menunggu sehingga jam 17:00 untuk bertolak. Mak Long juga turut serta menaiki kereta sehingga ke Kuala Lumpur, dan dia turun di stesen komuter Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Dan kami juga turut meneruskan perjalanan ke Istana Budaya.

Berehat seketika di gerai makan sekitar kawasan Jalan Padang Tembak, dan menunggu sehingga waktu Maghrib sebelum bergerak ke Istana Budaya semula. Persembahan bermula pada jam 20:30, maka kami menunggu sahaja di luar dewan utama. Berjumpa pula dengan Eyla dan juga Zack di sana.

Ringkasan bagi teater tersebut, aku bagi 4.5/5. Kekurangan tersebut bagi aku adalah kerana masalah pencahayaan. Mungkin boleh diperbaiki dari masa ke masa. Jalan cerita sangat bagus, senang difahami, lakonan juga mantap. Bagi yang ingin menontonnya, masih sempat lagi. Anda mempunyai masa sehingga 6 Mac 2011. Memandangkan kami menontonnya pada hari pertama, kami tak mengharapkan persembahan sempurna. Diharap bagi yang menonton pada hari-hari seterusnya dapat merasai kesempurnaan jalan penceritaan, serta penataan cahaya yang mantap.

Tambahan sedikit. 'Terima Kasih Cinta' ini merupakan adaptasi cerita bertajuk 'Cinta' arahan Kabir Bhatia yang juga berkisarkan mengenai 5 kisah cinta. Para pelakon juga semestinya tidak sama seperti pelakon asal. Namun, jalan ceritanya dapat digarap dengan begitu baik. Bagi yang pernah menonton cerita 'Cinta', pasti dapat membayangkan situasi teater itu dengan situasi di dalam cerita asal.

Barisan pelakon bagi teater ini pula bukan calang-calang orang. Berikut nama-nama pelakon.
---------------------
Latiff Ibrahim
Safura
Deja Moss
Faradhiya
Shajiry Damery
Nadia Aqilah
Vince
Norish Karman
Tony Eusoff
Anding Indrawany
Diddy Herdi
Sharifah Aleya
---------------------

Oh, terlupa pula. Teater ini juga sarat dengan pelbagai alunan lagu yang turut mewarnai suasana sesuatu babak. Dah nama pun teater muzikal, berskala besar pula tu.

Bagi yang ingin mendapatkan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam teater ini, aku senaraikan di bawah ini untuk memudahkan pencarian.

1. Permata Untuk Isteri (Kopratasa)
2. Dia (Sheila Majid)
3. Seribu Impian (Casey)
4. Selanjur Bercinta (Aisyah)
5. Impian Anak Jalanan (Kembara)
6. Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman)
7. Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor)
8. Kau Ilhamku (Man Bai)
9. Belaian Jiwa (Carefree)
10. Sejati (Wings).
11. Kalimah Cinta (Amy Search)
12. Mata (Noorkumalasari)
13. Janji Manismu (Aisyah)
14. Duniaku (S Ahmad)
15. Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
16. Berkorban Apa Saja (P.Ramlee)
17.Itu Kamu (Estranged)
18. Perpisahan (Anuar Zain)
19. Gemilang (Sheila Majid)
20. Terima Kasih Cinta (Afghan)
21. Kuasa Cinta

Tontonlah, pasti tak rugi.



Kedudukan tempat di dalam dewan Istana Budaya.
(Klik untuk paparan lebih besar)

G14 & G15 - Faiz & Hazwani
F14 & F15 - Zul & Hazirah
F21 & F22 - Zack & Eyla
F28 & F29 - Surina & Munzir


Sang jejaka kacak.
Zack, Faiz, Munzir, Zul.

Si Dara Pingitan.
Hazwani, Surina, Eyla, Hazirah.

Cukup Korum. Terima kasih kepada gadis yang menolong menangkap gambar kami. :)

Malam itu, kami makan di Suzi's Corner, dan pulang ke Sungai Buloh. Malam yang sangat gembira. Terima kasih di atas kasih sayang Mak Uteh kami dapat merasakan perasaan begini.

Seterusnya, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.


*Sumber rujukan :- Wowberita

Sunday, February 13, 2011

Sedikit sebanyak tentang aku (versi tambahan)


Salam kepada semua.

Wah! Semakin menjadi-jadi nampaknya aku mengemaskini blog dengan entri-entri baru. Baru terperasan makin rajin kebelakangan ini. Tahniah untuk diri aku. :)

Ok, tajuk hari ini adalah tentang aku. Aku rasa aku perlu menyenaraikan sedikit sebanyak tentang aku, ada yang pelik, ada yang tak pelik sangat. :D

Ini versi tambahan dari entri sebelum ini, iaitu 'Tag Dari Zaty'.

1. Suka bangun pagi, kemudian tak boleh tidur balik kecuali jika malam tersebut aku tidur lambat sekitar jam 02:00-04:00 pagi.

2. Jika aku suka pada sesuatu jenama, aku akan terus menyelidik tentangnya sehinggalah aku berjaya memilikinya. Contohnya, si comel 'iPod Shuffle' yang dah berjaya aku miliki. Tapi sekarang masih lagi sibuk-sibuk buka laman sesawang 'Apple' juga. :)

3. Aku tak suka melihat sesuatu yang berlanggrana dengan etika manusia. Contohnya, membuang sampah merata-rata. Kalau aku berkesempatan untuk mengutip sampah itu, dan jika keadaan semasa itu tenang sahaja (maksudnya seperti : bukan sampah di tengah-tengah jalan raya yang sibuk), pasti akan aku kutip dan buang di tempat yang sepatutnya.

4. Suka mengambil kira kesan sesuatu tindakan itu dengan berfikir panjang sehingga tiba-tiba aku akan menjadi 'blur'. Ini agak pelik. :P

5. Agak gemar bermuhasabah diri, tapi kadang-kadang, muhasabah sahaja, tiada tindakan. Ini bodoh namanya, haha..

6. Aku suka melihat sesuatu yang tersusun. Kalau aku ada terperasan sesuatu yang tak selari atau tak rata, aku akan menjadikannya selari dan lebih tersusun walaupun ketika di tempat awam.

7. Dokumen-dokumen aku agak tersusun, seperti fail-fail lagu. Tajuk lagu-lagu aku semuanya tersusun. Nak jadi seperti ini memang penat, tapi aku dah terbiasa, maka kurang sedikit penat tu. :)

8. Aku kurang minat berjalan tanpa tujuan. :)

9. Aku mempunyai sepasang saja kasut jalan, iaitu 'Converse All Star' berwarna 'grey'.

10. Dalam hidup aku hanya dalam 2 kali sahaja aku menyambut hari jadi secara majlis besar-besaran di kalangan keluarga.

11. Aku ada parut di dagu dan peha kanan. Ini tanda aku seorang 'gengster', hahaha...

12. Menggemari no 12. Sempena hari kelahiran aku iaitu 12 April 1988.

13. Tangan kanan dan kiri aku tiada sebarang aksesori. Bakal ada jam tangan, penat menunggu duit insurans ni. :(

14. Aku seorang yang tak suka bergantung pada orang lain, ini tertakluk pada keadaan semasa. :)

15. Aku sayangkan semua yang rapat dengan aku.

16. Kadang-kadang aku akan menjadi emosi, tapi bersebab,bukan emosional tak tentu fasal. (Di isi atas permintaan Fahrul Idham)

17. No kegemaran teman wanita, sebab hari jadinya jatuh pada 17 Mac 1988. (Di isi atas permintaan beliau).

18.

19.

20.

Yang baki lagi ni, boleh tak anda senaraikan untuk saya? Biasanya, orang lain memandang kita dengan persepsi yang berlainan, jadi silalah beri pandangan anda. :)

*Pagi-pagi dengar lagu Francisca Peter. Merdu.

Saturday, February 12, 2011

Aku jakun

Salam kepada semua.

Hari ini, aku baru sempat merasakan keenakan menu di restoran 'Subway'. Ok, aku memang jakun, tapi sekurang-kurangnya aku merasa juga. :)


Menu : Subway® Melt

*Selesai membeli PC untuk seorang sahabat. :)

Friday, February 11, 2011

Cerewet

Salam kepada semua.

Hari ni hari Jumaat. Seperti biasa, hari Jumaat ni istimewa sikit. Selain daripada adanya solat Jumaat yang diwajibkan bagi setiap mukmin, aku merasakan hari Jumaat ni selalunya panas, tak seperti hari biasa. Itu yang aku rasakan, tak tahu lah kalau anda semua rasa lain. Ok, aku bukan nak bercerita tentang hari sebenarnya. Aku nak cerita tentang perkara lain.

Cerewet. Kenapa dengan cerewet ni? Cerewet bukanlah sejenis makanan, atau minuman, ataupun seekor cacing bernama cerewet. Cacing biasanya dipanggil cacing kerawit. Oh, tersasar lagi. Ok, begini. Aku memang cerewet. Tapi bukan dalam segala hal. Aku cerewet bertempat. Dan rasanya tak sampai menyusahkan orang lain.

Aku cerewet dalam hal pemilihan makanan. Ni paling ketara. Aku makan semua benda yang halal, dan yang mudah didapati, dan semestinya belum tamat tempohnya. Kalau dulu-dulu, setiap kali keluar makan dengan si dia, pasti kami akan memilih tempat makan. Kononnya inginkan kelainan, ingin merasa makanan di kedai-kedai berlainan. Akhirnya sampai ke hujung semester, muka kami ni juga yang selalu bersedekah di mesin wang restoran 'Nasi Lemak Cinta Sayang'. Banyak kali juga macam tu.

Kacang tanah adalah satu daripada beberapa jenis makanan yang aku tak makan. Tiada penjelasan yang betul-betul tepat kenapa aku bertindak sedemikian, tapi yang penting memang aku tak makan kacang tanah. Walaupun digoreng, tetap tak mahu. Sebenarnya aku terpanggil untuk membuat entri ini disebabkan mak cik si dia ada membuat lauk kacang sambal bilis. Nampak sedap, tapi tekak aku pasti akan menolaknya. Bukan rezeki aku. Haih.

Tentang hal lain iaitu membeli-belah. Hal ini memang aku sangat cerewet. Kalau boleh, aku akan berada di sesuatu kedai untuk jangka masa yang panjang hanya untuk memilih sesuatu barang sahaja. Ok, jujur cakap, perempuan pun kalah dengan aku. Tak percaya boleh bertanya kepada Cik Nur Hazwani. Dia dah faham sangat dengan perangai aku. :P

Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku ni, bukan aku mengalami kecelaruan identiti. Aku pelik sebab terfikir yang kadang-kadang perasaan (mood) aku senang berubah-ubah. Oh, mungkin aku ada 'split personality'. Siapa tahu. Ah, mengarut lagi. Sebelum aku mengarut lebih banyak, lebih aku aku tamatkan entri hari ini di sini.

Aku perlu mengulangkaji pelajaran sedikit, lupa pula malam ni ada 'Test 1' bagi subjek 'Dynamics and Vibration'.

Jumpa lagi. :)

*Untuk entri seterusnya, mungkin aku akan bercerita tentang hobi aku yang pelik. :P

Wednesday, February 9, 2011

Percubaan 'tanda air'

Salam kepada semua.

Kali ini, ya betul, untuk kali ini,tiada lagi entri emosi yang mengarut. Cuma ingin mencuba 'tanda air' yang baru dihasilkan sebentar tadi. Ok, lihat gambar di bawah. Ringkas saja, janji apa yang aku cuba sampaikan melalui 'tanda air' ini tercapai, iaitu tanda hak milik. Oh, terasa 'poyo' di situ. Apa-apa pun, sila lihat dulu, dan sila komen juga.


'Tanda air' atau lebih dikenali denggan nama samaran 'Watermark'. :D

Ada nampak tanda air di tepi tu?
Model - Faiz Syazwan & Aizat
Lokasi - Depan rumah kampung


*Selesai meng'install' 'Ubuntu' di komputer riba pak cik si dia.

Ku harap kau bahagia


Salam kepada semua.

Selama ini, aku membawa bersama diriku satu bebanan, iaitu perasaan bersalah di atas tindakan diri aku. Aku juga tak pasti sama ada tindakan aku itu betul atau salah. Aku cukup pantang bila soal-soal berkaitan perasaan. Perasaan itu satu benda yang subjektif, tidak boleh diukur, tidak boleh dikenalpasti dengan tepat melalui tindakan. Ada orang boleh menyembunyikan perasaan, contohnya adalah seperti diri aku ini. Ada juga yang tidak boleh melakukannya malah terpaksa menzahirkan perasaan itu menerusi tindakan yang kebanyakannya tidak munasabah, seperti orang tidak berakal.

Bebanan ini sering menghantui diri aku.

Malam ini, ia pergi begitu sahaja. Terbang entah ke mana, sedikit demi sedikit. Kelegaan sedikit terasa di hati, namun ada juga keperitan yang tertanam di dasar hati. Kasih sayang itu ditanam sejak bertahun lamanya, dari 2006 sehinggalah aku menurut kata-kata orang tua ku. Tinggalkan dia demi masa depan, demi keturunan/zuriat yang sihat dan demi segala-gala yang akan lenyap jika aku bersama dia.

Adakah begitu mudah untuk meninggalkan seseorang secara mendadak setelah kasih itu bertaut bertahun lamanya? Tidak mudah.

Fikir konsekuensinya, teruk atau tidak. Aku tidak berjiwa waja untuk bercakap secara depan. Lalu pilihan sebagai pengecut itu menjadi jalanku. Kenapa begitu? Untuk menjaga hati dua pihak, itu amat payah.

Aku mendiamkan diri untuk kesekian lamanya. Dia tidak menghubungi aku, aku tidak menghubunginya. Mungkin itu penghujungnya, fikirku.

Curang adalah perkataan yang aku paling benci mendengarnya. Aku tidak curang, aku cuma bertindak menjadi pengecut, melarikan diri dari sesuatu perhubungan yang tidak pernah bersalah, tidak ada pergaduhan, tidak ada syak wasangka, atas dasar masa depan.

Dia ada 'Facebook', aku terjah melalui profil adiknya. Aku tatap setiap satu entri-entri si dia.

Nah! Itu dia, mungkin pernah berada dalam jangkaan aku, tetapi aku selalu menidakkan jangkaan ini.

Dia menjalin hubungan dengan insan lain, sedangkan ada juga dia menghubungiku mengatakan ingin ke Kuala Lumpur, berkerja di sini. Aku ini apa? Tempat mengadu dan menjadi teman lelaki sementara di saat dia keseorangan? Ptuihhh.

Aku tak menyalahkannya, kami masing-masing salah.

Hidupku kini lebih meriah, aku punya ramai insan rapat di sekeliling.

Maafkan aku kerana pernah menjadi seorang yang pentingkan diri. Tapi itu pilihan yang tepat bagiku, menghindari penyakit 'Talasemia' daripada menjadi warisan zuriat keluargaku. Keputusan ini kejam, aku juga tak suka pada keputusan ini. Bodoh.

Maafkan abang ya Sue.

Semoga Sue bahagia juga.

Hilang beban, mulakan hidup tanpa rasa terbeban dengan perasaan bersalah ini. :)

*Muse - Fury.

Monday, February 7, 2011

Hari ini di sini, esok sudah tiada lagi

"Here Today, Gone Tomorrow"

Oh oh oh, oh oh oh
I love you
Oh oh oh, oh oh oh
I love you
I do, I do

But I told her why we just can't make it
I want you still but just can't take it
The time has come we oughta break it
Someone has to pay the price

Oh oh oh, oh oh oh
It's over
Oh oh oh, oh oh oh
It's true, it's true

And I think of times we were together
As time went on it seemed forever
But times have changed
Now things are better
Someone had to pay the price


Dengar di sini :-
The Ramones - Here Today, Gone Tomorrow.