Thursday, March 17, 2011

Selamat ulangtahun hari jadi sayang

Salam kepada semua.

Aku kembali lagi untuk menaip entri istimewa pada hari ini. Tepat pula pada jam 00:00 pagi, pada tarikh 17 Mac 2011. Untuk insan tersebut, hari ini adalah hari kelahirannya ke muka bumi ini pada 23 tahun yang lalu iaitu 17 Mac 1988.

Baru siang tadi aku bertemu dengannya untuk meraikan hari jadinya dengan makan tengahari bersama-sama di 'Temptations Restaurant' di Hotel Renaissance. Pertama kali aku makan di hotel bersama-sama dengan yang teristimewa. Terima kasih kepada Mak Uteh kerana memberikan kami peluang ini. Atas tajaan beliaulah kami dapat merasai keenakan makanan di restoran tersebut. Makanan mereka, boleh tahan, sedap juga. Kami mengambil pelbagai jenis makanan yang enak-enak. Takut rasanya berada di restoran mahal seperti ini. Nak ambil banyak pun rasa takut, maklumlah, dengan berpakaian biasa saja, bukan etika berpakaian seorang 'VVIP' mahupun 'VIP'. Jadi, rasa malu itu tetap wujud di dalam hati. :)

Kami mengambil makanan, dan makan sehingga habis. Kemudian, si dia mengambil pula aiskrim dan juga roti + 'marshmallow' + buah anggur bersalutkan coklat, dan juga sedikit pati buah strawberi. Semuanya enak. Oh, terlupa saya. Pada saat si dia mengambil makanan, seorang staf restoran telah datang kepada aku dan memberi kad untuk diberikan kepada si dia. Amanah yang telah diberikan oleh Mak Uteh kepada staf itu. Aku mengambilnya dan terus menyembunyikannya di dalam beg. Aku terus berlakon biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ku perhatikan si dia, gelagatnya membuatkan hatiku sejuk.

Tiba saat yang dinanti, aku menghulurkan kad tersebut kepadanya. Dia terkejut, dan tersengih-sengih malu. Dengan tidak semena-mena terpasang lagu 'happy birthday' di dalam restoran tersebut. Aku katakan lagu tersebut untuknya, dia tidak percaya. Sampailah saat seorang staf datang membawa kek coklat siap dengan lilin ke arah si dia. Terkejut si dia. Aku dapat rasakan dia juga 'speechless'. Aku gembira melihat dia begitu. Walaupun hari jadinya jatuh pada hari ini, kami menyambutnya lebih awal, memandangkan aku perlu pulang ke kampung halaman pada pagi hari ini. Kemudian, ada seorang abang yang makan di sebelah kami menawarkan diri untuk mengambil gambar kami berdua. Baik hati juga abang sebelah kami ni. Aku juga rasa abang tersebut tidak menjangkakan perkara tersebut bakal berlaku, maklumlah, pada saat makan tengahari pula tu. Namun segalanya telah berlaku bukan, maka haruslah berasa gembira. Yeah!

Akan aku muat naik beberapa gambar yang sempat diambil. Biarkan gambar-gambar tersebut berbicara.











9 comments:

arriefa said...

best + sweet :) kem slm kt wani n wish her hepi beday. iefa da wish kt wall die, sj soh wish lg :) hehe

Faiz Syazwan said...

hehe..ok,nanti faiz wishkan banyak2 kali ok,hehe..:)

Ash said...

romantik bukan main encik faiz dgn gf..happy birthday to her :)
semoga bahagia~~

Faiz Syazwan said...

ash - thanks..hehe..insyaAllah akan berkekalan..:)

nurhazDV said...

malunyee...

Geez.J said...

Alhamdullilah....mak uteh sgt berbesar hati dan gembira melihat kegembiraan yg terpancar diwajah kali berdua...minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa diatas kesibukkan kerja dan semuanya mak uteh lakukan dengan pantas dan juga dgn kerjasama yg diberikan oleh pekerja hotel. Tiada apa yg dapat mak uteh berikan selain sedikit dari apa yg termampu dan semuanya mak uteh lakukan demi kasih sayang mak uteh terhadap kalian berdua... Kegembiraan kalian berdua adalah kebahagiaan mak uteh dan doa mak uteh semoga satu hari kalian berdua bertemu jodoh...insyaALLAH....salam sayang untuk kalian berdua.....

Faiz Syazwan said...

nurhazdv - hehe,malu ke?tp best kan?hehe..:)

mak uteh - terima kasih byk2 mak uteh,smpi skrg msih terbayang2 lg saat2 tu,hehe..moment yg indah bersama..insyaAllah ada rezeki kami akan bersatu jua..:)

nurhazDV said...

hehe..malu lagi bace komen mak uteh...

Faiz Syazwan said...

hehe..xyah malu2..mak uteh kan doakan kita tu..:)