Wednesday, August 5, 2009

Mansuhkan ISA

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, syukur kerana aku masih lagi di beri peluang untuk hidup di muka bumi ini, masih lagi di beri peluang untuk beramal, masih berpeluang untuk menjadi khalifah di muka bumi ciptaan Allah S.W.T.

Malam tadi, aku mengikuti usrah seperti biasa. Memang setiap hari Selasa, aku akan mengikuti sesi usrah bersama rakan-rakan usrah yang lain, rata-ratanya adalah rakan-rakan di UiTM dan juga MSU (PTPL). Malam tadi, kami berkesempata
n membincangkan mengenai Tauhid. Seperti biasa, kami akan berkumpul di Surau MAIS, berdekatan dengan McD di Seksyen 3.

Di akhir perbincangan, sempat juga kami berbual-bual. Mendengar cerita Abang Khairul (Naqib), yang turut serta di dalam demonstrasi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Aku juga berminat untuk menyertainya, tapi apakan daya, buat masa ini aku tidak boleh suka-suka untuk aktif, kerana masih lagi dalam tempoh penyembuhan.

Selama ini, jika ada demonstrasi, pasti akan ada pihak FRU yang akan bertindak menembak peserta dengan gas dan juga 'Water Cannon'. Tapi yang memeranjatkan aku ialah, gas yang mereka lepaskan bukanlah sembarangan gas. Menurut apa yang Abang Khairul beritahu, gas tersebut boleh menyebabkan kepedihan pada kuli
t. Aku pasti gas tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan radiasi pada kulit. Malahan, hendak bernafas juga susah jika terkena.

Kemudian, 'Water Cannon'. Aku jangkakan ianya hanyalah tembakan air dengan kelajuan yang tinggi, namun ternyata salah tanggapan juga. Air yang
di lepaskan juga mengandungi bahan kimia. Ada antara peserta yang terdiri di kalangan warga tua juga tidak terkecuali dari terkena bahana gas dan juga 'Water Cannon' tersebut. Jadi, semua yang terkena pasti akan berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri. Menurut Abang Khairul lagi, ada juga peserta yang muntah setelah terkena bahan kimia tersebut.

Di sini, aku berfikir tentang tindakan kejam oleh pihak FRU, yang mana kini merupakan antara senjata kerajaan untuk menegakkan benang yang basah. Pada awalnya, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, yang bermaksud tidak akan ad
a sebarang rusuhan. Tetapi, yang menyebabkan ianya kelihatan seperti rusuhan ialah kerana pihak FRU yang bertindak menyerang para peserta. Sekarang, kita akan nampak, yang mana salah, yang mana benar.

ISA, sejauh mana ianya berfungsi dalam menegakkan keamanan dalam negara. Aku sedar kerajaan menjadikan ISA sebagai senjata utama mereka untuk menyekat sebarang tindakan oleh individu atau organisasi yang di fikirkan menentang kerajaan. Adakah perlu menahan seseorang, kemudian mereka tidak di berikan pe
luang untuk memebela diri mereka, tanpa peguam, tanpa mahkamah.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum sesama manusia agar menetapkan dengan adil..." - Surah An-Nisa, ayat ke-58.


Kenapa mesti wujudnya undang-undang manusia yang menafikan hak asasi individu?

Perlukah semua ini? Tak cukup lagikah dengan sistem penjara yang kita ada?

MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING!


4 comments:

fareast said...

Sampai macam tu sekali ke? terima kasih info, teruk jugak, aku baca berita tak la keluar sampai macam ni. Ni mungkin pengalaman orang yang menyertai.

Insyaallah kalau aku ada kat Malaysia aku pun akan join jugak. Haha...

Faiz Syazwan said...

haha..jgn harap la nak keluar semua kat dlm berita..bila kita merasainya,baru kt taw kan..

klu ada demo lg,then ko ada kat mesia lg,kt g la sama2..

ingat,yang hak,itu hak,tetap kita perjuangkan..yang batil itu tetap batil,dan mesti ditentang..:)

panggil aku shEh said...

aku tak rase kena mansuhkan isa
dgr dr ape yg ko cakap dgn segala gas n water cannon tu mmg xpatut.

tapi pkir sendiri la..
aku tak nafikan mmg ianya senjata kerajaan tp aku xpikir korang(aku rse ko mmg anti-kerajaan)yg buat demonstrasi skadar nk luahkan perasaan yg membabi buta, xde asal usul periksa sangat tak berhemah tindakannya!
Bg aku, dmnstrasi utk mnsuhkan isa xpadan dgn ape yg korg dpt!

knpe nk mansuhkan isa?
memindanya adalah yg terbaik!

korang juz mnntang ideologi kerajaan bukan isa jika diperhalusi!
lu pikirlah sendiri!
PEACE..hehe

Faiz Syazwan said...

sheh,tahu x bape lama dah mereka2 ni perjuangkan mansuhkan ISA?

sejak 2002,sejak dr tu,mcm2 dah buat,nak buat debat,kena tolak,dah buat rayuan,kena abaikan..

so,ada tak cara lain lagi yang boleh kt wat biar kerajaan sedar?ada x?

kalau ada,cuba cakap..tak kan nak bunuh dorg?nak letupkan diri dkt menteri2 tu?mcm yg pelampau selalu buat?

ktrg pun dah penat dengan semua dalih2 kerajaan ni..cara terbaik ialah buat demonstrasi,bukan rusuhan..

harap dengan sedikit penjelasan ni,sheh akan paham ok..insyaAllah..

klu nak lg detail,boleh tgk blog ni..

http://lailagmi.blogspot.com/