Saturday, January 30, 2010

Akhirnya aku rebah jua

Salam kepada semua.

Sudah hampir sebulan aku menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam. Banyak subjek baru yang aku pelajari. Banyak juga 'assignment' yang diberi. Begitu juga dengan 'test'. Baru malam tadi aku mengambil 'test' Basic Mechanics. Ini kali ketiga aku mengambil subjek 'Basic Mechanics'. Harap-harap pada semester ini, aku dapat lulus dengan jayanya. InsyaAllah.

Kenapa tajuk entri aku seakan-akan pelik pada kali ini?
Betul, aku rebah jua pada hari itu. Secara tepatnya,2 hari lepas. Kenapa? Kerana PTPTN aku. Oleh kerana setiap hari aku memeriksa akaun Bank Islam secara talian (online banking), tiada amaun yang sepatutya yang terisi di dalam akaunku, aku telah berjumpa dengan pihak yang sepatutnya.

Seperti yang sedia maklum, PTPTN telah menahan pinjaman pelajaran aku pada semester 3 (semester lepas) kerana CGPA yang rendah, iaitu di bawah 2.0. Aku hidup macam, 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Ditambah dengan aku kini menetap di rumah sewa. Paling kurang perlu ada RM100 untuk membayar sewa sebulan.

Tujuan aku berjumpa pihak berkaitan untuk bertanyakan status sebenar pinjaman aku. Ianya sangat musykil. Rakan-rakanku telah mendapat pinjaman mereka pada awal semester. Hingga kini aku tidak menerimanya lagi. Bayaran yuran juga belum dilunaskan dengan harapan PTPTN akan membayarnya. Namun, aku hampa jua. Pihak berkenaan memberitahuku, pinjaman aku akan ditahan lagi pada semester ini. Sebabnya, aku telah mengambil Cuti Khas pada semester 2 berikutan kemalangan yang menyebabkan aku menjadi kurang upaya sementara.

Tahu apa yang aku fikir? Aku terasa seperti ingin mencari orang yang telah melanggar aku, aku nak sepak terajang kuat-kuat. Aku dah tak sanggup terseksa lagi. Menyusahkan keluarga. Dah cukup aku menyusahkan keluarga. Sedih tak terkata. Terpaksa juga menelefon mak, memberitahunya mengenai perkara ini. Mm...

Terfikir ingin berhenti belajar setelah sejauh ini. Aku dah tak tahan lagi. Rakan-rakanku juga risau. Aku memberitahu Along tujuan aku untuk berhenti belajar. Along membantah. Sekarang ni macam mana?

Biarlah aku terus rebah.




11 comments:

Ash said...

Faiz, sabar la. Allah duga mesti ade hikmah jugak akhirnya...Semua yang tuhan buat mesti ade hikmah jugak kan?? maybe kita tak nampak lagi skrg ni.

Faiz Syazwan said...

mm,skrg dah ok sket,cuma mcm xleh terima gak la..dah lm sgt x down camni..tp skrg tgh cuba deny sumenya..nak think from the brightside..

hidup mmg camni kan..faiz akan terus tersenyum dlm kesedihan..:)

Afia said...

aku nak nangis la

Faiz Syazwan said...

silakan ye..hahaha..teruskan senyum,wlupun sedih..pedulik ah..hahaha..

IMANSHAH said...

Senyum jangan tak senyum...pahit akan manis akhirnya!!

awan said...

sabar itu magic~~ Allah xkan mnduga hmbanya lbih drp kmampuan hmbanya. :)

khayze said...

sabar byk2 la faiz ye..

just jgn give up belajar. kita susah2 dulu, senang2 kemudian.

xpernah x merasa down n stress dlm hidup ni. itu lah life kan.

kuatkan semangat ok!

Faiz Syazwan said...

imanshah - betul,terpaksa senyum dulu..insyaAllah yg aklan dtg ni lebih baih dr sebelumnya. :)

Faiz Syazwan said...

iman - sabar itu separuh dr iman. Sedang cuba adapt diri dgn keadaan ni..insyaAllah everything will be fine..:)

Faiz Syazwan said...

khay - I'll try my best to control my life..life is art..hehe..hope that i can make it right thru it.

flovatedz said...

be strong bro!!
dugaan..dugaan..dugaan..