Friday, January 7, 2011

Awak, selamat datang ke Shah Alam!

Salam.

Selamat hari Jumaat. Baru sahaja menunaikan solat Jumaat. Terasa sedikit mengantuk.

Oh! Lupa pula, hari ini si dia datang ke Shah Alam untuk berjumpa dengan penasihat beliau di fakulti. Seawal jam 7:00 pagi aku telah menjemputnya di seksyen 2. Kemudian bersarapan di tempat makan yang penuh nostalgia, tak lain tak bukan semestinya di Nasi Lemak Cinta Sayang.

Kemudian aku terpaksa ke kelas pada jam 10:30 pagi. Kelas Bahasa Jepun tahap 3. Kelas bahasa memang aku tak akan ponteng, bahaya. Kelas yang hanya seminggu sekali adalah sangat-sangat dilarang untuk memontengnya. Eh? Betul ke ayat tu? Jadi, silalah hadir ke kelas seperti itu.

Tengahari tadi, makan di kedai Ayam Penyet Wong Solo. Saja ingin membawa si dia merasakan menu dia sana. Sedap, tak rugi mencuba resepi di sini. Harganya mungkin agak mahal, tapi berbaloi juga. Kesian melihat dia menahan kepedasan sambal. Aku tersengih. Comel. :)

Petang ini, aku perlu menghantar si dia ke fakulti. Kemudian, kemungkinan besar kami akan ke Sungai Buloh. InsyaAllah.

Dah mengantuk, ingin berehat sebentar.

Di kedai Ayam Penyet Wong Solo

*Dah dekat 3 hari, dompet masih belum kering sepenuhnya.

6 comments:

nurhazDV said...

updte blog...camne nak rehat...hehe

erima kasih wat entry khas nih..tak sangke..
sy chumil ea?hehe..
tp gmbr ni tak vogue la...heheh..

luv u si dia...

Faiz Syazwan said...

si dia awk tu sape ek?grrrrr....

Anonymous said...

bercintan cintun pulak. haha

nurhazDV said...

tak...luv u...si dia...(berbalik pada diri sendiri..)hehe

Faiz Syazwan said...

k-own - haha,sekali sekala,mcm ko gak kan,hehe..

cik dv - hehe..mn leh cam2..kne la luv insan lain..mcm sy ke..:P

Ibrahim Ismail said...

Merindui Shah Alam & Nasi Lemak Jati.