Seperti biasa, aku akan bangun awal di pagi hari, dan selesai sahaja solat Subuh, memang amat payah untuk melihat aku tidur semula. Aku tak biasa tidur selepas Subuh jika berada di tempat orang, contohnya ketika di rumah sewaku di Shah Alam, atau di mana-mana rumah orang lain. TETAPI, aku akan tidur selepas Subuh jika berada di rumahku di Batu Pahat. Perasaan itu lain sebenarnya jika berada di tempat orang. :D
Sebenarnya ayat yang aku taip panjang-panjang di atas ni cuma nak menjelaskan keadaan pagi hari yang sungguh nyaman. Sekarang, aku berada di Sungai Buloh, menumpang di rumah Mak Ngah kepada teman wanitaku. Hari ini, ada menu istimewa yang akan dibuat oleh Mak Ngah, iaitu laksa. Sama ada Laksa Penang atau Laksa Johor, itu aku belum pasti. Pasti teruja untuk merasakan laksa ini. Saya suka!
Oh ya, bermulanya semester baru, semua pun berubah. Paling ketara sekali adalah waktu tidurku. Kini, aku sering tertidur awal. Niat untuk tidur sebentar bertukar dengan tidur yang lama sehingga 6-7 jam. Itu aku tak berapa kesal. Yang paling mengecewakan aku ialah, aku terlupa untuk Solat Isyak. Serius aku benci bahagian ni. Hari-hari muhasabah diri, tak nak tidur awal dengan tujuan ingin Solat Isyak dulu. Tapi tak mengapa, dengan kewujudan entri ini, pasti aku akan ada lebih dorongan untuk melakukan Solat Isyak di awal-awal waktu, agar aku tidak akan meninggalkan kewajipan ini lagi. Dalam sehari, aku akan pastikan aku berjaya memenuhi kelima-lima waktu. Yakin!
Anjakan memang perlukan keazaman. Azam yang kuat pasti akan membentuk kita mengikut apa yang kita hajatkan. Memang susah, tapi ianya boleh dilakukan. Yakin pada pertolongan Allah, yakin pada diri. Pasti akan dipermudahkan.
Jadi, bagi yang asyik bertukar-tukar azam baru di tahun baru ni, jangan sekadar berazam saja, lakukannya.
'Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang'.
Sekarang, semakin giat merancang ekonomi. Awal-awal lagi aku sudah mengasingkan duit sewa untuk setahun (12 bulan). Ini perlu kerana duit sewa rumah perlu dibayar pada setiap awal bulan. Aku tak nak meminta-minta dari kedua orang tuaku. Aku faham mereka perlu membayar macam-macam lagi. Jadi, wang perbelanjaan aku telah tinggal sekitar RM2000 setelah ditolak duit sewa + bil air + bil api + bil internet untuk setahun iaitu lebih kurang +-RM1000.
Jadi, setiap penggunaan duit akan aku catit di dalam sehelai kertas (kini sudah jadi 2 helai) untuk menunjukkan ke mana wang aku dihabiskan. Memang aku mempunyai sumber tambahan, iaitu duit insurans. Tapi jika terlalu mengharap duit tersebut, susah juga. Sehingga kini, masih belum ada panggilan dari pejabat peguam. Aku tak pasti bila akan dapat duit tersbeut. Dengan tidak terlalu mengharap, aku mencari alternatif lain untuk melakukan penjimatan. Bak kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'. :)
Baiklah, setakat ini saja entri kali ini. Entri seterusnya mungkin adalah soalan-soalan yang telah di'tag' oleh sahabat 'blogger'.
*Edward Sharpe & The Magnetic Zeros - Home
2 comments:
if mcm tu....lepas azan je terus solat ea..
hehe..betul la,mmg susah nk beranjak..tp xpe,yakin2..pasni kne praktikkan solat di awal waktu..
Post a Comment