Salam kepada semua.
Alamak, baru perasan yang blog ni dah lama tak mempunyai entri baru. Gara-gara asyik keluar merayap dan bermain 'game' di 'Facebook' menjadikan aku leka. Tapi hari ni aku akan buat juga entri. Boleh juga berkongsi apa yang aku fikirkan, betul tak?
Ok, macam ni. Aku memang meminati jam jenama Casio dari dulu lagi. Secara spesifiknya ialah jam Casio G-Shock. Rekabentuk jam ini dari dulu sehingga kini memang mantap. Terbaru, telah keluar model Casio G-Shock GX-56. Rekabentuknya menarik, dan warna-warnanya juga sangat menarik. Aku ada juga menyelidik harga pasaran di beberapa laman web, terutamanya di lelong.com.my, di mana terdapat banyak model jam G-Shock ini berserta harganya. Kita lihat dulu model jam ini.
Harga jam ini secara rasmi adalah RM529. Tapi mungkin harga ini akan berbeza mengikut kedai jam. Bagi yang menggemari 'online shopping', bolehlah melawat akaun lelong Davis di 'DAVIS ONLINE STORE' yang melakukan penjualan pelbagai aksesori termasuk jam dengan harga normal.
Apa yang aku perhatikan, terdapat beberapa model jam G-Shock yang dikeluarkan mengikut tema. Bagi model sebegini, harganya mungkin berbeza dengan harga normal, sangat jauh berbeza, mungkin sehingga 50% harga asal. Biasalah tu, adat berniaga. Yang terhad pasti akan mahal harganya. Jadi, anda haruslah menjadi pengguna yang bijak. Jangan jadi malas untuk memasuki kedai dan melakukan 'window shopping' bagi mendapatkan butiran harga jam di sesebuah kedai. Ini penting bagi menjimatkan kos membeli jam.
Berbalik kepada jam G-Shock di atas. Aku akan senaraikan nama model di atas.
1. CASIO GX-56-1A (Red Black)
2. CASIO GX-56-1B (Beige Black)
3. CASIO GX-56-4 (Orange Black)
4. CASIO GX-56DGK (Purple Black)
Model yang berwarna 'purple black' (CASIO GX-56DGK) adalah terhad, jadi harganya mungkin lebih mahal.
Aku sangat ingin memiliki jam ini. Bukan untuk memiliki semua, hanya seutas sahaja. Yang berwarna 'red black' itu. :)
Cepatlah sikit duit insurans masuk. Tak tahan dah ni.
*Sedang mendengar Daft Punk - Derezzed.
8 comments:
sy pun taktahan nih...cepat la duit insurans masuk...
haha..sengal la u ni..ap lak yg u x thn ni?
u tahu la ape yg i tak tahan kan..hakhak
ap yg u x thn?kne gtaw ni,hehe..
Daft Punk - Derezzed?
haaha. terbaek. tanpa cakap banyak :D
haha..kan2..daft punk mmg terbaik dlm kelasnya,hehe..
baiklah, nanti kalau mak uteh ada lebih budget mak uteh belikan yer...
eh,xpela..x perlu..faiz leh kumpul wet sndiri..xkn nak sshkan mak uteh plak kan..mahal lak tu benda ni..x sedap la kan..xpe2..faiz leh usaha sndiri..:)
Post a Comment