Thursday, April 23, 2009

Digimon

Salam kepada semua.

Berbalik kepada tajuk, pasti sudah ramai dapat menduga apakah isi entri aku pada hari ini. Jom kita lanjutkan.

Digimon?

Ah? Apakah itu digimon?

Aku pasti kawan-kawan pernah mendengar perkataan ini, tapi disebabkan hampir 10 tahun tidak mendengarnya, mungkin ada yang lupa. Tapi, aku jamin, ramai yang masih mengingatinya.

Digimon ni sebenarnya singkatan kepada Digital Monster. Fenomena digimon telah melanda negara kita sejak tahun 1998. Semasa taufan digimon sedang melanda, ketika itu aku masih lagi di menuntut di darjah 4 sekolah rendah. Di televisyen juga, telah disajikan dengan iklan digimon, dan tidak lupa juga cerita berkenaan digimon iaitu Digimon Adventure 01.

Digimon pada masa itu juga telah didatangkan dengan digimon device. Objek berupa seakan-akan tamagotchi. Kelebihan digimon device ini, ianya membolehkan kita bertarung dengan pemilik digimon device yang lain. Bagaimana untuk bertarung? Senang sahaja, cuma sambungkan soket yang terdapat di bahagian sisi digimon device tersebut kepada digimon device yang lain.

Sebelum bertarung, anda perlu membela dahulu seekor digimon pet anda. Berikan makan yang secukupnya, berikan latihan, dan tunggu digimon pet anda berevolusi. Antara yang terkuat pernah aku berjaya dapatkan untuk digimon pet ialah greymon dan juga garurumon. Tapi, sukar untuk mendapatkan kedua-dua digimon pet ini. Penjagaan rapi diperlukan untuk mendapatkannya.

Kami pada masa itu, sering membawa digimon device ke sekolah, dan bertarung bersama rakan-rakan. Dan cuba teka, apakah helah yang membolehkan digimon anda menang? Gunakan objek besi seperti duit syiling, dan digosokkan ke connection panel, jadi digimon pet anda akan menang (kebanyakan keputusan adalah positif, walaupun sesetengahnya negatif).

Digimon device juga telah berevolusi juga. Jom kita lihat.

Aku semakin merindui digimon, kenapa?

Hampir sepuluh tahun aku tak memegang digimon device. Sebabnya kerana ianya sudah hilang. Buku panduan juga sudah hilang.

Owh, kenapa aku berkelakuan seperti budak-budak?

Siapa yang tak suka zaman kanak-kanak mereka, sila angkat tangan. Kalau ada, memang hipokrit yang teramat sangat lah, haha…

Dan aku sedang berusaha untuk mendapatkan digimon v1, di forum Lowyat.net., dan berharga RM50, original BANDAI.

Juga, aku telah memesan digimon kepada rakan-rakanku yang berada di Jepun. Oh, dapatlah merasa gadget fresh original dari Jepun. Lain perasaannya jika kita mendapatkannya dari sana (Jepun). :-P

Oh digimon, nantikan aku menjadi tuanmu. Hehe…

Tuesday, April 21, 2009

Blog Walking Spree

Salam kepada semua.

Apakah itu 'blog walking'?

Ha,senang cerita, 'blog walking' bermaksud, melawat blog siapa-siapa sahaja, dan jangan lupa meninggalkan komen anda sama ada di entri, cbox atau pun shoutmix.

Ha,betul lah kot definisi aku ni, kalau salah pun tak apa lah, bukan penting sangat, janji aku faham maksudnya. Jadi, dipendekkan ceritanya, hari ini, aku telah merajinkan 'blog walking' ke blog-blog orang. Destinasi pertama ialah blog Adzfar (http://blog.adzfar.com/), iaitu rakan blogger yang aku kenali di pertandingan mainkata.

Bermula dari blog beliau, aku telah mengklik setiap satu nama blogger yang meninggalkan komen di shoutmix blog beliau. Lalu, berlakulah 'blog walking' spree. Hehe...

Aku mendapat ramai kawan, maklumlah, aku baru memulakan 'blog walking'. Sebenarnya dah lama aku tahu mengenai perkara 'blog walking' ni, iaitu dari Eym.

Seronok rasanya, kerana selain mendapat rakan-rakan blogger yang baru, aku juga berpeluang membaca entri-entri yang memberikan kepuasanku membaca. Sebagai contoh, di blog Mahira (http://mahirahabd.blogspot.com/), aku telah menjumpai satu entri yang mempunyai gambar 'cupcake' yang mempunyai patung 'Pooh' jika tak silap aku. Sangat comel kerana buah hatinya yang menghadiahkan kepadanya. Bila agaknya akan tiba masanya aku untuk berbuat begitu? Hehe...

Kemudian, aku berkenalan pula dengan seorang blogger dari Terengganu, iaitu Tieha (http://nurfad.blogspot.com/). Sempat juga berborak melalui shoutmix, tetapi kerana leceh, kami telah menggunakan YM setelah Tieha berjaya men'add' aku di dalam YM nya. Banyak juga yang dibualkan, antaranya mengenai list lagu yang popular masa sekarang. :-)

Jadi, dengan ini, aku akan menjadi 'blog walker' yang hebat. Hehe..

:-)

Rahsia Di Sebalik Jenis Darah

Salam kepada semua.

Hye kawan-kawan, entri kali ni agak istimewa sed
ikit, kerana memberi info tentang jenis darah kita. Aku telah menemuinya di salah satu blog, iaitu kepunyaan saudara Budhi (http://bjue.blogspot.com). Setelah menerima izin, barulah dapat aku mengedarkannya kepada anda semua. :-) Terima kasih saudara Budhi!

Hmm, mesti kawan-kawan pernah tertanya apakah rahsia darah yang kawan-kawan miliki. Jadi, mari kita menyelidik rahsia-rahsianya melalui laporan d
i bawah ini. Layan, zass...


Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.


* JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha
untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.



* JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga g
emar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang
ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang ter
abai.


* JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan and
a. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah
bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


* JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Monday, April 20, 2009

Bermain-main bersama 'brute' anda

Salam kepada semua.

Semalam, setelah mendapat jemputan dari sahabatku yang bernama Isa, aku telah menyertai permainan yang diberi nama Mybrute.
Permainan yang agak comel, dari satu sudut, tetapi tak comel kerana melibatkan battle antara karekter. Tak kisah lah, janji karekterku di dalam Mybrute sangat-sangat comel. Karekterku diberi nama 'proceez' sebagai mewakiliku di dalam alam maya tersebut.
"PROCEEZ"
Di atas ini adalah karekterku, ber'style' martial art. Beliau telah mempunyai sebanyak 3 item, iaitu shuriken (senjata ninja), tulang besar, dan juga bebola besi yang berduri. Setakat ini, beliau tidak mempunyai sebarang teknik istimewa. Tidak sesuai untuk serangan berdekatan musuh.

Owh ya, kawanku Isa yang telah menjemputku bermain permainan ini mempunyai karekter bernama 'Nantat', iaitu master kepada karekterku. Karekter beliau telah berjaya dikalahkan oleh karekterku. Sepanjang perlawanan, karekterku telah kalah sekali. Dan sekarang karakterku telah menaiki level 3.

Selain itu juga, karekterku telah mempunyai seramai 6 orang murid baru. Mereka ialah DEHEIpMan, pa1wn, bubunoi, rexef, zz8289 dan juga spykid.
Jadi, apa tunggu lagi, join sekarang permainan ini di http://proceez.mybrute.com/ Tidak perlukan yuran pun, percuma saja. :-)

Saturday, April 18, 2009

The Times They Are A-Changin

Salam kepada semua.

Ha, di bawah ni merupakan lirik lagu dari Bob Dylan, lagu ni agak sedap di dengar. Dan lagu ni telah menjadi antara lagu kegemaran aku, hehe... Lagu ni telah dihasilkan pada tahun 1962, dan juga penah mencetus kontroversi di USA. Cubalah mendengarnya jika anda berpeluang. Dengan lagu ini, aku selalu menenangkan fikiran. :-)

Bob Dylan - The Times They Are A-Changin

Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'.

Come writers and critics
Who prophesize with your pen
And keep your eyes wide
The chance won't come again
And don't speak too soon
For the wheel's still in spin
And there's no tellin' who
That it's namin'
For the loser now
Will be later to win
For the times they are a-changin'.

Come senators, congressmen
Please heed the call
Don't stand in the doorway
Don't block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There's a battle outside
And it is ragin'
It'll soon shake your windows
And rattle your walls
For the times they are a-changin'.

Come mothers and fathers
Throughout the land
And don't criticize
What you can't understand
Your sons and your daughters
Are beyond your command
Your old road is
Rapidly agin'
Please get out of the new one
If you can't lend your hand
For the times they are a-changin'.

The line it is drawn
The curse it is cast
The slow one now
Will later be fast
As the present now
Will later be past
The order is
Rapidly fadin'
And the first one now
Will later be last
For the times they are a-changin'.

Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Checkup 13 April

Salam kepada semua.

Kawan-kawan, seperti yang dijangka, nampaknya keputusan dari checkup sememangnya tidak memuaskan hati aku. Tapi, aku pun tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mendapat keputusan yang positif.

13 April 2009, aku ke Hospital Batu Pahat untuk checkup. Appointment aku pada jam 9 pagi. Setibanya di Wad 2 (Klinik Pakar Ortopedik), aku antara yang terawal tiba, kerana kalau aku tiba lambat, maka lambatlah segala-galanya akan siap. Pada mulanya, seperti biasa, aku akan menjalani pengimejan (x-ray).

Di bilik pengimejan, aku mendapat giliran ke-28. Setibanya giliran, di bilik A, petugas telah menyuruh aku berdiri untuk mengambil x-ray tangan kananku. Aku terpinga-pinga. Kenapa tangan aku perlu di x-ray? Jadi, aku bertanya kepada petugas. Mereka berkata semuanya mengikut catatan dari Wad 2. Aku pun macam terasa pelik jugalah, kerana setahu aku, cuma peha kanan aku sahaja yang patah. Haih.

Aku menjalani x-ray seterusnya di bahagian paha kanan, yang ini betullah. Haha...

Selesai menjalani x-ray, aku menunggu arahan untuk bergerak ke Wad 2. Jadi, setelah mendapat arahan, aku pun bergerak ke Wad 2 dengan slow motion, kerana aku cuma bertongkat, hehe... Di Wad 2, aku mendapat giliran ke-24. Penat juga menunggu. Setelah lama menunggu sehingga janggutku berjaya menumbuhkan diri beliau sepanjang 1 mm, akhirnya aku dipanggil. Perasaan aku, teruja + langsung tak teruja + pasrah. Haih.

Ha, bab ni yang aku tak minat. Di bilik pemeriksaan, kelihatan doktor sedang berbincang sesama sendiri. Aku duduk dan diam sementara menanti perbincangan mereka berakhir. Nama doktor ni, Dr. Sharif. Tutur katanya sopan, layak untuk seorang doktor. Hehe...

Jadi, setelah beliau mengamati filem x-ray aku, beliau lantas bertanya.

"Tangan ni kenapa? Ada yang patah?", tanya beliau.

"Tangan saya takde apa-apa yang tak kena, tadi petugas yang x-ray, saya ikut je", ujarku.

Ku lihat doktor membaca semula catatan, ternyata petugas salah membaca arahan. Jadi, memang tiada yang tak kena pada tangan aku. Lega.

Seterusnya, beliau mengamati pula filem x-ray paha kanan aku, terdapat perkembangan dari sebelumnya (16 feb 2009). Di bahagian yang patah, telah ternampak dilitupi semuanya, tetapi tidak pula ternampak kepadatan bahagian tersebut berbanding tulang yang tak patah. Mungkin sum-sum tulang dah tiada, fikirku.

Jadi, beliau bertanya bila tarikh aku terlibat dalam kemalangan. Aku memberitahu, 24 November 2008. Beliau mengerutkan dahi, aku faham maksudnya. Ini kerana aku sembuh dengan amat lambat. Sudah hampir 5 bulan. Aku pun tak tahu apa lengkah yang boleh di ambil untuk mempercepatkan pertumbuhan tulang. Ubat Kalsium? Dah cuba juga.

Akhirnya, beliau memberitahuku, datang untuk checkup lagi, 6 minggu dari sekarang. 4 minggu dari sekarang, aku terpaksa datang untuk mengambil darah, kerana darahku akan menjalani ujian. Jika terdapat jangkitan kuman, aku terpaksa menjalani pembedahan untuk mengambil sedikit tulang di bahagian badanku yang lain, dan ditampal di bahagian patah. Risiko yang tinggi. Jika tiada jangkitan kuman, aku boleh menjalani fisioterapi.

Apa yang aku fikir?

Aku lantas memberitahu doktor, jika aku tak menjalani pembedahan, boleh ke? Kerana ayahku tidak mahu aku menjalani pembedahan lagi.

Jadi, doktor bertanyakan umurku. Aku menjawab baru 21 tahun.

"Awak dah besar, dah 21 tahun, sepatutnya boleh membuat keputusan sendiri", ujarnya.

Aku keliru. Banyak sebenarnya yang aku fikir. Aku keluar dari bilik tersebut selepas mengucapkan terima kasih.

Jika aku menjalani pembedahan, paling awal pun pada awal bulan 6. Jadi, aku perlukan masa untuk sembuh lagi.

Jadi, bila aku boleh menyambung belajar? Adakah aku terpaksa menangguh lagi 1 sem? Cukup setahun? Aku tak rela. Lambat sungguh. Aku tak menyalahkan takdir, tapi aku sangat geram.

Bagi menenangkan diri, aku berfikir positif. Itu saja jalan terbaik bagi diriku.

Semoga aku lebih tabah di hari-hari mendatang, walaupun semuanya pahit untuk ditelan.

Friday, April 10, 2009

Advance Birthday Celebration Party

Salam kepada semua.

Kawan-kawan, faham tak apa maksud entri kali ni?

Ha, maksudnya, sambutan hari jadi yang awal. Le
bih kurang begitulah maksudnya, sebenarnya aku pun tak hebat dalam bahasa asing ni. Hehe...

Ceritanya begini...

Pada tanggal 9 April 2009, sesuatu yang aku dah lama s
angat tak buat dalam hidup aku. Dan kali ni, ianya terjadi setelah peristiwa bersejarah ni dah lama tak berulang.

Along mengajakku ke bandar untuk berjumpa kawannya iaitu Kak Wani. Aku pada mulanya memang rasa macam malas nak ikut, sebab takut pe
nat berjalan. Akhirnya, aku terpaksa ikut juga la. Kesian kat abang aku ni, takut nanti dia menangis pula. Haha...

Kami ke Summit Parade pada lebih kurang pukul 1:30, sebab baru lepas hujan. Sesampai je di Summit, kami pun berpusing-pusing satu Summit sementara menunggu Kak Wani. Bab ni macam malas sikit la,memang kaki aku akan lenguh. Adui.


Dalam lebih kurang 10 minit berpusing, Kak Wani call abang aku. Jadi, kami ke KFC untuk berjumpa beliau. Kak Wani datang bertemankan adiknya. Dalam hati aku dah terfikir mesti Kak Wani nak belanja KFC. Aku pula masa tu baru je lepas lunch, perut pun agak penuh lagi.

Sesampai saja di KFC, aku lihat dah ada hidangan atas meja yang ditempah Kak Wani. Memang betul tekaan aku, ada dalam 6 ketul daging ayam, wedges, 4 air berkarbonat, dengan satu lagi resipi KFC yang aku tak ingat namanya.

Hidangan yang sedap-sedap belaka.

Aku dengan Along pun duduk lah di tempat tersebut. Aku tengok Kak Wani sibuk melayani panggilan telefon, huh. Jadi, aku duduk dan buat tak tahu menahu lah. Haha...

Tak lama selepas tu, Kak Wani meletakkan sebiji kek birthday coklat berhias strawberry di atas meja. Aku rasa pelik lah masa tu, nak sambut hari jadi siapa pula? Aku pun bertanyalah pada mereka (Along dan Kak Wani). Sah-sah mereka ni berpa
kat nak sambut hari jadi aku. Aku rasa macam tak percaya lah, sebab dah lama sangat tak sambut.

Jadi, berlakulah beberapa adegan mengambil gambar. Tiada nyanyian lagu hari jadi. Haha...

Aku dan Along bergambar dengan kek coklat yang yummy, :-)

Percubaan berbahaya oleh Along!

Teruja sebelum memotong kek.

Percubaan memotong kek, yippe!

Kak Wani bersama-sama adik beliau.

Akhirnya, dapatlah juga makan kek ni setelah beberapa kali percubaan untuk memotong Mr. Kek. Aku berjaya memotong beliau sehingga 8 potongan. Cubaan yang bagus, syabas Faiz Syazwan! Perkara yang paling aku tak suka ialah, aku tak berjaya menghabiskan kek tersebut. Haha...

Seterusnya, kami mencuba pula daging ayam KFC. Sedap hingga menjilat jari, serius tak bohong. Daging ayam ni pun aku hanya mampu menghabiskannya cuma seketul. Sebabnya aku dah pun lunch sebelum keluar ke bandar. Along tak memberitahuku kerana takut ter'kantoi' plan mereka terhadap aku.

Banyak juga yang tak habis, akhirnya terpaksa membungkus semuanya untuk di bawa pulang. Seterusnya, pusing-pusing di Summit. Setelah kepenatan, akhirnya kami lepak di luar Summit, sambil menikmati permandangan yang tak sedap dipandang, hehe...

Aku yang kepenatan, posing bersama tongkat kesayangan.

Akhirnya, sebelum pulang, aku telah menghantar beberapa lagu kepada Kak Wani, iaitu lagu soundtrack cerita Watchmen, ada dalam 12 lagu, tapi aku cuma dapat menghantar sekitar 3 lagu.

Akhirnya aku balik ke rumah dan kepenatan.

Tapi aku gembira kerana hari jadi aku di sambut oleh abangku dan juga Kak Wani.

"Thanks korang, korang memang the best!"

Tuesday, April 7, 2009

Ketabahan aku?

Salam kepada semua.

Seringkali aku duduk diam dan berfikir tentang n
asib aku. Adakah aku akan dapat berjalan dalam masa yang terdekat? Terdengar pula desas-desus menyatakan bahawa orang yang mengalami patah kaki ni boleh sembuh dalam 3 bulan sahaja. Ada pula jiranku yang berwarganegara Pakistan yang juga pernah mengalami nasib yang sama sepertiku, namun dia agak berusia, dalam lingkungan 50-an. Tapi dia hanya mengambil masa selama 2 bulan untuk pulih.

Aku malas untuk memberi pengharapan yang terlalu tinggi bahawa aku akan jadi seperti mereka yang pulih dengan cepat. Setiap orang mempunyai sistem badan yang lain, mungkin penghasilan sel-sel tulang aku lebih lambat daripada normal. Itulah sebabnya ketika aku menjalani pemeriksaan x-ray pada 16 Februari 2009 yang lepas, keputusannya agak memeranjatkan aku. Doktor pula memberitahuku bahawa aku perlu meneruskan cuti dan aku diberi surat cuti sakit lagi sehingga bertarikh 13 April 2009. Doktor juga berkata bahawa bukan semua orang muda akan sembuh dengan cepat, walaupun ada desas-desus menyatakan orang muda lebih cepat sembuh berbanding orang tua.

Aku sedang menunggu sehingga 13 April 2009 unt
uk pemeriksaan seterusnya, dan aku tak memberi harapan yang tinggi untuk keputusan yang positif. Apa yang aku perlu buat ialah menjaga kondisi kaki, makan ubat yang diberikan, dan sentiasa berdoa. Aku acap kali mendengar bahawa kuasa minda adalah melebihi segala-galanya. Memang benar, aku pernah merasakannya. Sebagai contoh, semasa aku terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setibanya di hospital, aku cuba mengawal minda dan mengawal diri agar melupakan kesakitan. Ianya menjadi, walaupun aku sedar bahawa kakiku telah patah teruk.

Selain itu, sempat juga aku bergurau dengan jururawat (percubaan pertama kali mengorat jururawat), walaupun sakit. Aku juga boleh menggoyangkan kaki kananku yang patah walaupun kondisinya teruk. Sehinggakan jururawat-jururawat juga pelik melihatku. mereka cakap aku ni macam orang tak sakit. Bukan tak sakit, sakit memang sakit, tapi aku sedang berperang psikologi dengan diriku yang sakit. 13 April 2009 bakal menguji kesabaran aku sekali lagi, dan aku telah bersedia walau apa sekalipun keputusan x-ray.

Aku sejak kecil memang telah terbiasa dengan sikap bersahaja. Aku pernah minum minyak tanah. Juga pernah terminum minyak panas. Kepalaku pernah tertusuk duri pelepah kelapa sawit yang telah menjadi daging di kepalaku. Daguku
pernah dijahit kerana terlibat dalam kemalangan basikal semasa berlumba. Kakiku pernah dibedah untuk mengeluarkan mata kail yang tertusuk di kaki kanan. Aku pernah terlibat dalam kemalangan semasa balik kerja, dan juga semasa berjalan-jalan. Di Shah Alam, aku pernah terlibat dalam kemalangan juga, semasa keluar bersama kawan dengan menaiki motor untuk membeli makanan. Aku pernah keluar dari program JAD yang memakan masa setahun ku. Aku pernah juga kehilangan handphone semasa minggu final exam.

Semua perkara yang telah terjadi kepada diriku
telah membuatkan aku menjadi seorang yang boleh dikatakan sabar dan tabah. Jadi, aku sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak guna kita meratapi semuan perkara di dunia, kerana kita perlu sedar tiada yang kekal di muka bumi, semua hanyalah fana, termasuklah jasadku. Kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini memang banyak cabaran dan dugaan. Sebagai contoh, aku telah kehilangan keupayaan untuk berjalan buat sementara waktu, bermakna Allah boleh menarik nikmat yang diberikan kepada kita semua sebagai hamba-nya di bumi ini. Aku sedar, ini adalah dugaan.

11 April 2009, abangku bakal pulang ke Sarawak u
ntuk meneruskan kerjanya di Lapangan Terbang TUDM Kuching.

12 April 2009, ulangtahun kelahiranku yang ke-21.

13 April 2009, aku akan menjalani pemeriksaan x-ray.

Adakah keputusan yang positif bakal menjadi had
iah ulangtahunku yang ke-21? Kita manusia sekadar mencuba, Allah yang akan menentukan.

Jadi, sabarlah wahai Mohammad Faiz Syazwan, anda seorang yang tabah. Anda pasti dapat mengharungi dugaan ini.


Monday, April 6, 2009

Motor oh motor

Pada hari Selasa yang lepas, abangku bersama dengan rakannya telah ke Shah Alam untuk mengambil motor SR Lagenda ku yang sebelum ini mengalami kerosakan akibat kemalangan.

Kondisi jentera motor agak tip top lagi. Body set juga telah ditukar dengan yang baru kerana body set lama telah pecah semasa kemalangan. Cuma terdapat beberapa bahagian yang aku kurang berpuas hati iaitu di bahagian brek kaki, speedometer, kabel lampu belakang, dan juga bateri.

Di setiap bahagian yang disebut, aku terpaksa menukar brek kaki yang baru, yang berharga RM12. Bateri baru juga telah diganti dan berkos RM32. Agak banyak kos yang aku keluarkan untuk membetulkan semula motor ini. Apa lagi masalah motor ini? Ekzos dah nak jahanam, hahaha... Mahal beb nak kena beli. :-(

Sebelum ini, pihak peguam telah menghantar motorku di bengkel dan bengkel tersebut telah mengecaj hampir RM800 untuk perubahan yang aku sangat-sangat tidak berpuas hati. Haih.

Berikut merupakan motorku.

Motorku sebelum perubahan.

Motorku selepas penambahbaikan.

Jadi, jika sudah siap motornya, harus ke mana lagi?

Pada Jumaat malam Sabtu yang lepas (3hb April), semestinya pada waktu malam lah, aku, abangku bersama kawan kami telah ke Bandar untuk sesi round-round town. Kebiasaan bagi kami untuk pusing-pusing bandar pada hari minggu. Bukan mat rempit ye, jangan salah anggap. :-)

Kami keluar kerana roadtax motor habis pada 3hb April, jadi bolehlah kami placing sebelum habis roadtax. Hahaha...

Aku bersama Along.

Along bersama Zai.

Motorku dan motor Zai di Dataran batu Pahat.

Motorku di Dataran Batu Pahat, parking menghalang kereta lain, hahaha...

Destinasi seterusnya bagi kami ialah tempat mengisi perut. Kami memilih untuk lepak di warung berhadapan dengan Supreme. Santapan kami ialah Tauhu Goreng, sedap woo. :-)

Semasa perjalanan pulang, motor kami telah rosak, kerana terdapat litar pintas pada kabel lampu belakang. Akibatnya, Zai terpaksa menolak motor kami hingga tiba di rumah.

Huh, penat juga malam tu. :-P

Setelah melakukan pemeriksaan, speedometer telah rosak dan terpaksa ditukar dengan yang baru, dan berharga RM9.50. Kemudian, kabel lampu belakang juga telah ditukar juga kerana telah berlaku litar pintas pada kabel sebelum ini. Ianya menyebabkan aku terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM12.

Apakah result bagi A.W.Surveyku?

Jumlah yang dikumpul setakat ini

Salam kepada semua.

Akhirnya, survey yang aku buat telah mendatangkan hasil.

Ya, A.W.Survey telah membolehkan aku mengumpul $29.25 setakat ini. Jika ditukarkan kepada mata wang ringgit, adalah dalam 4 kali ganda. Rasanya berbaloi juga jika kita di bayar hanya untuk memberikan pendapat. :-)

Bagi anda yang terasa ingin membuat duit dengan senang, inilah caranya. Tapi perlu didingatkan, anda haruslah mempunyai paypal. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan panduan untuk membuat paypal, bolehlah ke URL berikut:


http://www.panduanvcc.com/

Jadi, apa tunggu lagi, buat duit secara percuma anda sekarang juga!