Tuesday, April 7, 2009

Ketabahan aku?

Salam kepada semua.

Seringkali aku duduk diam dan berfikir tentang n
asib aku. Adakah aku akan dapat berjalan dalam masa yang terdekat? Terdengar pula desas-desus menyatakan bahawa orang yang mengalami patah kaki ni boleh sembuh dalam 3 bulan sahaja. Ada pula jiranku yang berwarganegara Pakistan yang juga pernah mengalami nasib yang sama sepertiku, namun dia agak berusia, dalam lingkungan 50-an. Tapi dia hanya mengambil masa selama 2 bulan untuk pulih.

Aku malas untuk memberi pengharapan yang terlalu tinggi bahawa aku akan jadi seperti mereka yang pulih dengan cepat. Setiap orang mempunyai sistem badan yang lain, mungkin penghasilan sel-sel tulang aku lebih lambat daripada normal. Itulah sebabnya ketika aku menjalani pemeriksaan x-ray pada 16 Februari 2009 yang lepas, keputusannya agak memeranjatkan aku. Doktor pula memberitahuku bahawa aku perlu meneruskan cuti dan aku diberi surat cuti sakit lagi sehingga bertarikh 13 April 2009. Doktor juga berkata bahawa bukan semua orang muda akan sembuh dengan cepat, walaupun ada desas-desus menyatakan orang muda lebih cepat sembuh berbanding orang tua.

Aku sedang menunggu sehingga 13 April 2009 unt
uk pemeriksaan seterusnya, dan aku tak memberi harapan yang tinggi untuk keputusan yang positif. Apa yang aku perlu buat ialah menjaga kondisi kaki, makan ubat yang diberikan, dan sentiasa berdoa. Aku acap kali mendengar bahawa kuasa minda adalah melebihi segala-galanya. Memang benar, aku pernah merasakannya. Sebagai contoh, semasa aku terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setibanya di hospital, aku cuba mengawal minda dan mengawal diri agar melupakan kesakitan. Ianya menjadi, walaupun aku sedar bahawa kakiku telah patah teruk.

Selain itu, sempat juga aku bergurau dengan jururawat (percubaan pertama kali mengorat jururawat), walaupun sakit. Aku juga boleh menggoyangkan kaki kananku yang patah walaupun kondisinya teruk. Sehinggakan jururawat-jururawat juga pelik melihatku. mereka cakap aku ni macam orang tak sakit. Bukan tak sakit, sakit memang sakit, tapi aku sedang berperang psikologi dengan diriku yang sakit. 13 April 2009 bakal menguji kesabaran aku sekali lagi, dan aku telah bersedia walau apa sekalipun keputusan x-ray.

Aku sejak kecil memang telah terbiasa dengan sikap bersahaja. Aku pernah minum minyak tanah. Juga pernah terminum minyak panas. Kepalaku pernah tertusuk duri pelepah kelapa sawit yang telah menjadi daging di kepalaku. Daguku
pernah dijahit kerana terlibat dalam kemalangan basikal semasa berlumba. Kakiku pernah dibedah untuk mengeluarkan mata kail yang tertusuk di kaki kanan. Aku pernah terlibat dalam kemalangan semasa balik kerja, dan juga semasa berjalan-jalan. Di Shah Alam, aku pernah terlibat dalam kemalangan juga, semasa keluar bersama kawan dengan menaiki motor untuk membeli makanan. Aku pernah keluar dari program JAD yang memakan masa setahun ku. Aku pernah juga kehilangan handphone semasa minggu final exam.

Semua perkara yang telah terjadi kepada diriku
telah membuatkan aku menjadi seorang yang boleh dikatakan sabar dan tabah. Jadi, aku sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak guna kita meratapi semuan perkara di dunia, kerana kita perlu sedar tiada yang kekal di muka bumi, semua hanyalah fana, termasuklah jasadku. Kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini memang banyak cabaran dan dugaan. Sebagai contoh, aku telah kehilangan keupayaan untuk berjalan buat sementara waktu, bermakna Allah boleh menarik nikmat yang diberikan kepada kita semua sebagai hamba-nya di bumi ini. Aku sedar, ini adalah dugaan.

11 April 2009, abangku bakal pulang ke Sarawak u
ntuk meneruskan kerjanya di Lapangan Terbang TUDM Kuching.

12 April 2009, ulangtahun kelahiranku yang ke-21.

13 April 2009, aku akan menjalani pemeriksaan x-ray.

Adakah keputusan yang positif bakal menjadi had
iah ulangtahunku yang ke-21? Kita manusia sekadar mencuba, Allah yang akan menentukan.

Jadi, sabarlah wahai Mohammad Faiz Syazwan, anda seorang yang tabah. Anda pasti dapat mengharungi dugaan ini.


6 comments:

fareast said...

Banyak sekali dugaan yang sentiasa terkena dekat diri kau. Tapi aku harap dugaan tu akan membuatkan kau lebih tabah berbanding orang lain dalam menghadapi kehidupan yang sementara ini. Akhir sekali,

Dont't let the sensation of fear convince you that you are too weak to to have courage. Fear is the oppurtunity for courage, not proof of cowardice.
- John McCain -

Faiz Syazwan said...

mm,memang banyak..tp tu semua hasil dr kenakalan ms kecik2..huhu..mungkin dah takdir mcm tu, tp semua tu dapat membentuk dr kita menjadi lebih tabah..

thanks ah Fais sbb bg dorongan,i won't let my guard down anymore..hehe..

:-)

Anonymous said...

faiz..oh..happy belated bfday..

kamoo..bertabah k..??

setiap yg terjadi ade hikamhNya..
kuat lah dgn dugaan TUHAN..

;)

semoga cpt sembuh!!!

Faiz Syazwan said...

thanks tieha..

sy sgt2 bertabah la ni,terlebih positif..hehe..

tengah berharap ingin sembuh cepat,yeah..

;-)

Anonymous said...

oh.. bagus.. semangat itu yang kita cari..

;)

Faiz Syazwan said...

hehe..

semangat ni jarang di jumpai..:-P

thanks again ye tieha..

yeah!!